Perjalanan Hidupku(IV)

58 12 1
                                    

"Grace, kamu tahu kenapa kamu berada di sini saat ini? Sedangkan kamu rasa kamu belum lagi mencapai level ini, tetapi kamu tetap hadir juga. Ini adalah panggilan daripada Tuhan untuk kamu."

Saya tidak berapa ingat apa lagi yang uncle itu beritahu saya tetapi saya tahu, kasih Tuhan begitu besar.

Uncle itu pun menyebut tentang kelas Inisiasi Kristian Dewasa(IKD). Uncle berkata, "Kamu jangan risau, kalau uncle tidak silap, hari minggu depan ada pendaftaran beberapa kelas untuk students yang masih baru di sini. Kamu pergilah daftarkan diri untuk kelas IKD."

Saya berasa sangat bersyukur mengetahui tentang hal itu. Saya sungguh berterima kasih kepada Tuhan kerana anugerah sedemikian. Setelah beberapa tahun saya tidak pernah berhenti berharap, sungguh, God has a perfect timing.

**

Terdapat satu lagi peristiwa yang saya tidak pernah lupa ketika seminar itu dijalankan. Kalau tidak silap saya ianya merupakan sesi Doa dan Penyembuhan iaitu sesi yang terakhir. Pada sesi itu, para pendoa semuanya berada di hadapan dan sesiapa sahaja secara individual yang ingin didoakan boleh maju ke hadapan. Sesi itu diiringi dengan lagu rohani.

Pada mulanya saya dan Paula memutuskan untuk hanya memerhati sahaja kerana sesi tersebut adalah sangat asing bagi kami berdua. Kami duduk dan melihat. Terdapat kejadian di mana setelah seseorang itu didoakan, mereka rebah, ada yang menangis, ada juga yang saya tidak dapat describe. Saya merasa takut kenapa benda seperti itu berlaku.

Saya berkata kepada Paula, " Takut saya... saya tidak mahu ikut.. kau?".

Paula pun mengangguk tidak ingin mengikut acara itu.

Namun, makin lama saya duduk dan melihat segala suasana ketika itu, tiba-tiba saya merasa jantung saya berdebar dengan kencangnya. Terus saya rasa saya tidak tenang kalau saya duduk. Saya pun berbisik kepada si Paula, "saya tiba-tiba rasa mahu join.." lalu saya berdiri dan ikut berbaris.

Setelah saya makin hampir di hadapan beberapa orang pendoa, saya memilih seorang Deacon untuk mendoakan saya.

Saya terus melutut di hadapan dia setelah dia selesai mendoakan seseorang ketika itu. Dia lap peluh di dahinya terlebih dahulu lalu senyum pada saya dan tanya nama saya.

Kemudian, dia pun menyoal, "Apa yang kamu ingin doakan?"

Saya pun menyatakan doa saya lalu Deacon itu meminta saya untuk menutup mata dan sama-sama berdoa dengannya.

Saya boleh merasa jarinya membuat tanda salib di dahi saya dan dia terus berdoa. Pada mulanya saya mendengar dia berbahasa yang biasa, saya ikut berdoa dalam hati. Kemudian saya dengar Deacon itu mulai berbahasa roh.

Seakan-akan ada sesuatu tembus masuk dalam dada saya. Sejuk sekali. Saya tidak dapat describe dengan lebih baik.. Dada saya rasa teramat ringan dan sejuk saja. Sungguh, saya tidak pernah merasa seperti itu.

I don't feel my body lalu saya rebah ke lantai dengan perlahan dengan bantuan seorang aunty yang sudah bersedia jaga di belakang saya. Saya berfikir, "apakah perasaan ini yang begitu sejuk dan indah sekali?" dan saya terbayangkan taman bunga. Apabila saya bangun dan kembali ke tempat duduk saya, saya merasa sungguh tenang sekaliseakan-akan heavy burdens were finally removed from my heart.

Ketika itu saya masih belum pasti mengenai hal itu, apa yang pasti selepas peristiwa itu, saya balik kolej dan saya masih boleh merasakan ketenangan itu dalam hati saya.

Saya pasti itu adalah rahmat Tuhan. Saya percaya itu adalah pekerjaan Roh Kudus.

HarapankuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora