Part 1

80.2K 156 1
                                    



"pabila bercinta dan dicinta, cari cinta, cinta mega, biar cinta jadi fenomena" Handset Nokia kepunyaan Mohd Fulzam sedang rancak berbunyi. teett..Mohd Fulzam atau lebih mesra disapa Zam menutup alarm handset yang berbunyi nyaring. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Hari masih muda, matahari juga baru hendak memunculkan diri di tengah-tengah dengkuran pemuda pemudi yang tidak bangun menunaikan solat Subuh.

"Demm!! nak habis subuh da"

Sepantas kilat, aku mencapai kain pelikat dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aku mendirikan solat Subuh dengan tergesa-gesa, untuk mencapai solat penuh kusyuk itu sungguh jauh sekali. Ibadah aku terganggu oleh bunyi seorang lelaki yang seolah-olah sedang berborak dengan makwenya. Aku tau bunyi itu datang dari roommate aku, Kudi. Dia memang begitu, sering mengigau ketika tidur, akibat tidak pernah basuh kaki sebelum tidur.

"Takpe, lepas ni kena la ko" bisik aku dalam hati.

Selesai menunaikan solat, aku terus membuat tendangan ala-ala Fernando Torres yang hinggap tepat pada peha gebu Kudi sambil memekik.

"Bangunlahh sial!! Ko nak pegi kelas ke tak??"

"Kejap lagi la Zam, awal lagi ni" jawab Kudi penuh malas.

"Lantak ko la"

Aku turun ke bawah sambil mencari-cari di mana letaknya pemanas air. Setelah menemui pemanas air, aku mengisi air ke dalamnya dan menghidupkan suis. Sementara menunggu air mendidih, aku naik ke atas untuk mandi. Selesai mandi, aku mencapai baju kemeja kotak-kotak yang dibeli di sebuah kedai baju-baju terpakai atau istilah yang lebih tepat ialah bundle. Sudah menjadi kewajipan pada hari Isnin untuk para pelajar di universiti awam terbesar di dunia ini untuk memakai baju kemeja lengkap bertali leher. Owh ya, tali leher juga dibeli dari bundle.

Demm!! Lupa nak iron baju, emm lantak ar, bukan ada orang perasan pon"

Kemeja kedut seribu itu aku sarung dengan perasaan slumber. Terasa segan juga menyarung baju berkedut ini, tetapi apakan daya, malas mengatasi segalanya. Selepas selesai menyisir rambut ala-ala pelakon terkenal Shah Jaszle, aku turun ke bawah untuk membuat air Milo. Aku capai satu sachet Milo 3 in 1, memang menjadi kelaziman untuk aku cuma minum sahaja pagi-pagi macam ni, cukup la untuk mengalas perut sebelum aku melantak tengahari nanti. Habis minum segelas milo, aku naik semula ke tingkat atas rumah sewa yang dihuni sepuluh orang pelajar universiti ini untuk menyusun buku.

"Arghh!!,buku tak beli lagi"

Aku teringat, aku masih belum membeli buku yang disuruh oleh pensyarah. Bebal. Nak tak nak, aku terpaksa berkongsi buku lagi hari ini. Sasaran aku pada hari ini sudah semestinya seorang gadis comel yang berjilbab itu. Aku akan duduk di sebelah dia lagi hari ini. Niat aku ikhlas, ingin berkongsi ilmu, bukan ingin mengorat. Chewah. Selesai mengemas beg, aku turun semula ke bawah. Kebanyakkan housemate aku sudah pon siap untuk pergi ke kelas.

"Perghh, laju betul budak-budak ni bersiap". Aku capai helmet dan terus menyarung kasutkulit kesayangan aku. Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti seekor gorila sedangberlari-lari anak.

"Ciss, ni mesti Kudi haram jadah tu,cepat betul dia bersiap, mandi ke tak mamat ni??" Aku tertanya – tanya sendirian.

"Bro, kelas hari ni kat mana?"soalan bodoh dari Kudi.

"Kelas dekat fac kita la!"sound aku.

"Aku tau la bangang, tapi tingkat berapa??" Kudi membalas.

"Pergi je dulu, nanti ada la tu terserempak dengan budak kelas kita, lepas tu tanya la dieorang"

Aku terus menghidupkan enjin motorsikal Kriss 110cc aku dan dalam jangkamasa 5minit, aku sudah berada di simpang empat menuju ke UiTM Puncak Alam. Akuberhenti di persimpangan, lampu isyarat merah sedang menyala. Sambil menunggu, aku dengan penuh machonyamembuka visor helmet dan menjeling ke arah seorang makwe yang berada di dalamkereta di sebelah motorsikal aku. Aku sempat melemparkan senyuman paling maniskudan dia membalas. Kemudian dia mula melambai-lambai.

"Eh, awek ni kenal aku ke??"

Aku melihat mulut awek itu terkumat kamit seolah-olah sedang berbicara sesuatu,seolah-olah sedang memanggil seseorang. Aku memalingkan muka aku ke belakang.

"Ciss, rupanya awek tu panggil member dia dekat belakang aku,bukannya panggil aku,lahanat"


Lampu isyarat hijau sudah menyala, memberi isyarat bahawa aku sudah bolehmelalui jalan itu. Aku terus memecut laju meninggalkan Kudi dengan motorsikalcabuknya di belakang. Motorsikal Kudi memang slow, ditambah pula denganperangai dia yang suka membawa motorsikal dengan halaju yang cukup perlahan,ingin jimat minyak katanya. Sampai sahaja di tempat parking motorsikal, akuternampak kelibat Chee Bong, classmatelelaki yang paling pandai dalam kelas aku sudah pon sampai.


"Kelas tingkat berapa Chee Bong?"


"Tingkat 6" jawab Chee Bongringkas.


Aku terus menuju ke arah tangga. Sambil itu, sempat juga aku menjeling ke arahlif yang terletak di tengah-tengah bangunan 17 tingkat ini. Terlihat kelibatbeberapa orang classmate aku yang setia menunggu lif dengan penuh harapan.


"Ahh, dieorang perempuan, ok ar naiklif, aku lelaki kena naik tangga baru style"


Aku mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 6. Perghh boleh tahan jugaksemputnya, inilah penangan malas bersukan, asyik tidur sahaja di dalam bilik. Akupon terus masuk ke dalam kelas. Suasana di dalam kelas agak bising. Mata akutertancap ke arah seorang makwe comel yang berjilbab. Aku melihat kerusi disebelahnya masih kosong. Perlahan-lahan aku menghampirinya dan tanpa segan siluterus duduk di sebelahnya. Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk menegurnya,lecturer kesayangan membuka pintu kelas.     





Kenangan di PuncakWhere stories live. Discover now