Perjalanan Hidupku (I)

169 19 3
                                    

Sudah semestinya perjalanan hidup kita penuh liku dan seperti roller-coaster,bukan?

Mari kita bercerita. ^_^

***************************************************************************************

Saya bersekolah di sekolah Cina ketika saya berumur 7 tahun sehingga 9 tahun yang terletak kira-kira lebih 1kilometer dari kampung. Saya tidak menafikan bahawa saya merupakan seorang yang lemah dan sangat sensitif pada usia tersebut, jika diingat kembali segalanya mungkin agak melucukan.

Pada umur 10 tahun,mama saya membuat keputusan untuk pindahkan saya ke sekolah kebangsaan di kampung dan saya perlu mengatakan mulai dari saat itulah saya agak aktif dalam pergaulan saya bersama rakan-rakan. Saya banyak bermain, bersukan dan sebagainya dan paling penting sekali, saya mula mengenali kampung saya dan penduduknya.

Waktu itu kakak saya bersekolah di sekolah menengah jadi tidak menghairankan juga dia memiliki ramai kenalan di kampung itu berbanding saya ketika itu. Saya dengan kakak saya pun memang rapat saat itu. Hari berganti hari, rakan kami bertambah.

Pada tahun 2007, pada satu malam ketika saya dan kakak lena tidur, tiba-tiba mama kejutkan kami berdua. Ada dua orang pemuda di luar rumah dan mereka berdua ini adalah kenalan kami. Mereka berdua diarah untuk datang ke rumah kami pada waktu itu untuk membawa kami ke gereja. Jadi, mahu tidak mahu,dengan mamainya saya dengan kakak saya ikut sajalah.

Setelah tiba di gereja tersebut, rupa-rupanya ketika itu perjumpaan para belia gereja tersebut sedang diadakan dan ketua belia tersebut yang menyeru kami untuk datang dan misterinya kami tidak kenal dia sama sekali. Straight to the point, kami diberitahu akan diadakan sebuah seminar/kebaktian untuk para belia di sebuah kampung. That was my very first time to join such event. Kami melibatkan diri dalam program terseut dan puji Tuhan segalanya baik-baik saja. Sejak itu, saya dan kakak mula aktif dalam pergerakan belia gereja kami.

Saya mula terdedah dengan lagu-lagu rohani,action song,games,rakan-rakan baru yang juga merupakan para belia dari kampung-kampung lain yang sering menyertai aktiviti sedemikian. Melalui acara seperti ini juga saya mula mengenali bakat saya iaitu berlakon. Kumpulan belia kampung kami ketika itu seringkali membuat lakonan.

Namun, terdapat satu perkara yang sering merendahkan saya dan kakak saya daripada semua orang ketika itu. Kami berdua belum dibaptis, maksudnya kami juga belum menerima sakramen yang lain seperti ekaristi(menerima tubuh Yesus). Setiap kali tiba masa untuk ekaristi pada setiap misa, saya akan rasa kecewa dan malu kerana semua orang akan bangun dan berbaris untuk menerima hosti manakala kami hanya duduk dan melihat.

Akhirnya ada suatu hari,saya mulai mengikuti kelas agama di kampung bersama-sama rakan saya dengan harapan saya akan dibaptis tidak lama lagi. Namun,ianya tidak semudah itu.

Pada tahun 2010, saya mula tinggal di asrama di sekolah saya(sekolah menengah) kerana mengalami masalah pengangkutan. Saya jarang pulang ke rumah maksudnya saya jarang balik kampung. Saya menjadikan itu alasan saya untuk tidak menyambung dalam kelas agama itu. Walaupun begitu, saya masih aktif menyertai aktivti belia gereja ketika itu.

Tahun 2011, keluarga saya berpindah ke kawasan perumahan bandar kecil yang masih baru ketika itu. Terdapat satu sekolah menengah di bandar tersebut. Pada tahun tersebut saya mula belajar untuk menaiki bas awam untuk pergi ke mana-mana tapi selalunya saya akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk menghadiri misa kudus.

Pada waktu itu, saya boleh menganggap diri saya mempunyai semangat yang agak kuat kerana dalam segala perkara yang saya lakukan pada tahun itu saya akan meletakkan Tuhan terebih dahulu daripada segalanya. Pada masa yang sama juga keinginan saya untuk mengikuti kelas IKD(Inisiasi Kristian Dewasa-kelas agama untuk orang dewasa) sangat kuat tapi saya tetap bersabar. Saya langsung tidak pernah lupa untuk berdoa. Ya, saya hanyalah manusia biasa jadi masalah memang seringkali datang. Lucu.

Pada tahun tersebut juga ada peperiksaan yang penting dan saya telah membuat keputusan untuk berpindah sekolah ke sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah kerana sekolah saya ketika itu sangat jauh. Makin ramai yang tahu mengenainya. Salah satu sebab saya ingin berpindah adalah kerana ianya akan memudahkan saya untuk mengikuti kelas IKD di gereja.

Sekiranya saya tidak berpindah sekolah, saya akan masih menjadi budak asrama dan akan jarang balik rumah. Saya post mengenai perkara tersebut di Facebook. "Kalau saya pindah, saya boleh ikut kelas agama." Tanpa disedari, seorang guru iaitu warden asrama memberi komen beliau pada post tersebut.

Katanya,"Tuhan hadir di mana-mana dan di mana-mana sahaja kita boleh mengenali Yesus."

Apa yang beliau katakan menyebabkan saya memikirkan semula segala keputusan saya.

Segala yang saya inginkan ketika itu adalah Pembaptisan, saya ingin status sebagai anak Kristian.

HarapankuWhere stories live. Discover now