22

3K 75 4
                                    

Raisha merenung skrin telefonnya lama. Skrin gelap itu memantulkan wajahnya. Wajah yang penuh penantian.

"Kalau kau tenung sampai pecah skrin tu, tak kannya muncul mesej dari kekasih hati kau tu."

Raisha menoleh ke kanan. "Kemana dia hilang eh jee?" soalnya. Diperhati Raja yang sedang membelek majalah Mastika.

"Mana aku tahu. Aku jumpa pun tak pernah orangnya. Inikan nak tahu dia pergi mana. Memang tak ah." balas Raja tanpa mengalih pandangannya ke arah Raisha.

"Herm.. Jee." panggil Raisha.

"Emm."

"Aku lupa nak bagitahu kau sesuatu pasal Farhan."

Raja berhenti menyelak muka surat majalah di tangannya. Bait ayat Raisha menarik minatnya lebih dari terus membaca majalah. Ditutup dan diletak majalah ke tepi. "Pasal apa tu?"

"Kau tahukan yang dia pernah duduk rumah aku."

Raja mengangguk.

"Ada satu hari tu dia bagi aku gelang, and dia ada cakap sesuatu kat aku yang sampai sekarang aku tak tahu maksud dia." cerita Raisha. Serius. Dia yang tadinya baring kini sudah tegak duduk menghadap Raja.

"Sesuatu?"

Raisha mengangguk. "Dia kata aku dengan dia satu."

Raja terpaku. 'Satu? Kenapa dia dan Echa satu?' benaknya cuba mencari logik yang boleh dikaitkan dengan kata-kata Raisha.

"Kawan aku kata mungkin Farhan dah buat sesuatu dengan aku tapi.."

"Tapi?"

"Aku tak ingat apa-apa. Kalau betullah dia buat sesuatu dekat aku kenapa aku tak ingat apa-apa? Maksud aku, macam tak logik en. Bersetubuh tapi orang yang disetubuhi tu tak ingat apa-apa." cerita Raisha.

"Habis tu kau tak cuba tanya dekat laki tu?"

Raisha cuma mengeleng.

"Kau tak syak apa-apa pada dia?"

Raisha mengeleng sekali lagi. "Mula-mula tu aku memanglah syak. Aku nk bagitahu abah tapi disebabkan aku tak ingat apa-apa jadi aku takde bukti yang kukuh. Kemudian rasa syak aku hilang sebab aku tengok dia tu baik. Tak mungkin dia buat sesuatu dekat aku tambahan pula dia anak yatim." jelasnya.

"Layanan seseorang tak melambangkan hati dia Echa. Mungkin ada udang di sebalik batu?"

"Jadi kau nak cakap yang Farhan tu baik dengan aku sebab nak sesuatu?"

"Yup! Dah terang lagi bersuluh. Tak logik kalau dia nak buat benda ni secara tiba-tiba. Tersalah bas semua tu. Macam tak logik dalam fikiran aku."

"Tapikan masa tu dia kena kejar. Tengah panik semua boleh jadi."

"Emm aku tak tahulah Echa. Aku tetap rasa semua ni tak logik. Aku pun tak pernah nampak budak tu dekat poli ni."

Raisha diam. Bila difikirkan balik memang dia tak pernah nampak Farhan sejak dia balik ke poli kecuali pada malam Farhan ajaknya berjumpa. Selepas itu , Farhan hilang kembali. Tanpa jejak, tanpa telefon atau berhubung dengannya. Hilang bagai lelaki itu tidak pernah wujud.

"Aku cuma nak ingatkan Echa. Jangan terlampau percaya. Lagi-lagi lelaki. Sepuluh ayat dia satu pun belum tentu boleh pakai." Raja ambil kembali majalah Mastikanya.

Raisha diam. Hatinya kuat menafikan kenyataan Raja. Dia tahu Farhan macam mana. Dia kenal perangai lelaki itu. Macam mana dia hendak ikut kata Raja sedangkan dia lebih mengenali Farhan. 'Paan tu baiklah.' bisik hatinya.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now