Prolog

6.8K 193 2
                                    

Ihsan masih lagi terlentang di atas katil. Matanya dibuka separuh. Telinganya terus bingit dek deringan bunyi jam loceng. Ihsan tidak mengendahkannya. Malah hanya memikirkan nasibnya di sekolah. Kalau tak bersih jugak kasut si Budin tu, alamatnya ke longkanglah Ihsan. Walhal, semalam Ihsan hanya terpijak kasut Budin semasa beliau bergegas ke tandas. Budin memaksa serta mengugut Ihsan untuk membasuh kasutnya dan memulangkan pada hari ini. Perkara sebegitulah yang membuatkan Ihsan hilang semangat ke sekolah. Bukan sahaja buli, malah banyak lagi perkara yang kurang diminati Ihsan seperti perhimpunan pagi, spotcheck rambut, dan bermacam lagi. Ihsan bangkit. Lalu duduk bersila seketika dengan rupa mamai serta rambut yang serabai. Isabella atau nama panggilannya Bella, telah menjadikan badan dan rupa lesu Ihsan segar bugar bersemangat ke sekolah. Gadis idaman seluruh pelajar lelaki untuk dijadikan kekasih hati. Ihsan turut tergolong dengan golongan pelajar lelaki yang ingin menawan hati Bella. Ihsan menuju ke bilik air. Bersiap untuk ke sekolah.

Al Kisah Di Sebuah SekolahWhere stories live. Discover now