non stop sinner

67.3K 150 0
                                    


Part 1
Cepat-cepat kaki Atia melangkah, seram benar rasanya berjalan sendirian malam-malam begitu. Pertama kali dalam hidupnya. Dia terpaksa, apabila kawannya tidak dapat menghantarnya terus depan asrama. Mereka cuma menghantarnya hingga pintu pagar depan universiti sahaja. Jauhnya sampai naik sakit tapak kaki di buatnya.
Dari tadi, dia cuma tunduk berjalan. Jam 11.45 malam begini susana dalam universiti sudah mula sunyi. Cuma yg ada dua tiga empat orang sedang melepak, itu pon lelaki yg ramai. Makin berdebar hatinya.
Sedang dia kelam kabut melangkah. Tiba-tiba ad tangan menepuk bahunya dari belakang. Atia membulatkan matanya. Berderau darah.
"Weyh sorang2 je?" Orang itu menegur. Makin luruh jantungnya apabila suara lelaki yg kedengaran. Terus badan di pusingkan dan dengan pantas dia menepis tangan yg memegang bahunya.
Dua orang lelaki tersenyum mengusik ke arahnya.
"tlg jangan kurang ajar. Dan tlg jgn ganggu." Itu je mampu di ucapkan. Lantas dia meneruskan perjalanan. Rasa sakit hati dengan perlakuan lelaki itu cuma di pendam. Dia teramat takut.
"Awak.. jom la kita jalan sama-sama. Bahaya la awak jalan sorang2." Sekelip mata dua orang lelaki tadi berjaya berjalan seiringan dengannya.
Atiya berdoa perlahan dalam hati. Mohon perlindungan. Takut sungguh dia saat itu. Asramanya lagi 5 minit, tapi seakan 5 jam di rasakan.
Atia menonong je berjalan. Takut untuk bersuara apa-apa. Takut makin dia bersuara, makin lelaki itu galak mengenakannya.
Akim memandang perempuan di sebelahnya itu. Tidak pasti bagaimana rupa sebenarnya, dek kepekatan malam. Tapi cuma satu, perempuan ini bertudung labuh, berblous labuh sehingga lutut dan berseluar yg tidak menampakkan bentuk kakinya.
Dia tertarik dari kejauhan. Niatnya cuma ingin mengusik nakal. Hati segan. Segan dengn perempuan sebaik itu. Dia pasti, perempuan itu langsung tak akan melayannya. Tapi dia ingin mencuba. hatinya timbul rasa suka. Ya, mana tahu dia boleh dapatkan. Tak mustahil.
"Awak.. " Belum sempat Akim meneruskan ayatnya, Atiya lantas menampar tepat pada pipinya.
Atiya bengis. Tajam matanya merenung Akim. dia tidak dapat menahan amarah apabila dengan senangnya lelaki itu cuba untuk memegang tangannya. Sakit hati ! Melampau ! Tak ada rasa hormat langsung ! Air matanya jatuh perlahan.
lantas dia mengatur langkah menjauhi lelaki tersebut. dia menangis perlahan menahan rasa.
Akim terkejut. Pipinya di pegang. Sakit bagai di tumbuk lumat. Syafiq di sebelahnya ketawa berdekah-dekah. Tak guna punya kawan.
"Tak sangka aku, kau kena penampar malam ni." Syafiq tersenyum sinis.
"Kau kalau setakat nak jadi patung, baik tak pyah ikut aku tadi. Tak membantu langsung. Kau tengok, dah terleps wey." Akim menjeling.
"Malas aku cari nahas. Perempuan macam tu..tak berani ak wey. Segan tak segan. cuma rasa tak patut la kacau dia macam tu tadi."
"Aku cuba je." Akim mencebik.
"Nah, rasalah, kena penampar. Best jugak cubaan kau eh." Syafiq sambung gelak.
"Tak guna la kau ni piq." Akim masih memegang pipinya. Pedih.
"Habis tu, kau nak biar macam tu je. Tak nak kejar ke. Dah jauh dah tu dia jalan." Syafiq memuncungkan mulutnya.
Akim memandang Atia. Lama. Dari kejauhan. Rasa sedikit menyesal memperlakukan sebegitu pada perempuan sebaik itu. Tak patut. Memang tak patut.
"Weyh!" Syafiq menepuk kuat bahunya.
"Dah la, jom la. Aku malas da nak kejar. Tak pasal kena penyepak pulak. Mahu tak tidur aku malam ni."
Syafiq ketawa tak henti. Berani tak bertempat. Susah juga.
Atia mengesat air matanya. dia berlagak tenang. Tidak mahu roomatenya syak apa-apa. Malu sungguh untuk di ceritakan dan di luahkan perkara sebegini. Serasa bagai wanita murahan. Biarpun auratnya tutup sempurna, tapi masih dirinya tidak terjaga. Mana silapnya?
Ya, mungkin tak patut aku keluar sampai lewat malam. Berjalan berseorangan pula tu. Boleh membawa fitnah pada diri sendiri.
Hatinya sebak lagi. Namun, dia sedaya untuk menahan.
'Allah, jagakan aku.
Bersambung...

Non-stop SinnerWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu