non stop sinner

5.2K 32 0
                                    

💎Non-stop Sinner💎

Part 9

2 tahun kemudian.

Atia berjalan perlahan. Dia sedikit mendongak melihat bangunan fakultinya. Akhirnya,usai juga pembelajarannya di sini. Masih berbaki seminggu dia di sini, dan kemudian dia akan menghadapi praktikal di negerinya sendiri. Sayang pula rasanya mahu meninggalkan bumi yg terlampau banyak menyimpan kenangan.

Bibirnya mengukir senyum. Dia memandang jam tangan. Ada masa lebih kurang satu jam lagi untuk program usrah kali terakhir. Sedih pula rasanya mahu mengakhiri ini semua.

Sedang dia asyik memikirkan itu ini, matanya tiba-tiba terpandang seseorang yg baru sahaja melintasi sisi kanannya.

"Macam kenal.." dia pusing sedikit. Dia memerhati dari belakang.

Bertshirt merah dan bersweater kelabu. "Eh, ex katt.. tapi.." Atia pelik. Akim langsung tidak menegurnya atau mengacaunya. Sudah hampir setahun mereka tdk terserempak atau terjumpa di mana-mana. Sudah lupa mungkin.

Atia mengangkat bahu. Dia meneruskan perjalanan.

💍💍💍

Akim tersenyum. Dia bukan tidak nampak. Tapi dia sengaja tidak menegur. Lagipun dia tahu, Atia tidak suka kalau dia menegur.

nanti di salah anggap mahu mengacau pula. Salah dia juga, sikap jahilnya dulu yang menyebabkan perempuan itu takut dan tidak suka dengannya.

Biarlah. Itu sudah tidak menjadi kepentingan lagi. Namun jauh di sudut hati, dia masih mengharap. Bukan mudah untuk melupakan.

💍💍💍

"Hana.. lama akak tak dengar khabar abang sepupu awak tu. Last jumpa rasanya 2 tahun lepas."

HaNa angkat bahu.

"Entahla kak katt.. haritu hana ada jugak jumpa,,tp tu time raya ritu la kat kampung abah hana. Kalau kat kampus ni, mmg ssah nak jumpa. Knp kak?"

Katty senyum. Hambar.

"Takde ape la. Saje.. tp akak pelik sebenarnya. Sekarang ni dah lama dah dia tak mintak2 duit.. wsap pon dah xde. Agaknye dah tukar nombor kot.."

"Kak katt masih mengharap ye..?" Hana sengih mengusik. Katty gelak.

"ade je hana ni, pandai nak kenakan akak ye.."

Hana ketawa perlahan. "lagi2 dia tengok akak dah banyak berubah sekarang. Mesti nak ruju' balik nanti ni.."

Katty mengetap bibir. Jarinya mencubit lembut lengan Hana.

"Tak baik la hana ni. Cubit kuat kang. Hishh.."

Hana sengih. "Gurau okey kak.. "

Katty senyum. "Hana.. akak nak mtak tlg sikit blh..?"

Hana angguk. "boleh akak.."

"Tolong akak utk jaga hati akak ye.."

Lambat-lambat hana menjawab.. "Okey akak.." Hana pandang katty lama. Sudah terlalu banyak perubahan yang dia lihat pada katty. Kalau dulu, dia benci dengan perempuan tersebut, tapi siapa sangka sekarang mereka jadi teman rapat.

Katty juga banyak mengajarnya ilmu agama. Walaupun dia belum lagi bertudung, tapi tarbiah katty sedikit sebanyak memberi kesan pada jiwa kecil nya.

'Allah..Moga aku juga dapat ikut jejak langkahnya..'

💍💍💍

Bersambung..

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now