Eight

42 3 0
                                    

Sinar cahaya mentari membuatkan Airien memejamkan matanya. Kelibat Zairyn langsung tak kelihatan. Sudah beberapa hari kawan baiknya itu seakan menghilang.

Langkahnya dipercepatkan ke kafeteria mencuba nasib mencari kawan baiknya itu di sana.

Hingar kafeteria tak dipedulikan.

Matanya cepat menangkap bayang tubuh Zairyn yang sedang duduk bersama seseorang yang dia kenalpasti sebagai rakan sekuliah Zairyn.

"Ery!"

Panggilannya tidak meraih respon dari gadis yang membelakanginya itu.

Bahu gadis itu perlahan disentuh.

"Ery..."

"..so, nanti kiranya aku just outline semulalah draft dia, kan?"

Angguk.

Kertas yang sedikit bersepah di meja dikemas.

"Okaylah, Zairyn, aku gerak dulu. Anything nanti I'll give you a call." Melissa berlalu dengan kertas-kertas perbincangan mereka.

Zairyn berpaling menatap wajah yang seboleh mungkin dia hendak hindari saat itu.

"We need to talk."

Tegang wajah Airien sampaikan Zairyn langsung tak mampu membantah.

♔♚♔♚♔♚

"Airien!"

Suara Fattah membuatkan Airien cepat menampal senyuman di wajah.

Fattah berlari anak ke arah Airien yang tegak berdiri menanti dia. Wajah lelaki itu turut sama menampal senyum.

Sudah lebih tiga bulan sejak perkenalan mereka di kafeteria. Sejak itu juga Airien dan Fattah menjadi rapat. Cuma dia tak faham kenapa Zairyn seakan mengelak dari dia sekarang. Dan saat ditanya tadi..

"Dari mana ni?", mata Fattah meliar ke kawasan sekitar mematikan terus lamunan Airien tentang Zairyn. " Zairyn takde sekali dengan kau ke?", soalan dia ditimpa dengan soalan lagi.

Wajah Airien berubah keruh seketika. Namun cepat dia memadam riak itu agar tidak dikesan Fattah. Fattah hanya diam menanti jawapan sambil berjalan seiring dengan Airien.

Airien menampal senyum plastik.

"Aku dari kafe tadi, lunch dengan Ery. Ni dia pergi library. Ada discussion katanya."

Jujurnya, Airien tak berapa percaya dengan alasan Zairyn tadi namun dia juga tak dapat nak halang kawan baiknya itu dari berlalu.

Tiba-tiba Airien terasa tangannya hangat digenggam. Kepalanya berpaling ke kanan kemudian matanya jatuh ke tangan yang bertaut dengan tangan Fattah.

Lelaki itu hanya senyum.

Namun, Airien menyimpan rasa aneh di hati.

★★★★★

"Korbannya semakin tinggi, apa patut kita hentikan dia?", wajah tua wanita itu merubahkan dirinya. Muncul si cantik jelita yang tadi memakai kebarung si tua.

Dari dalam ruangan ini, jelas kelihatan beberapa orang lelaki yang sedang menhendap kawasan itu. Seakan menanti sesuatu berlaku.

Si penjaga tua turut menukar sarung rupanya. Tegap, kekar tubuhnya pasti mengundang tarikan bagi mana-mana wanita yang memandang. Dikurniakan dengan paras yang tampan namun menyimpan rahsia dan sumpahan di sebalik semua yang dia punya.

Armada kekal tenang. Kata-kata Si Kesuma langsung tak ditimbang di benaknya.

Benar.

'Dia' sudah terlalu banyak mengorbankan manusia. Pada awalnya, hanya manusia yang membuat onar sahaja yang menjadi korban bagi dendamnya. Namun kini...

"Jangan kau lakukan apa-apa. Kelak dia murka pada kita. Apa kau mahu ditimpa bala dari murkanya?" Meski nada Armada tegas, wajahnya tiada rasa. Riaknya langsung tak memberi tanda tentang jiwanya.

Kesuma mengeluh. Sudah dia jangka jawapan Armada. Pasti Armada akan menyokong apa sahaja yang dilakukan 'dia'. Walau sejak dahulu Armada tidak pernah mengakui, Kesuma tahu bahawa kesetiaan Armada bukanlah kerana hormat Armada pada 'dia'. Sebaliknya kerana cinta yang telah menjadi satu bahana sumpah Armada pada 'dia' yang juga memakai kebarung wajah.

Sumpah yang tidak mampu mereka leraikan sejak berabad lamanya.

Hembusan angin lembut tiba-tiba menerpa menyapa kedua mereka. Cepat Armada mengganti kebarung wajah menjadi sang tua lalu menghilang.

Kesuma turut berbuat perkara yang sama.

♛♕♛♕♛♕

Bau hanyir darah pasti sahaja akan membuatkan mana-mana manusia meninggalkan kawasan itu.

Manusia di hadapannya itu sudahpun tidak bernyawa. Seperti kebiasaannya sekarang.

Otaknya teringat semula akan apa yang terjadi petang tadi. Wajah tidak bernyawa mangsanya itu dipandang. Hati yang tidak dapat mengawal api yang membara itu cepat sahaja menggerakkan tangan yang memegang parang.

Meski tanpa parang itu pun dia masih juga mampu membunuh sesiapa sahaja yang dia mahu.

Lumat. Hancur tubuh itu seakan langsung tiada bayang yang asalnya ia merupakan tubuh manusia. Darah membanjiri segenap penjuru tempat itu.

Dia langsung tidak sedikitpun berganjak walaupun darah mula mengotori tubuhnya.

Deria baunya cepat menangkap kelibat yang baru hadir di situ.

Wajah Armada yang menyarung topeng si tua dipandang.

"Dia telah menjadi penghalang aku..." perlahan sahaja bisikannya.

Armada mula menghampiri. Posisinya kini betul-betul di belakang dia. Tubuh dia dipeluk. Meskipun darah mencemar tangan dan tubuh itu. Sarung si tua itu diganti dengan diri Armada yang sebenar. Dalam pelukan itu, Armada menyalur kekuatan lain yang sukar dia peroleh di dunia nyatanya.

"Aku...aku sudah penat."

Cahaya biru laut mula memancar dari tubuh yang bersatu.

" Apa kau sudah boleh hentikannya?" dalam hangat yang mengalir Armada bertanya.

Wajah dia berubah kepada riak yang sukar dibaca.

Armada terus mendapat jawapannya. Walaupun dia yang berada dalam pelukan Armada itu kekal bisu. Armada sudah lebih dari tahu.

Kematian.

Kematian sahaja yang dapat menghentikannya.

Twenty(20)Where stories live. Discover now