non stop sinner

6K 34 0
                                    

💎Non-stop Sinner💎

Part 8

'untuk pertama kali Aku tertarik, adalah kerana pakaiannya. Aku terpesona kerana mahalnya dia. Aku kagum kerana teguhnya dia menjaga diri. Aku mahu dia kerana aku juga mahu kebaikannya terkena tempias pada diri aku.

Dan.. aku cinta kerana bersungguhnya dia menjaga imannya.'

-Ahmad Hakim Mujahid.

💍💍💍

'Tak pernah aku rasa ikhlasnya sebuah persahabatan kecuali bila dengan dia.

kerana akhlaknya, aku jatuh suka. Aku Jadi lebih selesa untuk berbicara apa sahaja.

Siapa sangka, aku yg sangat anti pada tudung, akhirnya mampu bertudung kerana dia.

Siapa sangka, aku yg ganas tiada adab budi pekerti, mampu jadi selembut bayu bila bersuara.'

-Khatija Mohamad.

💍💍💍

'jangan pandang aku seperti kau pandang malaikat. Jangan pandang aku kerana darjat. Jangan pandang aku kerana kemuliaan.

Pandanglah aku sebagai seorang manusia yg ada hati dan perasaan, yg ada silap dan salah, yg punya kebaikan dan keburukan.

kerana aku bukan sebaik dan sesempurna yg di lihat.

Aku begini..aku pada jalan ini.. adalah kerana aku sedang memperbaiki diri.

Sedang berjuang utk tdk lagi mengulang dosa dan kelalaian yg sama.

-Nurathia Hanis Abdullah.

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now