"Nama saya Grace"

76 10 1
                                    

Malam Paska pun tiba. Ramai sekali umat Tuhan datang menghadiri misa kudus itu sehinggakan ada yag datang sejam awal supaya mendapat tempat duduk.

Misa pun bermula dan selepas beberapa upacara, tibalah upacara pembaptisan. Waktu itu saya duduk di belakang jadi giliran sayauntuk dibaptis masih lama.

Jadi,saya memerhati dari belakang sambil menunggu. Satu persatu katekumen dibaptis, mula dari kanak-kanak sehinggalah yang dewasa. Indah sekali. Saya berbisik di dalam hati, "Indahnya segala perkara yang dilakukan dalam nama-Mu, Bapa."

Kemudian, saya diminta untuk bersedia. Saat-saat yang saya nantikan tiba. Saya terlampau bahagia sekali. Lalu, saya pun mendekati paderi dan menyebut nama baptis yang saya pilih untuk diri saya.

"Nama saya Grace."

Saya menundukkan kepala supaya mudah untuk paderi baptiskan saya.

"Grace, saya baptiskan anda dalam nama Bapa, Putera dan Roh Kudus." Tiga kali saya merasa air tertuang di kepala saya.

"Amen."

****

Selepas dibaptis, masing-masing terus pergi menukar baju dan memakai pakaian yang kemas berwarna putih.

Kemudian kami berkumpul di luar gereja. Saya masih ingat lagi suasana ketika itu. Kami berkumpul di pintu masuk gereja dan semua yang sudah dibaptis berpakaian putih. Yang lelaki,perempuan, dari yang kanak-kanak hingga yang dewasa.

Yang kanak-kanak perempuan semuanya comel-comel, tidak kurang kanak-kanak lelaki juga smart dan segak seperti lelaki dewasa. Yang perempuan dan wanita pula kelihatan anggun dalam gaun putih. Ada menghiasi kepala mereka dengan bunga-bungaan. All faces have this heavenly smile and they're contagious.

Saya menghiasi rambut saya dengan ikat rambut yang mempunyai sekuntum bunga ros putih.

Semuanya kelihatan baru dan suci sekaligus dengan suasana yang begitu riang sekali seakan-akan ada para malaikat sedang menari-nari bersama.

Kemudian, kami menyalakan lilin masing-masing dan masuk ke dalam gereja. Kami disambut dengan penuh kesyukuran dan penuh dengan cinta kasih. Saya melihat sekeliling sambil berjalan masuk ke gereja ke tempat duduk saya. Semua umat senyum melihat kami.

Saya terhibur. There was love everywhere.

Kami bagaikan sekumpulan pengantin yang sedang menuju ke altar. Hahaha...

That was the glorious moment I've ever had in my life. I could feel God's love everywhere.

I am a living proof that there's hope everywhere and my hope is Jesus.

HarapankuWhere stories live. Discover now