PAIZ DAN IHSAN DIRODOK ?

1.6K 74 22
                                    

" Aku taknak ikut dah kau lepas ni! Menyesal aku tak dengar cakap Jack! Huuu huuuu.. ", Paiz menangis teresak-esak. 

Kedua tangannya terikat dikaki kerusi kayu. Sama juga dengan Ihsan di sebelah. Wajahnya punyai seribu kerisauan. Dia masih terkesima sebab boleh tertangkap juga dengan geng Alan Kahar. Hebat jerat mereka. Memang kawasan tu dah dikepung awal-awal. Siapa yang lalu terus diculik.

Kini Ihsan dan Paiz berada di bilik usang yang menjadi buah mulut satu sekolah.

" Korang tahu kenapa korang kat sini?", Soal Alan Kahar sambil ketawa. Kemudian baju kemeja sekolahnya ditanggal dan disidai dikerusi. Alan Kahar kini bersinglet putih. Badannya berpeluh licin. Semut kalau lalu boleh tergelincir.

" Tak tau! Tak tau! ", Paiz menjawab sambil menangis.

Geng Alan Kahar yang sedang mengelilingi Paiz dan Ihsan ketawa besar. Mereka saling memandang satu sama lain dan menyusun kedudukan seimbang dengan keselesaan.

" Korang dah bersedia belum?". Soal Alan Kahar membuat jantung Ihsan berdegup kencang. Paiz dah berhenti menangis, dia terus pengsan. 

Salah seorang geng Alan Kahar membantu Ihsan mengangguk dengan menolak kepalanya berkali-kali. Dia buka muzik di telefon dan pembesar suara mini berkumandang sebuah lagu rancak K-Pop.

" Okay, this is it!", 

Alan Kahar memulakan tarian pembukaannya. Diikuti kuncu-kuncu. Tarian semakin lama semakin rancak. Jiwa tarinya terkesan dengan rentak-rentak lagu. 

Ihsan mengerut dahi. Kegilaan apakah ini.

" Nampak tak kemas kan tarian ni?" Teriak Alan Kahar masih lagi menari.

" Aku perlukan orang lagi! Baru lengkap Dance Group aku!" Sambung Alan Kahar. " Amacam? Berminat tak?"

Ihsan tercengang.

BAMMMM !!!

Pintu usang tercabut dan dua kuncu Alan Kahar terpelanting dan pengsan serta-merta. Ali muncul dengan penuh bergaya. Tanpa membuang masa Ali terus menumbuk muka seorang demi seorang. 

Kemudian, Ali dapatkan Alan Kahar. Dia menendang perut dan smackdown Alan Kahar. Tapi serangan tak berkesan sangat sebab licin. Kulit mulus Alan Kahar membantu dia menepis serangan Ali.

" Kau jangan sentuh kawan aku!" Teriak Ali. Dan akhirnya dia menghayun sebijik penumbuk ke telur Alan Kahar untuk menamatkan segalanya. Alan Kahar senak dan tewas.

" Terima kasih Ali. Terima kasih!" Teriak Ihsan. Air matanya bergelinang. 

Selepas sahaja membuka ikatan tangan Ihsan dan Paiz, mereka beredar dari situ. Ihsan masih lagi menangis di dada Ali dan Paiz pula digendong dibahu kanan Ali. Mereka menuju ke dewan.

Al Kisah Di Sebuah SekolahWhere stories live. Discover now