Perjalanan Hidupku(V)

67 9 1
                                    

Saya mula mengikuti kelas IKD di gereja itu. Dalam kelas itu, banyak orang dewasa dan tidak ketinggalan juga beberapa pelajar kolej yang sama dengan saya. Ada yang suami ditemani isterinya yang sudah Katolik, ada yang seperti satu family(seorang ibu dan anak-anaknya), ada yang seperti merantau di negeri itu, tua muda, semuanya ada. Kerana kita adalah sama di hadapan Tuhan.

Setelah beberapa minggu saya mengikuti kelas IKD tersebut, hubungan kami makin rapat dan mesra.Contohnya, habis sahaja kelas IKD setiap hari minggu, kami sekawan dari kolej pasti menumpang van seorang uncle ini yang juga seperti kami; calon IKD. Hebat bukan? Hahahaha...

Setiap kelas yang kami hadir, penuh dengan sukacita. Setiap pembelajaran, ada saja sharing yang menyentuh jiwa dan menguatkan iman kami sekaligus bagi mempersiapkan kami semua untuk menjadi seorang Kristian.

Saya mulai memahami segalanya. Persoalan yang sentiasa berada dalam fikiran saya iaitu, "Kenapa baru sekarang saya mendapat peluang seperti ini?" ; terjawab.

Pertama, kerana saya tidak pernah berhenti berharap dan percaya.

Kedua, yang penting, Tuhan ingin mempersiapkan saya dengan lebih baik. Bagaimana Tuhan melaksanakan semua itu?

Tuhan mengajar saya erti kesabaran dan pengharapan. Sejak saya kecil lagi saya ingin dibaptis dan keinginan saya itu begitu kuat. Seperti yang saudara-saudari baca pada permulaan penulisan ini, saya telah mengalami beberapa cabaran demi mendapatkan status sebagai sebagai seorang Kristian. Saya tetap bersabar dan percaya bahawa masanya akan tiba. Saya tidak berhenti berharap kerana saya tahu, Tuhan mendengar doa saya.

Tuhan juga mempersiapkan saya dengan membantu saya untuk memahami hidup ini lebih baik. Tuhan sentiasa memberi peluang dan ruang agar saya dapat mengenali Dia dengan lebih dekat.

Contohnya, saya membuka hati saya dan menyertai seminar atau program-program di gereja. Selain itu, segala percobaan yang dialami dalam hidup juga memberi pengajaran.

Dalam nama Tuhan Yesus dan dengan kepercayaan yang penuh terhadap-Nya, segala percobaan yang datang akan kita tempuhi walau sesukar manapun.

Kerana asalkan kita percaya Tuhan ada bersama kita, segala percobaan akan kita tempuhi sehingga ke akhirnya walau sesukar mana sekalipun.

Pokoknya, Tuhan mempersiapkan saya melalui banyak perkara.

Sehinggalah tibanya Malam Paska, hari tersebut merupakan hari yang paling indah yang kami nanti-nantikan.

HarapankuWhere stories live. Discover now