Perjalanan Hidupku(III)

86 14 1
                                    

Cabaran demi cabaran saya tempuhi pada tahun 2013. Saya bersabar dan teruskan apa yang saya mampu buat dalam hidup saya ketika itu. Saya fokus dalam study untuk peperiksaan akhir. Saya juga perlu merancang ke mana hala tuju saya selepas persekolahan saya berakhir. Saya survey pasal universiti-universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain.

Saya membuat permohonan ke sebuah kolej. Sekiranya nama saya tidak tersenarai dalam kolej tersebut maka jawapannya mudah, saya akan mendaftar ke pra-universiti di sekolah lama saya.

Tambahan pula, kawan saya juga menggalakkan saya untuk ke kolej. Katanya, abangnya yang alumni kolej juga telah pergi ke gereja di kawasan sana untuk megikuti kelas agama di sana.

Saya ketika itu hanya berserah pada Tuhan kerana saya tahu selepas tamat form 5, sama ada teruskan di kolej atau pra-U, apa yang saya impikan akan menjadi.

Keputusan kolej keluar dan nama saya tersenarai. Excited! Yeah, because it's my first time meneruskan pengajian jauh dari rumah. Berat hati juga untuk menjadi perantau ni,haha. Tapi, saya bersedia untuk itu. Lagipun, saya juga mempunyai rakan dua orang yang sama-sama masuk kolej.

Kehidupan saya di kolej tersebut paling banyak mengajar saya erti hidup. Saya mula menjadi orang yang sensitive, mudah menangis instead of marah. Pada minggu pertama sahaja setiap malam saya menangis,homesick. Itu merupakan perkara yang tidak pernah saya alami kerana selama ini sewaktu di sekolah menengah sedangkan saya adalah pelajar asrama. Dulunya saya cepat marah dan merungut, saya di kolej jarang sekali begitu malah saya cepat menangis sekiranya saya sakit hati.

**

Sekarang saya akan menceritakan bagaimana Tuhan memberikan saya petunjukNya yang sangat berharga bagiku. Kolej kami ketika itu bercuti seminggu selepas minggu aluan pelajar dan saya bersama-sama rakan saya tidak pulang ke negeri kami. Jadi, saya bersama kawan saya Paula(bukan nama sebenar),seorang Katolik, pun pergi ke gereja Katolik di sana buat pertama kali. Pertama kali saya masuk gereja itu, saya berasa malu-malu juga atas sebab yang sama; saya hanya duduk dan memerhati ketika upacara ekaristi dijalankan.

Setelah habis misa Ahad, pihak gereja mengarahkan supaya kami pelajar-pelajar yang baru untuk berkumpul. Saat itulah saya rasa orang-orang di gereja itu amat mesra sekali. Seorang uncle ni berbicara di depan, rupanya beliau memang dilantik untuk menjaga hal ehwal para pelajar di tempat itu,bukan sahaja kolej kolej,pelajar-pelajar dari institusi lain juga. Sekali lagi saya merasakan begitu istimewa sekali tempat ini.

Jumlah kami ketika itu sedikit kerana ramai yang pulang ke negeri masing-masing terutamanya negeri yang berdekatan. We were invited to join a seminar organized by the church lagi-lagi untuk mengisi masa lapang kami dan untuk mengenali gereja itu.

Saya bersama Paula membuat keputusan untuk mengikuti seminar itu. Saya lupa nama seminar itu tetapi apa yang pasti ianya berkaitan dengan Ekaristi. Saya pada mulanya agak ragu-ragu kerana saya belum sampai tahap itu lagi. Jadi,alasan saya untuk mengikuti seminar itu mudah : supaya saya tidak membuang masa di kolej.

The seminar lasted for 3 days and 2 nights. Memandangkan namanya seminar jadi tidak hairan lah juga sekiranya banyak talk.. haha.. antara slot-slot yang diadakan selain talk adalah sesi Pertaubatan,kaunseling,confessions,nyayian puji-pujian dan healing; yang saya ingat.

Saudara-saudari sekalian, banyak aktiviti belia telah saya ikuti dulu. Ini merupakan pertama kali saya mengikuti seminar gereja ini dan sekiranya saya ini orang yang acuh tak acuh saya mungkin tidak akan menyertai seminar ini kerana ianya langsung tiada kaitan sekali dengan hidup saya. Apa juga kaitan Ekaristi dengan saya sedangkan saya ini belum dibaptis waktu itu?

Pada hari kedua iaitu pada hari Sabtu, ada satu sesi ini dipanggil sesi kaunseling dan confession di mana mana-mana peserta boleh mendapatkan kaunseling dari parishioners yang ditugaskan ketika itu dan juga sesi confession bersama paderi yang hadir. Memandangkan saya belum menerima apa-apa sakramen, saya belum layak membuat sesi confession. Jadi, saya teruskan untuk membuat sesi kaunseling.

Saya pun duduk dengan satu uncle ni yang bertugas untuk sesi kaunseling waktu itu. Perbualan kami dimulakan dengan "Shalom". Uncle itu memperkenalkan dirinya dan saya juga kenalkan diri saya. Selepas sesi perkenalan kami berdua, jadi segalanya bermula.

Uncle itu tanya, "jadi apa yang kamu ingin ceritakan?".

Mula-mula saya tunduk kerana saya malu,selepas itu saya menjawab, "uncle, saya belum dibaptis. Saya malu.".

"kenapa kamu malu?",uncle itu tanya lagi.

"Saya malu uncle. Dari dulu lagi saya malu. Saya paling malu setiap kali orang ambil roti di depan saya satu orang saja duduk dan melihat. Paling saya malu jugalah kerana saya seorang dewasa.. kanak-kanak pun sudah menerima sakramen yang saya belum terima. Seminar ini pun macam tiada kaitan dengan saya.."

Banyak sekali saya ceritakan kepada uncle itu dan saya menangis kerana saya takut saya tidak layak dan tidak diterima Allah Bapa di syurga.

HarapankuWhere stories live. Discover now