CHAPTER 12

172 19 1
                                    

Seorang lelaki tua menghampiri Taehyung lalu ditepuk bahunya. "Yang pergi biarkan pergi. Jangan biarkan dia terseksa kerana melihat kita menangis..." pesan lelaki tua itu sebelum meninggalkan Taehyung.

Taehyung merenung lama sungai yang mengalir deras. Keluhan panjang dilepaskan.

Dia meletakkan payung hitam di atas tanah lalu duduk di tepi sungai. Dia mengelamun seketika.

Kebetulan, Seungwan juga berada di situ dan memerhati Taehyung. Seungwan menghela nafas kecewa. Dia tahu yang Taehyung tidak dapat menerima hakikat ini. Pada mulanya, Seungwan ingin mendekati Taehyung namun, dia tahu yang Taehyung masih lagi bersedih.

Seungwan merenung sayu ke arah Taehyung. Dari belakang, Seungwan dapat mengagak yang Taehyung sedang menangis.

Tanpa disedari, air mata turut mengalir di pipi Seungwan. Dia menundukkan kepalanya.

"Seungwan,"

Seungwan menoleh ke belakang memandang Puan Cha yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Puan Cha sempat menjeling ke arah Taehyung yang duduk keseorangan di tepi sungai. Puan Cha memandang wajah Seungwan lalu meleretkan senyumannya.

"Jomlah balik. Sejuk ni," ujar Puan Cha. Seungwan mengangguk lemah lalu mengikut Puan Cha pulang ke rumah anak yatim.

**********

Seungwan melangkah ke dapur tatkala terbau makanan yang sedang dimasak. Setibanya di dapur, dia terpandangkan rakannya yang sedang mengacau sup di dalam periuk. Seungwan berdiri di sebelah rakannya.

"Wah, sup labu!" kata Seungwan dengan gembira. Rakannya tersengih-sengih.

"Tiba-tiba nak makan sup labu pulak. Kalau awak nak makan dulu, makanlah. Saya nak pergi mandi dulu." Rakannya berlalu meninggalkan dapur.

Seungwan mendekatkan wajahnya pada periuk dan menghidu sup labu itu. Seungwan memejam matanya sambil menghayati keenakan sup labu tersebut. Sedang dia menghayatinya, dia teringat akan seseorang. Matanya terbuka.

Seungwan berlalu menuju ke rak dan mengeluarkan kelalang termos. Dengan berhati-hati, Seungwan menuangkan sup labu ke dalam bekas tersebut lalu ditutup rapat. Seungwan membawanya ke ruang tamu dan berlalu ke kamarnya untuk mengambil baju sejuknya.

Setelah menyarungkan baju sejuk di tubuhnya, dia membawa sup labu yang masih hangat keluar dari rumah. Dia berjalan melalui denai menuju ke rumah seseorang yang terletak agak jauh dari rumah anak yatim. Setibanya di rumah yang ingin dituju, Seungwan berdiri di hadapan pintu rumah tersebut.

Seungwan menarik nafas dalam-dalam. Dia meletakkan kelalang termos di hadapan pintu rumah tersebut. Kemudian, dia mengeluarkan sekeping nota dan sebatang pen lalu menulis sesuatu. Selepas itu, dia meletakkan nota tersebut di atas kelalang termos tersebut.

Seungwan mengetuk pintu rumah tersebut dan terus berlari meninggalkan perkarangan rumah itu.

Beberapa minit kemudian, pintu rumah terbuka. Taehyung menjengulkan kepalanya melihat di luar. Sedang Taehyung mengumam sesuatu, matanya tertancap ke arah kelalang termos yang terletak elok di hadapan pintu rumahnya.

Taehyung melutut dan mengambil nota yang terletak di atas kelalang termos lalu membaca nota itu.

Semoga awak suka sup labu ni

Taehyung melihat sekeliling. Selepas itu, dia membaca nota itu lagi. Perlahan-lahan, senyuman segaris terukir di bibirnya. Taehyung membawa kelalang termos tersebut masuk ke dalam rumah.

Seungwan yang bersembunyi di sebalik pohon tersenyum lega. Dia pun berlalu pulang ke rumah anak yatim.


AFFLICTIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang