18

3.3K 90 0
                                    

Ami bergerak pergi ke cafe. Dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kekasih-kekasih hatinya. Sedang dia melambai-lambai ke arah junior yang baru mendaftar masuk, badannya tiba-tiba terdorong ke belakang. Dia dilanggar sesuatu.

"Eh sory bro, sory."

Satu suara menyapanya dari sisi. Dia menoleh. Seorang jejaka yang dikira sebayanya menghulur tangan tanda ingin bermaafan. Ami sambut. "Takpe. Aku pun salah juga." mohon Ami lembut.

"Sory eh. Aku kelam kabut." kata lelaki itu lagi.

Ami mengangguk seraya tersenyum. "Kau budak baru ke?" soalnya.

Lelaki itu mengelengkan kepala. "Aku dah lama dah kat sini."

"Oh ye? Tapi aku tak pernah nampak kau pun. Kau jabatan apa?"

"Haha nak nampak macam mana kalau asyik dikelilingi perempuan."

Jawapan lelaki itu membuatkan Ami jadi malu-malu. "Kau perli aku bro?" soalnya.

"Hahaha tak lah. By the way nama kau apa? Aku tahu Ami je. Nama betul?"

"Aku Syarul Syahmi. Kau?"

"Ohh.. Unik nama kau. Nama aku Muhammad Nazrif Farhan. Panggil Paan je."

Ami mengangguk. "Okaylah Paan. Aku chau dulu. Lain kali jumpa lagi."

"Haa okay. Lain kali mesti jumpa. Hehe." balas Farhan.

Ami cuma tersenyum kemudian beredar pergi meninggalkan Farhan yang sedang memandangnya penuh makna.

***

"Encik Syarul... Lama kitaorang ni tunggu. Memang busy sangat ka hang?"

Ami ambil tempat duduk di hadapan Raja. Disebelah Raja pula adalah Raisha. "I'm sorry sayang-sayangku. Tadi tiba-tiba I kena tahan dengan peminat I. Tak naklah hampakan dorang."

Raja membuat mimik muka meluat. Memang poyo. "Sudahlah kau. Menyampah doh aku dengar. Pi belikan aku makan." arahnya.

"Kau dah makankan. Kau ingat aku tak tahu? Dah tak payah makan lagi." mata Ami beralih kearah Raisha yang termenung sambil mengacau air di dalam cawan minumannya. Dia angkat kening kepada Raja, bertanya dalam bahasa isyarat. Raja hanya mengangkat bahu.

"Heyy Raisha... Awak tak nampak ke sayang awak datang ni?"

Raisha mengangkat muka. Baru perasan kewujudan Ami di meja mereka. Bibirnya serta merta memberi senyuman. "Bila kau sampai Ami?" soalnya.

"Haa tu lah kau. Mengelamun jauh. Sampai aku datang pun kau tak perasan en." jawab Ami. Dia memegang perutnya yang berbunyi akibat kelaparan. "Eh korang. Aku pi beli makanan jap. Kejap eh." katanya sambil bingkas bangun untuk membeli makanan.

Raja memerhati. "Kau tengok si Ami tu."

Raisha turut menoleh kearah Ami yang sudah dikerumuni perempuan.

"Muka berjambang macam tu pun ramai benor yang minat. Tak faham aku." ujar Raja.

"Memanglah jee. Ami kan baru simpan jambang sebelum ni muka dia jambu gila kot. Peminat-peminat dia tu setia." balas Raisha. Dia sebenarnya agak pelik kenapa Ami nak simpan jambang macam Wak Doyok. Sedangkan wajah teman karibnya itu memang hensem. Ala-ala pelakon Malaysia, Syamsul Yusuf.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now