Seventeen

20 0 0
                                    

Angin dingin dari bilik itu menerpa tubuh Zairyn. Bilik itu dicat dengan latar warna putih dan merah darah. Terdapat sebuah katil dengan bidai kelambu putih lutsinar di tepi pintu gelungsur menghala ke balkoni. Tidak banyak perabot di dalam bilik itu melainkan meja yang menempatkan lampu tidur dan juga sebuah almari besar berwarna coklat. Luas bilik itu berbeza daripada biliknya, bilik itu lebih besar dengan tandas peribadi dan juga terdapat sebuah pintu yang mungkin menghala ke satu lagi bilik lain.

Tetapi mata Zairyn bukan tertarik pada semua itu, sebaliknya pada gambar-gambar yang dibingkaikan dan digantung di dinding menyerupai sebuah galeri pameran.

Perlahan langkah dia dibawa ke arah gambar-gambar itu. Degup di hati makin laju tapi dia sendiri tidak pasti mengapa. Seperti dia bakal menyingkap satu rahsia besar saat itu.

Gambar yang pertama menunjukkan seorang bayi bersama ibu dan bapanya berlatar belakangkan sebuah rumah agam. Wajah bayi itu seakan mengetuk mindanya, menghadirkan satu imej lama.

Kemudian dia mendekati pula gambar-gambar seterusnya. Gambar-gambar di situ bagaikan pameran kehidupan seseorang.

Bibirnya menarik senyum saat gambar kanak-kanak perempuan yang dia kira mungkin dalam tujuh atau lapan tahun sedang membina istana pasir bersama seorang lelaki yang sudah agak berusia menyapa penglihatan.

Tatkala dia menghampiri gambar yang seterusnya, kakinya bagai terpaku terus di situ. Wajah kanak-kanak perempuan yang sama dia lihat tadi kecuali wajah itu kini lebih kelihatan matang menandakan peningkatan umurnya bersama dengan seorang lelaki muda yang dia tidak kenali. Mata biru lelaki itu dingin seperti ais. Tiada senyuman di wajah keduanya. Zairyn terasa seperti deja vu. Wajah lelaki itu bagai menyuntik dan menarik sesuatu dari balik mindanya.

"Apa kau lakukan di sini?" cepat kepala Zairyn berpaling memandang ke arah suara yang menegurnya. Dingin mata biru yang sama sedang merenung tajam ke arahnya. Bibir lelaki itu membentuk garisan lurus tanda kedatangannya yang jelas tidak dialukan di situ.

Zairyn diam, terkedu. Dalam beberapa saat bagai kilat lelaki itu sudah berada di hadapannya. Mata itu tajam menikam pandangannya.

Kaki Zairyn terasa bagai tak mampu menampung tubuhnya sendiri. Nafas bagai tersekat di kerongkong. Sesaat kemudian, pandangannya yang sememangnya kabur terus gelap. Kepala menghentak lantai menghasilkan bunyi hentakan yang kuat.

Lelaki itu kekal berdiri di situ tanpa niat membantunya.

"Apa yang sudah kau lakukan pada dia?" sepasang mata hazel tajam menikam pandangan si mata biru. Bibir si mata biru itu masih membentuk garisan lurus dengan kerutan di dahinya. Jelas dia tidak suka dipersoalkan tindakannya.

"Ishqi, apa yang sudah kau lakukan pada dia sehingga dia jadi begini?" nada si gadis bermata hazel makin meninggi. Berang. "Aku hanya melarang dia dari kekal di bilik kau. Salahkah tindakan aku?"

Ishqi menjawab dengan nada yang sama. Gadis itu meraup wajah. Minda terasa kusut tiba-tiba, rambut perang yang panjangnya sudah mencecah pinggang diikat tinggi dengan getah rambut.

"Lalu, jampi apa yang kau kenakan padanya?" matanya kembali tajam menikam pandangan Ishqi.

"Dia sudah tidak sedarkan diri semasa aku menghampirinya."

Kening gadis itu terangkat sebelah. "Aku dapat merasakan bahawa dia sudah mengetahui perihal diri engkau, Airien."

Wajah Airien mula berubah pucat. Akal cuba merencana sesuatu.

"Di mana lelaki itu?"

Pandangan matanya bersabung pandang dengan sepasang mata biru milik Ishqi.


#endingsoon
#threemorechapters
#twenty

Twenty(20)Where stories live. Discover now