CHAPTER 1

581 43 5
                                    

1932

"Taehyung, bangun."

Perlahan-lahan Taehyung membuka matanya setelah lama terlelap di dalam kamarnya. Senyumannya terukir di bibir saat melihat wajah ibunya, Puan Kim yang berada di hadapannya. Puan Kim mengusap rambut anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun.

"Maafkan omma sebab ganggu lena Taehyungie," ucap Puan Kim perlahan.

Puan Kim memandang suaminya, Encik Kim yang sedang mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg kain. Puan Kim sempat menilik jam yang menunjukkan pukul 2 pagi. Puan Kim mengeluh dan kembali merenung wajah anak tunggalnya. Sedaya-upaya Puan Kim mengukir senyuman ke arah anaknya agar anak kecil itu tidak menimbulkan sebarang syak terhadapnya.

"Taehyung larat tak nak bangun?" soal Puan Kim kepada Taehyung. Taehyung tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia bangun dari tilam nipisnya dan duduk memandang ibunya.

"Kita nak pergi mana?" soal Taehyung.

Puan Kim mengusap rambut anaknya. "Kita pindah dari sini, ok?"

"Kenapa?" soal Taehyung lagi. Disebabkan usianya yang masih belum matang, pelbagai soalan mula ditanyakan kepada ibunya. Namun begitu, Puan Kim tidak pula menjawabnya. Puan Kim mengangkat tubuh Taehyung agar memaksanya bangun dan kemudian dia melutut semula.

"Kalau mengantuk, Taehyung bagitahu omma ya?"

Taehyung mengangguk.

Puan Kim menarik tangan Taehyung keluar dari rumah. Puan Kim menghampiri Encik Kim yang sedang bersembunyi di belakang pokok besar. Dia kelihatan sedang melihat sekeliling untuk memastikan dia berjaya menyusup keluar dari kampung halamannya.

Encik Kim mengangkat jari telunjuknya ke arah Puan Kim dan menunding jarinya ke kanan. Tanpa membantah, Puan Kim menarik lengan Taehyung beredar. Mereka berdua berlari beriringan memasuki kawasan hutan belantara. Pada mulanya, Taehyung takut memasuki kawasan hutan yang sangat gelap.

Pelbagi perspektif mula lahir di dalam fikiran Taehyung. Di dalam otak kecilnya, dia mula membayangkan makhluk-makhluk yang menakutkan yang biasa dia dengar daripada rakan-rakannya.

Puan Kim yang menyedari perubahan wajah Taehyung cuba memujuknya. Taehyung takut, gelisah dan risau. Namun, Puan Kim tidak berputus-asa memujuk Taehyung dan setelah dipujuk, Taehyung beralah. Dia hanya menurut perintah ibunya.

Mereka berdua berjalan beriringan memasuki hutan belantara. Pokok-pokok yang kelihatan menyeramkan pada pandangan Taehyung pada waktu malam seakan-akan pokok tersebut memandang tajam ke arahnya. Taehyung cuba untuk mengelakkan pandangan matanya daripada terlihat pokok-pokok itu.

Kaki kecilnya mengikut rentak kaki ibunya yang pantas dan hampir-hampir sahaja Taehyung terjatuh. Nasib baiklah Puan Kim memegang tangan anaknya dengan kemas.

Mereka berjalan dan berjalan seperti tanpa hala tuju. Setelah hampir satu kilometer mereka berjalan, mereka berdua berteduh di bawah pokok besar. Puan Kim menarik Taehyung dan diletakkan di atas ribanya. Taehyung baring di atas riba ibunya dan memandang wajah ibunya yang kelihatan gelisah. Pada angka usia yang kecil, tidak mungkin Taehyung dapat mentafsirkan wajah Puan Kim. Dia pun mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Taehyung menguap. Kerana terlalu mengantuk, Taehyung pun melelapkan matanya dan terus terlena di atas riba Puan Kim. Puan Kim mengelus lembut pipi putih Taehyung. Perlahan-lahan air matanya menitis.

Setelah sepuluh minit berdua-duaan di bawah pokok, akhirnya Encik Kim memunculkan diri sambil membawa beg kain yang dipenuhi pakaian-pakaian mereka tiga beranak. Sebelah tangannya pula memegang senapang sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri daripada musuh.

Encik Kim meletakkan barang-barangnya di sisi. Dia duduk bersila di hadapan isterinya dan sepasang mata coklat tuanya jatuh ke seseorang yang sedang lena dibuai mimpi di atas riba Puan Kim.

"Dia terlalu kecil untuk hadapi semua ni," bisik Puan Kim namun jelas kedengaran pada pendengaran Encik Kim. Encik Kim mengeluh.

"Saya tahu. Tapi, hidup perlu diteruskan. Lagipun, saya mahu kamu berdua selamat dan bebas daripada ancaman askar," jela Encik Kim. Dia mengumpul beberapa ranting kayu dan diletakkan di tengah-tengah. Dikeluarkan pemetik dari poketnya dan membakar ranting itu. Api semakin marak dan perlahan-lahan membakar ranting tersebut.

Encik Kim dan Puan Kim berasa lega. Kini, tidak lagi mereka menggelupur kesejukan terutamanya Taehyung yang dari tadi tubuh kecil menggeletar kerana kedinginan. Haba-haba yang terhasil dari api meredakan suhu badan Taehyung dan Taehyung kembali tidur dengan nyenyak.

Puan Kim merenung lama api tersebut. Dia memandang suaminya yang kelihatan sedang meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas haba api.

"Sampai bila kita kena hidup begini?" soal Puan Kim yang ternyata mengejutkan Encik Kim. Encik Kim mengeluh lagi.

"Saya tak mahu tengok Taehyung menderita. Dari dulu lagi kita terpaksa melarikan diri dari tentera-tentera Barat tu. Saya dah tak larat berlari," sambung Puan Kim dan tanpa disedari, air matanya bercucuran membasahi pipinya.

Encik Kim membalas, "Saya pun tak tahu sampai bila... Apa yang penting sekarang, kita cuba cari tempat selamat."

Puan Kim menangis teresak-esak. Dia merenung wajah Taehyung yang kelihatan tenang.

"Kita pulang ke rumah arwah ibu saya. Saya rasa kat situ selamat," cadang Encik Kim setelah sekian lama mendiamkan diri.

Puan Kim mengangguk perlahan.

"Saya tak kisah asalkan kita bertiga dapat hidup bahagia," ucapnya lalu dikesatnya air mata yang berhenti mengalir.

Puan Kim mencium dahi Taehyung. Matanya terpejam erat.

Dia memandang api yang semakin marak menghangatkan suasana. Puan Kim menarik nafas dalam-dalam dan dihembusnya.

Puan Kim berdoa agar dapat melihat Taehyung membesar dan menjadi seorang lelaki yang tabah menjalani hidupnya dan kental menghadapi cabaran yang bakal ditempuhnya.


AFFLICTIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang