Thirteen

32 2 0
                                    

Terpana seketika Fattah sewaktu Airien meloloskan diri masuk ke dalam keretanya. Entah apa yang membuatkan Airien nampak berbeza dari hari-hari sebelumnya sedangkan gaya gadis itu tetap sama.

"Nak duduk dalam kereta je ke?" Terencat tenungan Fattah membuatkan dia malu sendiri. "Eh.. sorry" Airien tak mempamer riak. Terus gear dimasukkan dan keretanya meluncur laju memasuki jalan raya.

Hampir 10 minit memandu, kereta Vios Fattah akhirnya berhenti di sebuah restoran. Tak sempat Fattah nak bukakan pintu untuk Airien, dia terlebih dahulu membuka sendiri pintunya dari dalam. Fattah cuba menutup rasa terkilan dengan senyuman.

Airien bukan tak perasan niat Fattah, malah makan malam pada malam itu pun sudah dia tahu tujuannya. Tidak sukar hendak menebak apa yang bermain di minda lelaki itu. Segala gerak tubuh serta isyarat bahasa badan Fattah diteliti dalam diam.

"Yin, do something for me please?"

"Accept the proposal."

Airien tahu bukan mudah untuk Zairyn katakan itu tapi....


"Airien, to be frank, I sayangkan you."

Wajah Zairyn berganti dengan Fattah yang sedang merenung matanya dalam seakan menanti jawapan.

"Come again, what?" Sedikit pun yang Fattah katakan tadi tak masuk ke telinganya.

Fattah rasa macam rahang bawah dia jatuh dah boleh masuk 4 jari meski realitinya tidak begitu.

" I said that I love you and asked whether you could be mine. "

Proposal Fattah bukanlah proposal yang grand macam mana Hafiz Mahamad meraikan hari ulangtahun kelahiran Syafiqah Aina, tiada belon, bunga mahupun iringan biola sebagai latar makan malam mereka. Hanya proposal ringkas dalam melamar gadis di hadapan dia untuk menjadi kekasih hati. Restoran tempat mereka makan juga bukanlah dalam kategori restoran 4 bintang ke atas. Sekadar restoran mamak tempat mereka selalu melepak bersama bila berkelapangan.

Soalan itu langsung tidak singgah di benaknya untuk dijadikan pertanyaan. Jawapan bagi soalan Fattah itu sudahpun disediakan jawapannya oleh Zairyn yang saat ini pasti sedang sibuk mengulang kaji di bilik Airien. Gelas fresh orange yang baru dihantar pelayan dicapai lalu disedut sedikit sebelum tunak mata dia menentang pandangan Fattah.

"Okay, but with one condition."
Huh?!
"Apa dia?"



Pintu dibuka perlahan tak mahu menganggu orang yang sudah nyenyak tidur di atas katil bersama buku-buku yang terbuka. Pen jatuh dari celahan jari, menghasilkan bunyi apabila menyentuh permukaan lantai yang tidak berkarpet.

Airien berjalan menghampiri Zairyn yang dah terlena berbantalkan buku. Pen yang terjatuh di atas lantai tadi dikutip kemudian diletakkan di atas meja. Buku yang menjadi alas kepala Zairyn dialihkan perlahan-lahan bimbang mengejutkan lenanya. 

Zairyn berkalih posisi tidur. Bantal yang berada di kaki dia diambil lalu diganti dengan buku diletakkan sebagai alas kepala. Selesai memastikan Zairyn tidur selesa barulah Airien kembali ke katilnya. Segala kesan make up dicuci. Peralatan mandi di tepi almari dicapai lantas dia pergi membersihkan diri.


Dia hadir lagi memasuki relung waktu dan tempat itu. Entah apa yang cuba dibuktikan, dia sendiri tidak tahu. Kehadiran dia kali ini tidak bertemankan darah yang mengitari ruang bilik mahupun mencemar tubuh. Hanya dia sendirian di ruang yang luas.

" Perjanjian kita dahulu bukan begitu!"

Suara itu menarik perhatiannya. Langkah dihambat rasa ingin tahu yang bukan sedikit mencari punca arah suara yang dia dengari.

" Apa ada lagi perjanjian itu dalam kotak memorimu?" Ada suara lain yang meningkah. Tampan paras rupa namun menghidang misteri yang tak dapat ditelah dek mata.

Diam dia tidak mampu membalas kata. Pandangan merunduk ke lantai.

"Apa kau lupa kita adalah satu? Terus kau mahu aku berdiam diri melihat engkau begini?"

"Aku... aku harus pulang dahulu." Sejajar habis sahaja kata itu diucapkan, pandangannya kelam. Badan terasa berada di apungan memindahkan roh bersatu dengan jasad.


Zairyn terjaga. Terus tangan meraba-raba wajah dan seluruh anggota tubuhnya. Nafas ditarik dalam cuba mengatur semula kemasukan oksigen beserta degupan jantung yang macam berlari.

Pandangan dia kemudian dikalih pada Airien. Gadis itu sedang lena dibuai mimpi. Zairyn bangun dari duduk bila mendapati tubuh Airien yang tidak dibaluti selimut. Selimut Airien ditarik membaluti tubuh. Sutera hitam yang dipegang kemas Airien dibiarkan.

Selajur siap dia kembali ke katil lantas menyambung tidur.

 

Twenty(20)Where stories live. Discover now