CHAPTER 15

186 15 8
                                    

Perlahan-lahan Taehyung membuka matanya setelah lama dia tidak menyedarkan diri. Matanya yang terbuka kecil melilau ke sekeliling. Baru dia tersedar bahawa dia terikat pada sebatang pokok.

Taehyung cuba melepaskan dirinya namun tidak berjaya kerana ikatan itu sangat kuat.

Tiba-tiba, dua orang askar muncul di hadapannya dan berkata sesuatu. Seorang askar berjalan ke dapan dan berdiri betul-betul di hadapan Taehyung.

"Lepaskan... saya..." ucap Taehyung tetapi dengan nada yang sangat perlahan. Sesungguhnya dia terlalu lemah untuk berkata-kata pada masa itu.

Askar itu tersenyum sinis. Dia mengangkat penumbuknya dan menumbuk perut Taehyung dengan kuat. Serta-merta darah terpercik keluar dari mulut Taehyung. Taehyung mengerang kesakitan. Bukan sekali sahaja perutnya ditumbuk malah, berkali-kali sehingga darah tidak berhenti luah dari mulutnya.

Taehyung menunduk kepalanya menahan sakit.

Kedua-dua askara itu masuk ke pengkalan mereka dan membiarkan Taehyung kesejukan di luar. Salji pula semakin menebal dan bila-bila masa sahaja Taehyung boleh mati kesejukan.

Taehyung tidak berputus asa meleraikan tali itu. Dengan segala kudrat yang ada, Taehyung membuka tali itu sehingga pergelangan tangannya tercedera dan hampir terseliuh.

Kadang-kadang, semua perkara yang dilakukan tidak mustahil.

Akhirnya, Taehyung berjaya melepaskan ikatan. Dia cuba melarikan diri tetapi kakinya tidak berdaya dan dia rebah ke atas tanah yang putih dilitupi salji. Taehyung terbaring lemah di atas tanah.

Taehyung cuba bangun dan berjalan lemah meninggalkan kawasan itu. Sedang dia berjalan, dia terpandangkan seorang askar yang sedang berjaga di hadapan pengkalan sambil memegang senapang. Taehyung kenal lelaki itu. Lelaki itulah yang menembak Seungwan sehingga mati.

Taehyung menggenggam penumbuknya. Dendamnya masih belum hilang dan dia akan membalas dendam demi Seungwan.

Taehyung tercari-cari akan sesuatu dan dia terpandangkan sebatang kayu yang agak besar di tepi pohon. Taehyung mencapai kayu tersebut dan berjalan perlahan-lahan menghampiri lelaki itu.

Derapan kakinya yang perlahan langsung tidak menyedarkan lelaki itu. Lelaki itu sedang menguap kerana terpaksa berjaga malam. Kesempatan itu, Taehyung menghayunkan kayu tersebut lalu mengetuk kepala lelaki itu sehingga rebah. Lelaki itu memegang kepalanya sambil terpejam matanya menahan kesakitan.

Lelaki itu ingin mencapai senapang yang tercampak jauh darinya namun, Taehyung cekap menendang senapang itu jauh dari lelaki itu. Lelaki itu cuba bangun tetapi Taehyung memijak tangan lelaki itu sekuat-kuat hatinya.

Lelaki itu hampir menjerit dan jeritannya tidak begitu lama apabila Taehyung sekali lagi menghayunkan kayu itu dan memukul kepala itu.

Kerana amarah, Taehyung memukul kepala lelaki itu sehingga berkali-kali. Kepala lelaki itu hampir pecah dikerjakan Taehyung dan suaranya pula tersekat-sekat dan semakin lama semakin hilang.

Taehyung puas hati. Dia mencampakkan kayu itu dan merenung lama wajah lelaki itu yang dipenuhi dengan darah. Taehyung tersenyum puas.

"Hey! What are you doing? How he can escape?"

Kedengaran suara seseorang menyebabkan Taehyung menggelabah. Dia pun melarikan diri keluar dari kawasan itu.

Seorang lelaki yang berpakaian t-shirt putih dan berseluar askar menghampiri rakannya yang terbaring kaku di atas tanah. Lelaki itu kelihatan marah lalu mencapai senapang dan diacukan ke arah Taehyung. Ditembak senapang itu berkali-kali ke arah Taehyung tetapi satu das tidak berjaya mengenai Taehyung.

Taehyung seperti hilang arah tuju. Dia hanya berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang.

Lelaki itu berterusan menembak Taehyung sehinggalah salah satu tembaknya betul-betul terkena pada lengan Taehyung. Taehyung rebah.

Taehyung menggenggam lengannya yang berdarah akibat tembakan itu. Taehyung meneruskan lariannya.

Lelaki itu mengacukan lagi senapang ke arah Taehyung namun, perbuatannya terhenti. Dia mengamuk dan mencampakkan senapang itu apabila mendapati senapang tersebut telah kehabisan peluru.

Akhirnya, Taehyung berjaya melepaskan diri.

Dia berlari dan berlari tanpa arah tuju dan akhirnya, dia merebahkan dirinya di atas tanah sambil matanya terpejam.


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now