Part 11

7.6K 42 2
                                    


Aku membuka pintu 7eleven. Tidak ramai orang di dalam. Aku terus sahaja meluru ke bahagian aneka coklat. Aku meneliti coklat yang disusun rapi di atas rak, ada pelbagai bentuk, semuanya sedap, cuma perlu sediakan duit dan buat bayaran di kaunter.  Ketika asyik meneliti coklat, aku keliru coklat yang mana satu menjadi kegemaran Fatin. Ada dia beritahu ketika chat semalam coklat yang menjadi kegemarannya, tapi hasil kuat terminum air yang sudah dimasuki semut, benda semudah itu pun gagal untuk aku ingat.

"Arghh, belasah je la, aku rasa dia minat toblerone ni, betul dia minat toblerone, confirm punya la"

Aku mencapai dua ketul coklat toblerone yang di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik, sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang-jarang kita jumpa. Aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan ke kampus. Aku sempat menilik jam tangan Adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. Aku berasa lega kerana aku masih di landasan yang betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk Fatin.

Sampai sahaja di kampus, dari kejauhan lagi aku sudah dapat mendengar bunyi hiruk pikuk di hadapan lif. Lif yang pada asalnya ada 6, ditolak 1 untuk kegunaan lecturer, ditambah pula dengan 2 lif yang selalu rosak, kini tinggal hanya 3 yang beroperasi sepenuh masa. Manakan tidak berlaku perebutan yang maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yang berfungsi. Pelajar pula ingin menaiki lif pada masa serentak, menyebabkan kesesakan bertambah buruk. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane yang aku beli tadi. Peluh jantan yang membasahi dahi dikesat oleh aku. Aku sudah sampai di tingkat di mana Fatin menimba ilmu yang bermula dua jam sebelumnya. Hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksinya nanti melihat seorang jejaka dengan potongan rambut ala-ala Shaz Jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yang menjadi kegemarannya. Apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga? Aku cuba berfikiran positif.

Pintu kelas dibuka, dada aku berombak-ombak. Dia punya takut tu lagi tinggi dari masa aku berkhatan dulu, sungguh. Seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. Orang yang ditunggu masih belum kelihatan. Aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. Sehinggalah ke orang yang terakhir, barulah si jantung hati memunculkan diri. Memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu, Fatin masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. Perlahan-lahan aku menghampiri dia.

"Hai awak, saya ada surprise untuk awak" pantas aku hulurkan coklat padanya.

"Eh awak, awk buat apa kat sini?" Fatin masih bingung dengan apa yang dilihatnya.

"Saya datang sini nak jumpa awak, ni saya ada something untuk awak, awak ambil la" aku hulurkan coklat toblerone untuk kali kedua.

"Owh datang jumpa saya? Wow unexpected, eh awak bawak toblerone untuk saya?" Fatin masih lagi kehairanan.

"Yup saya bawak untuk awak hehehe" aku masih mencuba.

"Hahaha alahai, sweetnya la awak ni, thanks awak, bestnya dapat coklat, tapi kan awak, saya tak minat sangat toblerone" jawab Fatin.

"Glurpp!! heh tak minat toblerone ek, rasanya macam awak cakap hari tu awak suka toblerone, aduhh macamana la boleh silap pulak ni, hahaha" aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.

"Tak la awak, saya suka coklat lain, ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kan, tapi its ok, toblerone pon saya makan jugak, thanks tau awak, awak amik la satu, saya amik satu" balas Fatin.

Kenangan di PuncakDonde viven las historias. Descúbrelo ahora