non stop sinner

4.2K 27 0
                                    


Part 14

Atia melihat jarinya. Masih tersarung kemas cincin tunangannya. Air matanya menitis tiba-tiba.

Laju dia mengesat. Kepalanya di pusing kiri kanan. Takut kalau ada orang perasan. Mahu kecoh pula satu rumah.

Dua hari yang lepas, apabila dia menyatakan niat mahu memutuskan pertunangan, kecoh satu rumah. Ibu saudaranya naik angin berang dengan keputusannya yang tiba-tiba. Tanpa sebab.

Sejak itu, dia duduk muhasabah kembali. Semudah itukah dia mahu menolak cinta org yg mencintainya? Bukankah itu mementingkan diri sendiri? Lagi 2 minggu majlis perkahwinannya mahu di langsungkan, sudah banyak persiapan yang di buat, se sampai hati itukah dia mahu memusnahkan semuanya? Semua jadi porak peranda hanya kerana dia tidak cinta..?

Atia memaksa bibirnya tersenyum. Dan akhirnya dia tidak jadi mahu putus tunang.

Sesungguhnya, ini tunangan istikharahku. Pernah aku bisikkan pada hati.. tidak mungkin pilihan Allah itu silap. Maha Suci Allah dari segala kesilapan.

Dia senyum lagi. Senyum mencari kekuatan luar biasa.

baru kini dia sedar, dia rupanya mencintai 'lelaki malam itu' selama ini. Meskipun dia benar-benar tdk tahu siapakah nama lelaki tersebut, tapi dia sangat harapkan lelaki itu yg dtg meminangnya, namun rupanya tidak.

💍💍💍

"Abang.."

Hana hulur kad jemputan kenduri kahwin. Lambat-lambat Akim capai.

'Nurthia Hanis Abdullah dan mohd Hakimi Rusydi'..

Akim senyum. "Alhamdulillah.. dah sampai jodoh dorang.."

Hana senyum. "Hmm tu la, tak sangka kak tia dah nak kahwin, lusa dah.. abg pergi tak?"

Akim senyum. "Macam mana abg nak pergi hana.. dia tak jemput abg pon. Ni kad jemputan utk hana je."

Hana gelak. "Haah kan bang, lupa hana.. abg ngan kak tia tak pernah knl kan.. patutla akak tak jemput abg.."

"Takpela, abg doa dari jauh aje lh.." Akim tergelak kecil.

"Abg kalau nak dtg pon boleh, nnti hana bgthu la abang ni sepupu hana satu uni ngan kak tia jgk. No hal la bang."

"Its ok hana.. thanks."

HaNa mencebik. Akim senyum. Dia masih sedang mengubat hati.

Selalu dia bisikkan pada hati, ' kalau dia benar jodoh aku dan milik aku.. datanglah segala jenis ujian sekalipon, dia akan tetap milik aku. Tapi kalau dia bukan jodoh aku, yg sememangnya dalam genggaman pon boleh terlepas.'

Akim berlalu pergi. Perlahan dia menapak ke sawah. Tempat biasa dia menyendiri.

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now