CHAPTER 10

167 16 2
                                    

Batuk Puan Kim masih belum reda. Pelbagai ramuan ubat yang telah ditelan namun, masih tidak dapat melegakan batuk Puan Kim. Berkali-kali Taehyung memaksa Puan Kim berjumpa dengan doktor yang menetap di hujung kampung tetapi Puan Kim tetap berkeras untuk tidak bertemu dengan mereka. Bukan sahaja kerana kawasannya yang jauh dan terpencil bahkan Puan Kim tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai kos perubatannya.

Puan Kim baring di atas tilam sambil diselubungi dengan selimut nipis. Taehyung memerhati Puan Kim yang sudah terlelap.

"Taehyung risaukan kesihatan omma," ujar Taehyung lembut.

Puan Kim terbatuk-batuk lagi. Taehyung menepuk bahu Puan Kim.

Omma tidurlah dengan nyenyak, bisik hati Taehyung. Dia memadamkan lampu dan beredar menuju ke biliknya. Dia memadamkan lampu biliknya lalu baring di atas tilamnya. Dia merenung siling kerana tidak dapat tidur pada malam itu.

"Appa, Taehyung rindu appa..." ucap Taehyung sebak. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sesungguhnya dia tidak dapat memendamkan perasaannya kerana ayahnya sudah pergi meninggalkannya dan ibunya. Namun, tidak pula Taehyung ingin salahkan Encik Kim kerana telah meninggalkan mereka. Tiap-tiap hari Taehyung berharap agar Encik Kim aman di sana.

Taehyung mengiring tubuhnya ke kanan, berharap agar dia dapat terlelap.

Sepuluh minit sudah berlalu tetapi Taehyung masih lagi tidak dapat menidurkan dirinya. Taehyung bangun dan mengeluh panjang.

"Ambil angin kat luar dululah," bisik Taehyung. Dia keluar dari kamarnya dan mencapai baju sejuknya. Dia keluar dari rumah perlahan-lahan takut didengari oleh Puan Kim.

Taehyung duduk di bangku di hadapan rumahnya. Dia merenung langit yang gelap, dihiasi bintang-bintang berkelipan dan juga bulan sabit yang mengambang menjadikan malam itu agak terang.

Dia baring di atas bangku sambil merenung ke arah langit.

Taehyung pun menyanyikan sebuah lagu yang menjadi lagu kegemarannya dan ayahnya ketika Taehyung kecil. Lagu itu selalu dinyanyikan oleh ayahnya sebelum Taehyung tidur. Pada setiap malam, Taehyung dan ayahnya akan menyanyikan lagu itu tanpa jemu.

Tapi, itu dulu. Sekarang Taehyung jarang menyanyikan lagu itu. Dia pun hampir sahaja melupakan lagu tersebut.

Tidak pula pada malam itu.

Taehyung menyanyi dan menyanyi sehinggalah matanya semakin memberat dan akhirnya dia terlelap di atas bangku.

**********

Matahari yang semakin meninggi dan cahayanya yang sangat terang menyilaukan mata Taehyung. Taehyung menghalang cahay itu dengan tapak tangannya. Perlahan-lahan dia bangun dan melilau sekeliling. Barulah dia menyedari bahawa dia tertidur di atas bangku di luar rumah.

Taehyung menguap sambil tubuhnya menggeliat. Matanya dikesat dengan kasar.

Dia bangun dan melangkah masuk ke dalam rumahnya untuk mandi. Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam biliknya tetapi niatnya terhenti apabila terhidu bau masakan dari arah dapur.

Taehyung berjalan menghampiri dapur. Terkebil-kebil dia melihat Puan Kim sedang memasak di dapur.

"Sarapan ke omma?" soal Taehyung. Puan Kim menoleh kepala memandang anak terunanya.

"Sarapan? Matahari dan terpacak tinggi dah tu. Masakan ni untuk makanan tengah hari. Kamu dah terlepas sarapan," jelas Puan Kim lalu menumpukan kepada masakannya.

Taehyung menepuk dahinya. Macam manalah dia boleh terlelap sehingga tengah hari? Taehyung masuk ke dalam biliknya dan membuka pakaian sejuknya. Dia mencapai tuala dan pakaiannya lalu meluru ke bilik air.

Beberapa minit berkurung di dalam bilik air, Taehyung keluar sambil tualanya yang sengaja disangkut di atas kepala. Taehyung memerhati Puan Kim yang sedang mencedokkan lauk di atas pinggan.

Taehyung tersengih-sengih. Dia menghampiri ibunya lalu memeluk pinggang ibunya dari belakang. Puan Kim menggeleng-geleng.

"Ada-ada sajalah kamu ni. Buang tabiat pula."

"Biarlah. Taehyung sayang omma. Sebab tulah Taehyung peluk omma," jawab Taehyung dan tidak melepaskan pelukannya.

"Apa-apa sajalah. Dah, siap-siap dulu. Barulaha kita makan."

Taehyung mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Puan Kim meletakkan lauk-lauk di atas meja. Tiba-tiba, perbuatannya terhenti. Puan Kim memegang dadanya.

Puan Kim tergamam. Satu perasaan aneh tiba-tiba sahaja muncul membuatkan Puan Kim kurang senang. Dia merasakan bahawa pelukan Taehyung tadi merupakan pelukan terakhir yang akan diterimanya.

Puan Kim menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. Dia cuba membuang perasaan aneh itu jauh-jauh dan sambung menyiapkan kerjanya. Sedang dia menghidangkan makanan di atas meja, dia terbatuk. Namun begitu, batuknya kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Puan Kim menekup mulutnya dan terbatuk.

Dia melepaskan tangannya. Terketar-ketar tangannya apabila melihat darah merah pekat membasahi tangannya. Puan Kim meluru ke dapur dan membasuhkan tangannya di singki. Puan Kim mengumur mulutnya untuk memastikan tiada sisa darah melekat pada mulutnya. Dia tidak mahu Taehyung risau melihat keadaannya.

Puan Kim menghampiri meja makan dan menyedari Taehyung sudah bersila di hadapannya.

"Cepatlah makan, omma! Taehyung lapar ni." Taehyung mula merengek seperti budak kecil. Puan Kim terkecil melihat telatah anaknya.

"Oklah, jom makan."

Tanpa menunggu lagi, Taehyung mencapai penyepit dan mengambil lauk-lauk yang terhidang di atas meja. Puan Kim memerhati gelagat Taehyung yang sememangnya gelojoh ketika makan.

"Janganlah gelojoh sangat. Tercekik nanti," pesan Puan Kim kepada Taehyung. Taehyung mengangguk mengerti lalu makanan yang berada di dalam mulutnya dikunyah perlahan.

"Omma pun makanlah banyak-banyak. Barulah sihat." Giliran Taehyung pula memesan ibunya. Puan Kim mengangguk lemah. Dia sebenarnya berasa kurang selera makan tetapi dia cuba untuk menghadamkan makanan di dalam perut demi anaknya.

Dan dua beranak itu menikmati makanan tengah hari dengan tenang tanpa sebarang gangguan.


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now