Fifteen

24 0 0
                                    

Darah mengalir laju dari bekas luka yang terbuka di dahi mengalir turun ke wajah yang kotor dengan kesan tanah. Mangsanya masih juga tidak sedarkan diri dari tadi. Namun dadanya turun naik menandakan jantung yang berdegup lemah.

Matanya tajam bak helang. Diri dia statik dari tadi mengawasi lelaki yang terbaring 10 tapak di hadapan. Tapak tangan dibuka dihala kepada mangsanya yang terkujur kaku itu. Seakan ada kuasa yang mengalir dari situ, tubuh mangsanya itu terapung di udara.

"Aku kira lebih baik kau mati namun tubuh yang menyarung rohku ini tidak mahu aku berbuat demikian."

Jatuh.

Darah membuak keluar dari mulut mangsanya. Bunyi tulang belulang patah kedengaran. Ada juga darah yang mengalir dari kepala tetapi lelaki itu masih lagi bernafas.

Langkah dia dibawa mendekati mangsanya. Lama diteliti namun tidak disentuh. Wajah lelaki itu terteleng ke tepi, ditolak perlahan dengan kaki. Anak matanya hitam tak berkelip. Memancar sinar benci tak terkira.

"Jikalau engkau tidak menyakiti hati dia pasti semua ini tak akan terjadi. Engkaulah punca utama mengapa dia berubah! "


*****


Pagi itu seperti biasa Airien menunggu Zairyn untuk ke kelas. Sengaja dia tiba di rumah sahabatnya itu setengah jam awal untuk memberikan Zairyn kejutan. Jarinya laju menaip nombor telefon Zairyn tapi hampa kerana semuanya terus peti simpanan suara. Airien mula risau. Jam tangannya dilihat memeriksa waktu.

Mungkin tengah make up kot..

Hampir 15 minit menunggu, Zairyn masih juga tak keluar dari rumahnya. Airien yang sudah tak sabar keluar dari keretanya untuk memanggil Zairyn. Pintu rumah Zairyn diketuk beberapa kali sebelum dibuka oleh Natasha, rakan serumah dan juga sebilik dengan Zairyn.

"Airien, buat apa kat sini?" wajah Natasha jelas kehairanan dengan kedatangan kawan baik roommatenya itu.

"Zairyn dah pergi kelas ke?" soalan dibalas soalan. Mata Airien meliar memandang isi rumah mencari bayang Zairyn.

"Zairyn? Aku ingat dia tidur kat rumah kau. Dia mana ada kat sini." dahi Natasha makin berkerut.

Riak yang sama tertampal di wajah Airien.

"Kau bukan ada kelas ke pagi ni? Kau pergilah dulu. Zairyn tidur bilik Melissa kot. Kan diorang ada group project yang nak kena submit dalam minggu ni."

Airien masih lagi resah. Akalnya seakan tak mahu menerima kesimpulan awal Natasha. Jam tangannya dilihat sekali lagi. Lagi 10 minit kelasnya akan bermula.

"Okaylah Tasha, aku pergi kelas dulu. Kalau Zairyn ada balik or call kau ke nanti, inform aku, eh?" Dia melangkah masuk ke keretanya lantas enjin kereta dihidupkan. Sebaik Natasha membuat simbol okay dengan jarinya Airien terus memandu pergi dari situ.



******

Zairyn berlegar-legar di dalam villa itu. Nenek Kesuma yang selalu bersamanya entah berada dimana. Katanya tadi dia mempunyai urusan yang harus dia laksanakan. Datuk yang bersama nenek itu juga tidak kelihatan dari semalam. Tinggal hanya dia berseorangan sahaja di situ. Kebiasaannya nenek Kesuma memang tidak akan membenarkan dia ke mana-mana di dalam villa itu melainkan kamarnya sendiri dan juga ruang tamu dan dapur. Selebihnya semuanya kawasan larangan baginya.

Satu persatu bilik yang terdapat di dalam villa itu dilaluinya. Baru sahaja tadi dia melepasi tingkat yang menempatkan tempat permainan kanak-kanak. Akal mula bermain bermacam-macam perkara. Hairan dengan suasana di villa itu. Hanya didiami oleh dua orang namun hanya dua orang sahaja yang benar-benar berada di situ.

Tatkala dia melalui satu bilik yang terkatup rapat, kakinya seakan ditarik untuk meninjau keadaan bilik itu. Berbeza dengan bilik-bilik lain, terdapat corak tribal hitam putih namun entah bagaimana turut dilatari corak bunga yang dia tidak pernah lihat dilakar di pintu itu.

Di matanya, corak itu bukan sahaja aneh malah kewujudan motif bunga di latar corak tribal itu betul-betul berlawanan. Perlahan dia memulas tombol pintu itu yang agak sukar dibuka.

Twenty(20)Where stories live. Discover now