MISI MENGELAT SEMASA EXAM

1.7K 91 3
                                    

" Weh.. tu tengok tu.. Sham dah buat raver.. "

Seorang murid bersuara bisik sambil menunding jari ke meja tengah. Hampir satu dewan ralit dengan koreografi handal Sham. Walaupun takda muzik, Sham tetap bagi yang terbaik.

Murid yang selalu menipu masa exam je yang paham apa kejadahnya Sham belanja tarian raver kat tengah dewan peperiksaan. Lagipun bakat Sham selayaknya pentas besar. Bukan sini.

Tarian raver Sham yang berlangsung selama 30 saat itu bermaksud segala buku teks, nota-nota, peta minda dan apa saja yang ada kena mengena untuk exam ni dah disediakan di tandas lelaki. Murid perlu ke tandas untuk dapatkan jawapan pada setiap soalan yang susah tahap cipan itu. Dan secara tak langsung tandas lelaki menjadi tempat pengerat silaturrahim. 

Ihsan mula menggelupur. Dia tak tenang selepas menerima berita baik dari koreografi handal Sham itu. Ihsan nekad untuk menipu dalam exam akhir tahun ni. Dia perlu ke tandas sekarang juga. Jack Romeo di sebelah angguk-angguk tanda faham agenda dia dan Ihsan hari ini. 

Namun, cabaran baru pula kali ni yang perlu dihadap iaitu perlu berebut ke tandas.

Kalau akal yang cetek, diorang akan keluar secara serentak dan secara tiba-tiba. Perkara itu akan menyebabkan kantoi. Kalau kantoi apa nak jadi dengan masa depan murid? Tak ke jahanam bila tengok result. 

Jadi murid-murid yang mahu ke tandas ni haruslah mempunyai alasan yang logik dan kena pada masa. 

Jack Romeo mula berlakon. Mukanya senget dan buat-buat sakit perut.

" Cikgu, nak pergi tandas ", Pinta Jack Romeo sambil berdiri tegak. Tangan kanannya mengusap-usap perut. 

" Pergi! Pergi!" Jawab Cikgu Suhaila.

Cikgu Suhaila merangkap pengawas peperiksaan ujian akhir tahun tingkatan 4 membenarkan Jack Romeo keluar ke tandas. Dia sensitif bila apa-apa melibatkan kekotoran.

Ihsan geram melihat Jack senyum sinis sambil berjalan kearah pintu keluar dewan.

" Ciss.. dia dulu dapat keluar ", Ngomel Ihsan.

Dia perlu pantas. Dia takkan dapat jawab sepatah haram pun kat kertas soalan ni kalau tak dapat cek nota-nota yang ada kat tandas. 

Dengan ratusan murid kat dalam dewan, agak sukar juga Ihsan nak merebut pergi ke tandas. Limit ke tandas hanyalah 4 orang. Dua lelaki dan dua perempuan. Jadi, dia selalu saja terlepas pandang walau dah diangkat tangan tinggi. 

Kelihatan segelintir murid lelaki tak senang duduk. Sikit-sikit pandang belakang, menunggu murid yang ke tandas kembali ke dewan peperiksaan. Sama saja macam Ihsan.

Ihsan semakin gelisah. Dah 45 minit berlalu, dia tak dapat langsung peluang pergi ke tandas.

Sambil menunggu, Ihsan membelek kertas soalan sejarah berkali-kali kemudian mendengus lemah. Dengusan Ihsan terus disedari Jack Romeo.

" Weh.. Kau okey tak?", soal Jack. Tenang saja dia. Jawapan pun dah dapat. Tunggu masa nak balik je.

" Okay apa nya. Aku bukan Hang Lekir ke nak tau pasal sejarah dulu-dulu ni.. ", Luah Ihsan geram. Tone suara tak sedap sebab terpaksa teran.

" Aku dapat jawab ni.. Nak ?" Soal Jack Romeo sambil angkat kertasnya.

" Nak! ", Teriak Ihsan. Juga diteran.

Ihsan menjeling kertas soalan Jack Romeo yang terpampang. Banyak juga jawapan yang dia dapat kat tandas. Ternyatalah sumbangan Sham untuk Tingkatan 4 ini amatlah berjasa. Kalau dia sekarang dia ditarik nyawanya dan mati keras, dia akan digelar 'Legend' bagi seluruh murid lelaki yang berada dalam dewan peperiksaan ini. Koleksi-koleksi video tarian Raver Sham akan dihantar stesen TV sebagai tribute.

" Macam dapat jawab semua je tu?" Tanya Ihsan.

" Mestilah. Ni haa!", Jack Romeo mengangkat sedikit kertas yang dilipat kecil.

" Wah nota sejarah ke tu? Kau salin kat tandas tadi?"

Jack Romeo hanya memberi muka selenga bangga.

" Bak mai !", Pinta Ihsan seperti tiada pedoman. 

Jack Romeo ketawa kecil dengan perlakuan rakannya. Dari hidungnya yang kembang kempis, dia terasa seperti orang yang berguna sekarang. Seperti seorang hero.

Seperti yang dirancang, aktiviti penghantaran barang Jack Romeo kepada Ihsan dimulakan. 

Jack Romeo melontar nota itu. Tepat sampai ke meja Ihsan.

Ihsan menghembus nafas lega. Dia merasa bertuah di atas langit sekarang tengah jem, angin monsun yang asalnya dari barat tidak dapat memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Dimana angin itu barangkali akan mengganggu kestabilan lontaran nota kecil yang boleh mengakibatkan target ke genggaman Ihsan tersasar dan kantoi dengan Cikgu Suhaila. 

Tanpa melihat ke kiri dan kanan, Ihsan buka nota yang sedikit ronyok itu dengan gelabah. Sampai saja lipatan terakhir..

" Ihsan, bikin apa?", 

Malang tidak langsung berbau perfume. Cikgu Suhaila menegur perlakuan curiga Ihsan dan Jack Romeo. 

" Errr, tak.. tak.. takda apa ciku.. cikguu ", Ihsan gagap. Gugupnya jangan cakaplah. Jantungnya pula berdegup kencang seperti genderang mahu perang di medan perang.

" Kamu ingat saya tak nampak apa kamu buat? Bak mai kertas tu..", Pinta Cikgu Suhaila sambil menghulur tangan. 

Semua murid memandang Ihsan yang terketar-ketar memberi nota ke tangan cikgu Suhaila. Baru saja di pertengahan, Cikgu Suhaila terus sentap nota yang terlipat kecil itu dari tangan Ihsan.

" Okay, kamu berdua bangun dulu!", Arah cikgu Suhaila. 

Ihsan berdiri dengan rasa gugup. Takda harapan untuk menempa kejayaan peperiksaan hari ni. Dia memandang Jack Romeo dengan kekesalan. Tapi Jack Romeo tenang saja. Tak masuk akal.

Cikgu Suhaila membuka nota tersebut. Dia membaca dengan kuat.

" Hmm.. GOOD LUCK! BANYAKKAN BERDOA! CHAIYOKK IHSAN CHAIYOKK ! "

" Haa?" Teriak Ihsan.

" Haa apa haa? Kamu patut beruntung kawan kamu wish good luck. Payah nak jumpa murid macam ni. Cikgu berbangga dengan persahabatan kamu berdua. Apa kata kita semua bagi tepukan yang gemuruh.. ", Kata cikgu Suhaila sambil menepuk-nepuk bahu Ihsan. 

Satu dewan memberi tepukan yang gemuruh. Peristiwa ikonik ini disambut baik. Dan Ini adalah insiden yang tak dijangka berlaku pada Ihsan. Dia sekarang tak tahu, nak marah ke nak rasa lega dengan nota yang Jack Romeo bagi. 

Kalau tak kantoi dengan cikgu Suhaila pun, baran juga rasanya kena prank Jack Romeo. Lagi-lagi bila tengah darurat sekarang.

Jack tersengih-sengih sambil menepuk tangan. Tak langsung menghiraukan jelingan tajam Ihsan.

" Siap kau Jack siap kau!!", Getus Ihsan. 

Habis saja tepukan yang berlangsung selama seminit itu, semua murid sambung menjawab paper semula.

Al Kisah Di Sebuah SekolahWhere stories live. Discover now