AMBIL BERAT

2.8K 98 0
                                    

Ihsan menongkat dagu merenung Nurul Ain yang sedang membelek buku teks. Jari-jemari Nurul Ain asyik menyelak helaian demi helaian buku teks Sejarah.

Subjek sejarah baru saja habis. Nurul Ain memang rajin mengulangkaji semula. Ada beberapa nota penting yang terlepas. Tapi tidak bagi Ihsan. Dia tak terlepas apa-apa buat masa ni.

Putera Ramzee memberi salam. 

Cikgu Mazli, Cikgu matematik meluru ke meja guru di hadapan. Gaya jalannya yang terbongkok itu saja telah cukup menggerunkan semua pelajar. Cikgu Mazli meletakkan rotan buluh di meja. Lantas menjawab salam diberikan oleh pelajar kelas 4 Lestari. 

Ihsan teringat sesuatu setelah melihat Cikgu Mazli. 

Kerja sekolah. Patutlah tadi semua diam. Rupa-rupanya masing-masing tengah siapkan kerja sekolah Cikgu Mazli semalam. Ihsan dah mula cuak. Matanya melilau melihat pelajar lain. Ada yang tenang, ada cuak, ada yang redha dan ada yang gelabah. 

Ihsan menarik nafas lega. 

Nampaknya bukan dia sorang saja yang tak siapkan kerja Cikgu Mazli.

"Okay, semua boleh duduk", kata Cikgu Mazli. "..Kecuali yang tak siap kerja sekolah saya bagi semalam", Cikgu Mazli menyambung ayatnya. 

Ayat sambung yang tak digemari. Bait perkataan yang disuarakan bagai jarum mencucuk organ dalaman. 

Seperti yang diarah Cikgu Mazli, semua murid yang takda masalah kerja sekolah kembali duduk di kerusi. Dan kelihatan lima orang berdiri sambil tertunduk-tunduk. Termasuk Ihsan. Kesemuanya pelajar lelaki. 

"Yang berdiri tu semua datang depan.. Tangan pada whiteboard. Sekarang!" Tegas Cikgu Mazli. 

Dengan muka cemas semua murid tampil ke depan. Murid lain ada yang ketawa, ada yang lega, dan ada yang masih cuba menyiapkan kerja sekolah. 

Jack Romeo tersengguk-sengguk di mejanya. Ligat jari menulis secara sembunyi di bawah meja. Sesekali dia berhenti semasa Cikgu Mazli memandang kearahnya. Jack Romeo bermuka selamba. 

Murid yang bakal terima hukuman itu dah berada di hadapan. Tangan pun siap diletakkan di whiteboard. 

Pekk!

Dengan pantas Cikgu Mazli menoleh ke Jack Romeo. Sebuah buku terlihat jatuh bawah meja. Kaki Jack Romeo terlihat menguis buku itu berkali-kali tapi tak berjaya. Mungkin sebab kasutnya bergegar-gegar.

Cikgu Mazli berjalan laju dan terus mencangkung ambil buku di kaki Jack Romeo. Dalam berdebar, Ihsan sempat ketawakan kawannya.

Cikgu Mazli mendongak kepalanya dan beri senyuman ke Jack Romeo.

PANG !!

"Huarghh!" Sampai keluar kelas dengar Jack Romeo.

Mereka semua yang berada di depan menerima dua kali rotan di punggung. Kecuali Jack Romeo. Dia Enam. Dua libasan bagi satu hukuman. Dia didapati tertuduh dalam tiga kesalahan. Tak siap kerja sekolah, meniru dan membohong guru. 

Keadaan dah reda dan Cikgu Mazli mula mengajar. Masing-masing menumpukan perhatian. Takut kalau tak dapat jawab soalan Cikgu Mazli dalam soal menyoal di akhir kelas nanti. 

"Sakit tak?" 

Ihsan tersedar seseorang sedang bertanya padanya. Dia toleh. Terlihat Nurul Ain sedang merenung. 

" Awak okay ke?" Tanya Nurul Ain kali kedua. 

Ihsan senyum " Saya okay.. Sakit sikit" Ihsan menjawab dengan senyuman. 

Nurul Ain kembali menconteng meja. Menulis berbaris-baris ayat.

" Puisi ke?" Tanya Ihsan.

" Lirik lagu.. Lagu feveret.." Jawab Nurul Ain. Ihsan kelihatan berfikir lagu apa yang ditulis.

" Nanti google la.." Pinta Nurul Ain. Gemar dia jika seseorang mengambil tahu perkara kegemaran. Ihsan angguk.

Hilang pedih denyut-denyut dipunggung apabila Nurul Ain berkata begitu. 

"Terima kasih.." Ucap Ihsan. Terharu pada Nurul Ain kerana perihatin pada perit punggung. Nurul Ain hanya membalas dengan senyuman.

Al Kisah Di Sebuah SekolahWhere stories live. Discover now