Two

71 3 0
                                    

Terbatuk dia apabila kepulan asap rokok dihembuskan tepat ke wajahnya. Wajah si pelaku itu langsung tiada riak bersalah. Hanya kening diangkat seakan mencabar dia.

'Sabar Ery.. violence will get you nowhere.... Ingat ibu, she needs the money.'

"Abang, tolonglah bagi balik duit tu. Adik nak pakai untuk kos rawatan ibu." Hendak tak hendak dia terpaksa merayu meraih sinpati dan belas lelaki itu.

Benci dia nak mengaku yang lelaki itu merupakan abang dia. Abang yang langsung tak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang. Abang yang hanya tahu menghabiskan duit kerja part-time dia untuk judi. Duit yang adakalanya juga diberi Airien untuk menampung kos perubatan ibu di hospital turut dirampas oleh abangnya. Abang yang dalam fikiran dia dah dibunuh berkali-kali.

Zaim tersenyum sinis.

"Kau nak pakai untuk rawatan ibu ke, untuk berjoli dengan jantan kat luar tu? Eh, perempuan! Kau jangan berlagak anak mithali sangat dengan aku boleh? Kau ingat aku tak tau yang kau pun sebenarnya harap yang mak kau tu mampus cepat? Sekurang-kurangnya kau tak payahla nak susahkan diri nak tanggung dia dah kan?"

Zairyn tahan air mata yang seiring dengan amarahnya pada lelaki itu. Memang tiada guna dia bercakap dengan Zaim. Apa yang akan dia dapat hanyalah tuduhan dan maki hamun sahaja. Zaim takkan pernah berhenti dari menyusahkan hidup dia.

" Huh..cakap sikit nak menangis. Kau ingat aku hadapla drama kau? Eh, balikla...sampai kiamat pun aku takkan bagi kau duit ni. Kau kan ada kawan yang kaya raya? Pergila mintak kat dia. " setiap patah kata yang Zaim keluarkan buatkan Zairyn rasa macam patut dibunuh sahaja lelaki keparat di hadapannya pada saat ini.

Lelaki macam Zaim tak patut hidup!



Muka Zairyn lain macam je dia lihat sejak kelas bermula tadi. Mata temannya itu bengkak dan ada kesan calar di pipi kirinya. Terus handbagnya dicapai dan dia melangkah ke tempat duduk Zairyn.

Duduknya dilabuhkan di tepi gadis itu namun Zairyn seakan berada di dunianya sendiri sehingga langsung tak menyedari kehadiran dia di tepi.

Perlahan Airien menyentuh bahu Zairyn.

Gadis itu tersentak. Kepalanya berpaling hendak memarahi manusia yang dah menganggu fikirannya. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, terus niat dibatalkan apabila wajah Airien yang bertamu.

Airien senyum. Namun Zairyn tahu yang senyum Airien merupakan senyum risau setiap kali Airien perasan yang dia ada masalah.

"Siapa buat kau? ", Terus Airien bertanya tanpa sebarang tapis.

Zairyn hanya menggeleng. "Aku kena cakar dengan kucing tadi."

Airien angkat kening sebelah tak termakan langsung dengan penipuan Zairyn.

'Airien tak boleh tahu. Tiada orang boleh tahu'. Biar dia sahaja yang menyimpan semuanya.


Twenty(20)Where stories live. Discover now