KAWAN BARU

2.1K 101 2
                                    

Tak pernah langsung terfikir di dalam benak Ihsan, Jack Romeo dan Paiz melihat keajaiban dunia ini. Ali masih lagi sebak menceritakan kisah sebenar di ladang kelapa sawit. Tangan kiri mengelap muka. Tangan kanan mengenggam betis Ihsan tanda geram dengan khabar angin yang mengucar-ngacirkan kehidupannya di sekolah.

" Aku tak potong pun jari pencuri sawit tu.. Diorang je yang pandai-pandai buat cerita.. " Luah Ali. Urat di tangan kanan tersembul keluar. Ihsan muka dah merah.

Jack Romeo menganggap ini takdir yang positif diturunkan dia dan kawan-kawan. Ali yang digeruni sekolah dan dari kelas tertinggi menjadi sahabat mereka yang asal dari kelas sederhana. Dia angguk puas. Biskut chipsmore terus dikunyah sambil memerhati drama Ali dan Ihsan di sebelah.

" Aku sound je.. Lepastu dia cuba nak lari.. Terlanggar pokok.." Jelas Ali. " Kebetulan memang aku pacak sabit kat pokok tu.. Terjatuh.. Kena la jari dia.." Sambungnya.

Kerana gayanya tinggi, kurus berotot dan tegap, tiada siapa percaya penjelasannya. Malah, Ali dapat penghormatan dari masyarakat di situ atas sesi banteras jenayah secara DIY. Dan penghormatan itu membawa ke sekolah. Yang positifnya, Ali tak diganggu masalah-masalah gelap alam persekolahan seperti buli. Tapi negatifnya, nama dia selalu digunapakai atas tujuan buruk seperti pau duit, mengugut dan sebagainya.

" Sejak dari tu takda orang berani dekat aku.. " Ngadu Ali. 

" Sabar Ali.. Sabar.. " Ihsan memegang bahu Ali. Memberi tanda sokongan moral. 

Jack Romeo ralit memerhati. Silap telefon dia takda je, kalau tidak dah buat Sight. Mau 100 like.

Paiz dah tau kisah ni. Dia dah banyak berbual dengan Ali dari sekolah lagi. Hanya Ihsan dan Jack Romeo baru tahu. Jack Romeo perhati keadaan kaki Ihsan. Tak membiru lagi maksudnya okay. Manakala, Ihsan pula rasa nak backflip ke dada Jack Romeo langsung takda usaha menegur Ali tentang gengaman betis ini. Dia buat tak tahu saja. Mengunyah dan masih lagi bertuala.

" Sudah lah Ali.. Kami kan ada.. Kami boleh jadi kawan kau.. ", Pelawa Paiz.

Rileks saja Paiz tanpa ada perasaan gemuruh yang sama ada pada Ihsan dan Jack Romeo. Namun dari respon tubuh Ali sepertinya positif. Dia melepaskan betis Ihsan dan mengajak semua mendekatinya. Jack Romeo dan Paiz pun mengikuti saja pelawaan Ali dan kini mereka saling rapat antara satu sama lain. 

Ali memeluk mereka berempat. Erat.

" Terima kasih.." Ucap Ali dengan penuh keikhlasan di hati dan ototnya.

Ihsan, Jack Romeo dan Paiz terbeliak biji mata dan rupa kemerahan sama warna betis Ihsan. Namun Jack Romeo sempat seluk poket Paiz ambil Iphone 5s. Lalu dipusingkan kamera mengambil selfie mereka berempat atas detik beautiful ini.

Al Kisah Di Sebuah SekolahWhere stories live. Discover now