non stop sinner

4.3K 27 0
                                    


Part 13

'Aku rindu dia.. tapi, aku benci dia ! Allah....' Dia menggenggam kemas handphonenya. Berpuluh miss call daripada atia sejak daripada 3 minggu lepas lagi.

Dia teresak sendirian. Kenapa ya Allah. Kenapa ya Allah. Kenapa.. hanya kerana seorang lelaki, aku jadi bodoh sanggup memusuhi sahabat aku sendiri. Kenapa..

'Aku cintakan dia. Sangat. Aku boleh terima dia minta putus dengan aku 3 tahun yg lepas, tapi aku tak boleh terima dia tiba-tiba mencintai perempuan lain. Aku tak boleh terima.. sakit.. lagi-lagi perempuan itu adalah sahabat aku sendiri..'

Berjujuran air mata. Matanya sedikit membengkak. Sudah berhari-hari dia menangis bila bersendirian. Dia tidak sanggup. Tidak dapat menahan.

'Atia.. aku rindu kau..aku rindu kau.. aku syg kau ! Tapi kenapa akim cintakan kau ! Kenapa..?!' Hatinya menjerit sakit.

'Allahhhhh...'

💍💍💍

"Ingat Allah katt.. jangan kerana cinta, kita jadi lupa siapa Tuhan kita sebenarnya." Nasyeetah, rakan sepejabatnya menggosok-gosok belakangnya.

"Aku ingat Allah la ni Nass.. kalau tak, dah lama aku bunuh diri." Suara katty sedikit keras.

Nasyeetah mengucap panjang. "Allah katt.. tak baik cakap macam tu, mengucap katt.. kalau betul kau ingat Allah, hati dan perasaan kau takkan tdk keruan mcm ni.."

Katty menggeleng-geleng kepalanya. "Aku..masih sayangkan akim, kau tahu tak nass.. aku tak blh lupa kan dia. Dia lah org yg dah tlg aku daripada kena rogol sebelum perkenalan kami di uni. Aku x blh lupakan dia ! Bertahun aku pendam rasa, bertahun..tapi knp Allah tak adil bila akhirnya aku yg sakit.. bila dia tk cintakan aku pon."

Katty tersedu sedan. Dia menekupkn mukanya.

Nasyeetah menghela nafas panjang. "Katt... jgn macam ni. Jgn terlalu cepat pandang Allah itu tak adil sedang kita tak tahu apa hikmah terbesar yg dia nak bg daripada semua yg Dia uji ni. Katt.. kawal hati kau, jgn terlampau ikut perasaan. Kau masih ad iman, jgn sampai nafsu amarah kau yg menunggang iman kau. Tlg lah katt.. ni benda kecik je katt.  Kecik sgt kalau nak di bandingkan dgn perkara yg lbh besar katt.." mendayu suara nasyeetah. Dia cuba sedaya mungkin untuk keluarkan katty daripada kekangan perasaan sendiri.

"Aku cintakan dia.. nass.." Katty sedikit tenang. Namun dia masih tidak mampu untuk terima hakikat. Susah untuk dia lepaskan. Susah !

"jom katt.. aku bawak kau ke surau pejabat, aku nak, kau solat sunat 2 rakaat. Tenangkan hati kau.. doa banyak2 kat Dia.. jom katt.."

Katty termenung lama.

'Allah.. beri aku jalan. Tunjukkan aku taufik. Aku tdk mahu kembali pada diri yg dahulu kejam tdk berperasaan. Sekali kau bagi aku hidayah, aku mohon jangan tarik balik..'

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now