CHAPTER 3

314 24 4
                                    

~ Pelangi akan sentiasa muncul selepas turunnya hujan. Jadi, apa-apa penderitaan yang kita lalui pasti akan menemui kebahagiaan.

*********

Siang pun menjelma setelah hampir 12 jam menghilangkan diri. Mentari mula menunjukkan diri dan terbit menyinari hari siang dari Timur. Awan-awan yang berkepul di langit menjadi hiasan pada waktu yang cerah ini.

Taehyung keluar dari rumah dan bercadang untuk bersiar-siar di sekeliling kampung. Alang-alang hari kerja waktu petang, dia mengambil keputusan untuk menenagkan fikiran di sebuah tempat di mana ramai kanak-kanak bermain di kawasan itu.

Setibanya di sana, Taehyung dapat melihat kanak-kanak sedang bermain di kawasan padang yang lapang itu. Taehyung menghampiri sebuah pokok angsana dan berteduh di bawahnya. Tubuhnya disandarkan pada pokok besar itu dan dia pun memejamkan matanya.

"Seorang je?" muncul satu suara di sebelah Taehyung membuatkan Taehyung yang hampir terlelap membuka matanya. Dia tercari-cari tuan empunya suara dan badannya sedikit terhinjut apabila orang yang dicarinya tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya sambil membawa bakul.

Gadis itu tersenyum lalu menjulang tangkai bakul itu dan digoyangkan sedikit di hadapan wajah Taehyung. Terkebil-kebil Taehyung melihatnya bakul yang berisi makanan itu. Kemudian, gadis itu mengalihkan bakul tersebut lalu bersuara,

"Jom piknik?"

**********

Seungwan membentangkan tikar di kawasan yang lapang lalu diletakkan bakul tersebut di atas tikar berwana merah itu. Tanpa dipinta, Taehyung duduk di atas tikar dan dia kelihatan tidak sabar untuk melihat makanan yang bakal dihidangkan di atas tikar itu.

Seungwan duduk bersimpuh di hadapan Taehyung lalu membuka bakul tersebut. Dikeluarkan beberapa bekas makanan dan juga sebotol minuman yang besar. Dia turut mengeluarkan gelas dan pinggan plastik.

"Tuangkan jus oren tu dalam gelas," arah Seungwan kepada Taehyung. Taehyung mengangguk lalu dengan berhati-hati, dia menuangkan minuman tersebut ke dalam dua gelas yang berdiri elok di atas tikar. Setelah menuangkan minuman tersebut, Taehyung menyerahkan sebuah gelas berisi jus oren tersebut kepada Seungwan.

"Nah, ni kek coklat kegemaran awak!" Seungwan menghulurkan sepotong kek coklat yang diletakkan di atas piring kepada Taehyung. Taehyung mengambil pinggan tersebut dari tangan Seungwan manakala tangan kanannya sudah mencapai sudu. Tunggu masa untuk disuapkan masuk ke dalam mulut sahaja.

Taehyung mengunyah kek itu perlahan-lahan. Matanya pula terpejam rapat untuk menikmati kesedapan kek tersebut. Lidahnya terjulur keluar dan menjilat bibirnya. Melihatkan reaksi tersebut, Seungwan dapat mengagak bahawa kek buatannya memang sedap.

"Masakan awak tak pernah tak sedap," puji Taehyung dan menyuakan potongan kek ke dalam mulutnya buat kali kedua. Matanya sekali lagi terpejam sehinggakan hidung mancungnya terkembang-kembang saat merasai kek coklat buatan Seungwan.

"Pandai betul ambil hati orang," gumam Seungwan. Dia turut merasai kek tersebut.

Seungwan melihat kanak-kanak yang kelihatan gembira. Terdapat juga sebilangan kanak-kanak bermain layang-layang. Taehyung yang menyedari renungan Seungwan bersuara, "Lepas makan ni kita main layang-layang. Eloklah sekarang ni pun angin sepoi-sepoi bahasa gitu."

"Betul ni?" soal Seungwan mahukan kepastian.

Taehyung mengangguk laju. Dia pun menghabiskan potongan kek tersebut sehinggalah tiada baki yang tinggal.

Seungwan membuka salah satu bekas plastik lalu dihulurkan kepada Taehyung.

"Saya ada buat bibimbap. Rasalah."

Dengan pantasnya, Taehyung mengambil sebiji bibimbap dari bekas itu lalu dikunyahnya rakus. Matanya sekali lagi terpejam erat.

"Sedapnya!"

Seungwan tersengih-sengih. Tidak semena-mena hidungnya kembang-kempis mendengar pujian daripada lelaki itu.

Setelah menghabiskan makanan yang dibawa oleh Seungwan, Taehyung menghampiri seorang kanak-kanak yang sedang bermain permainan guli. Dia pun turut bermain permainan itu sambil diperhati Seungwan dari jauh. Tergelak kecil Seungwan melihat telatah Taehyung yang seakan-akan budak.

Tiba-tiba, seorang budak perempuan menghampiri Seungwan. Dia menyerahkan sesuatu kepada Seungwan. "Unnie nak main tak layang-layang ni?" soal budak kecil itu.

Seungwan tersenyum. Dia bangun lalu mengambil tali dari tanagn si kecil dan menarik layang-layang ke kawasan yang lapang. Seungwan cuba menerbangkan layang-layanng tersebut namun, tidak berhasil. Walau bagaimanapun, Seungwan tetap berusaha membuat layang-layang itu terbang.

Taehyung berhenti bermain dengan budak itu dan tertumpu ke arah Seungwan. Taehyung tergelak lalu menghampiri gadis itu.

"Salahlah. Biar saya buat." Taehyung mengambil tali tersebut dari tangan Seungwan. Dia pun berlari anak sehinggalah layang-layang itu terbang. Seungwan bertepuk tangan.

"Wah, nak main!" Seungwan melonjak penuh keterujaan. Taehyung menyerahkan tali tersebut kepada Seungwan. Seungwan pun bermain dengan layang-layang tersebut dan tersengih-sengih saat melihat layang-layang itu terbang jauh ke atas.

Taehyung di sebelah memuncungkan bibirnya. "Lamanya awak main. Saya pun nak main jugak," rengek Taehyung seperti budak-budak.

Seungwan menjelirkan lidah ke arah Taehyung lalu berlari menyelamatkan diri. Taehyung mengejar Seungwan yang berlari jauh ke hadapan namun, tidaklah susah mana untuk menangkap Seungwan kerana Seungwan memakai skirt labuh dan skirt labuhnya menyukarkan lariannya.

"Jangan!" Seungwan cuba berlari sedaya-upaya apabila Taehyung menghampirinya. Bermulalah sesi tarik-menarik tali dan hampir-hampir sahaja tali tersebut terlepas dari tangan Seungwan.

Mereka berdua bergelak ketawa.

Tiba-tiba, Seungwan tersadung akibat terlanggar batu menyebabkan dia jatuh terjelepok menghempap tanah. Taehyung segera mendapatkan gadis itu.

"Awak tak apa-apa?" soal Taehyung yang mula risau akan gadis itu. Dia membelek pergelangan tangan Seungwan apabila menyedari Seungwan dari tadi merenung pergelangan tangannya. Seungwan mengukir senyumannya.

"Naneun gwaenchanha," Seungwan bangun lalu menyapu debu-debu tanah yang melekat pada pakaiannya.

Taehyung sekali lagi membelek tangan Suengwan dan mendapati ada kesan calar pada pergelangan gadis itu. "Lepas ni hati-hati. Dahlah pakai kain. Bahaya betul," pesan Taehyung.

Seungwan mengangguk dan mengangkat tangan kanannya. "Saya janji saya akan lebih berhati-hati lagi."

"Bagus!" Taehyung mengangkat ibu jarinya. Mereka berdua ketawa.

Kadang-kadang, kebahagiaan tak berkekalan lama ~


AFFLICTIONWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu