non stop sinner

4.5K 32 0
                                    


Part 11

Fatma berpaling pada Atia.

"laa.. tak kenal.."

Atia kerut dahi. "Haah, tak kenal. Tak pernah dengar pon nama hakim tu. Aku pening ni, tak tahu nak terima ke tak.."

"hish,,mcm mana la blh tak kenal. Kata acik, tu kawan satu uni kan.."

"Dia bg masa 2 minggu utk bg kata putus.. skrg ni dah masuk seminggu lebih.. aku blur lagi. Tak tahu lah.." Atia tunduk. Tangannya di genggam. Rupanya sesulit ini konflik perasaannya dalam menentukan teman hidup.

"Kau terima je la tia.. dah sampai masa dah utk kau kahwen.."

"Tak semudah tu fat.. aku tk knl dia sape. Tak tahu dia mcm mana perangainya..agamanya.."

"Tapi.. abang long aku bgthu.. dia org baik-baik. Along aku mmg stju sgt kalau aku terima.. dia dah berkenan sgt dah dgn Hakim tu. Acik angah pon sama, tak putus2 suruh aku terima.."

Fatma diam. Dia duduk ambil tempat sebelah atia. Penat berdiri dari tadi.

Angin sepoi-sepoi bahasa. Orang kiri kanan mereka riuh rendah melayan karenah anak-anak dan keluarga masing-masing bermain pasir pantai. petang-petang macam ni mmg ramai yg memenuhi pantai bersama tersayang.

"Kau tak tanya kawam2 kau, mgkin ad yg knl.."

"Dah tanya, takde yg knl.."

"Ape nme classmate kau tu, khatija? Kan..tak tanya dia? Dia kan dulu ramai kenalan lelaki."

Atia diam kejap. Ada rauk kesal pada wajahnya. "Katt tak angkat fon. Wasep pon tak balas. Msj lagi la.. mmg aku tak dpt nk contact dia langsung takat ni. Tak tahu knp.. dia tengah bercuti kat luar lg kot.. entahla.."

Atia menguis pasir dengan jarinya. Perit sungguh menelan liur. Sukar benar membuat keputusan.

"Tia.. kau dah istikharah?"

Atia sedikit tersentap.

'Allahu.. macam mana aku bole lupa istikharah..'

💍💍💍

2 minggu kemudian.

Sudah 2 minggu. Dia masih gagal menghubungi katty. Tidak tahu kenapa. Katty sepi tiba-tiba tanpa sebarang khabar berita.

Hari ini, sudah masuk hari keenam dia jadi tunangan orang. Cincin di jari di lihatnya. siapa hakim yg sebenarnya? Dia masih tidak tahu siapakah gerangan tunangnya. Ketika hari pertunangan, hakim tdk datang. Sudah menjadi adat, tidak elok kalau lelaki turut hadir.

Dia mengerutkan dahi. Gembira? Sedih? Tidak tahu mahu di rasakan apa. jujur, dia tidak kisah. Dia bukanlah jenis yg begitu memilih. Tapi dia jadi gusar pabila dia tidak kenal dan tidak tahu siapa Hakim. Dia jadi takut.

Namun, petunjuk istikharahnya menenangkan dia. Pilihan Allah mustahil salah. Kalau baik, itu nikmat buatnya. Kalau buruk, itu ujian buatnya.

Dia cuba kuatkan hati utk redha.

'Katt.. mana engkau saat aku sangat rasa perlukan kau.. aku dah bertunang katt. Kau patut tahu. Kau shabat aku.'

Ikutkan hati, ingin sahaja dia pergi mencari Katty di rumahnya. Namun, jarak mereka yg terlalu jauh membantutkan niatnya. Dia di terengganu.. Katty pula di Pulau pinang. Masing-masing praktikal di tanah air sendiri.

Lagi 5 minggu dia akan melangsungkan perkahwinan, Katty perlu tahu. Tapi... begini pula jadinya.

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now