❤7- rasa berdosa

88.5K 4.1K 205
                                    

Aisya

Sampai sahaja di hadapan rumah Afiq, Afiq terus menjerit memanggil maminya.

Pintu rumahnya terbuka, tetapi yang menyambut di muka pintu adalah makcik tua yang memakai baju opah berwarna biru.

"Afiq, Mami Afiq tak ada kat rumah, dia pergi rumah Datin Kelly"

Kata makcik tersebut.

Afiq hanya mengangguk dan menarik lengan baju aku.

Aku pun turun dari motor. Sumpah kepala aku pening gila. Kabur je penglihatan aku sekarang ni.

Bila aku berdiri seperti biasa, kepala aku rasa macam berpusing, aku hilang imbangan dan hampir jatuh menyembah bumi sebelum sepasang tangan memegang erat kedua dua belah lengan aku.

"Afiq jangan pegang Aisya" kata aku sebelum pandangan aku jadi kabur.
.
.
Afiq

Selepas Aisya pengsan tadi, aku cepat cepat mintak tolong Mak Tom angkat dia ke bilik aku.

Dia cakap jangan pegang dia? Dia takut dengan aku?

Why so cute Aisya..

Lepas aku dan Mak Tom letak Aisya diatas katil aku, dia terus buka mata.

"Kau okey tak Aisya? Mandi tukar baju dulu lah. Hujan lebat lagi ni. Nanti mami aku balik dia tolong hantarkan kau balik rumah"

Kata aku sebelum menghulurkan tuala berwarna merah kepada Aisya.

Dia macam terpinga-pinga.

"Tak susahkan your mom ke?"

Aku terus mencapai telefon bimbit aku sebelum mendail nombor mami.

"Helo mami. Tadi Afiq ada tumpangkan kawan balik rumah tapi hujan, so sekarang ni dia kat rumah kita. Nanti mami hantarkan dia boleh?"

Kataku sebelum menekan butang loudspeaker.

"Boleh je Afiq. So tadi Afiq kena hujan lah? Dengan kawan Afiq sekali? Kesiannya anak mami. Mesti basah. Tak pe sayang, mami balik sekarang lah. Okay bye"

Jawab mami panjang lebar sebelum mematikan panggilan.

"See? Mami aku is the best"

Tetiba rasa untung sebab mami aku overprotective. Walaupun sebelum ni aku rasa malu sebab mami macam tu.

Maklumlah, aku anak tunggal. So, mungkin sebab tu dia macam tu.

Lagipun aku anak angkat. Mami rahsiakan perkara tu, tapi aku tahu sebab aku dah besar. Dah faham. Kenapa papa Muhd Ali tapi nama aku berbinkan Abdullah?

Berbalik kepada tadi, Aisya masih terpinga-pinga.

"Baju pinjam aku punya"

Aku terus melangkah ke almari baju dan mengambil satu sweather berwarna merah dan juga seluar track.

"Nah amik. Aku keluar pergi bilik mami"

Aisya

"Nah amik. Aku keluar pergi bilik mami"

Walaupun dia kata dia keluar, aku still rasa tak percaya so aku kunci pintu bilik dia.

Lepas mandi, aku pakai baju yang dia kasi tadi.

Nasib baik baju dalam tak basah gais.

Tapi, tudung aku basah, so aku guna tuala tadi untuk tutup rambut.

Rasa segar sikit. Entah kenapa aku nakal sangat, aku pusing keliling bilik dia.

Meja belajar dia aku teliti. Banyak sangat notebook tebal.

Maybe dia suka menulis. Dekat belakang pintu bilik dia ada poster Sung Ha Jung.

Guitarist favourite aku!

Dekat sebelah katil dia pula ada gitar.

Baru sahaja aku nak pegang gitar tu, pintu bilik diketuk.

"Aisya. Dah siap ke belum? Kalau dah bukak pintu boleh?"

Suara Afiq kedengaran. Tapi tidak kuat seperti selalu. Seperti berbisik sahaja.

Ya Allah, aku rasa macam aku berdosa sebab dengar suara dia.

Kenapa?

Hanya orang yang pernah rasa macam tu je tahu kenapa.

Aku pun buka pintu bilik dia dan sekali lagi, aku terpana.

I see, dia baru lepas mandi. Rambut dia lembap dan dia cuma pakai tshirt dan bertuala di pinggang.

Lepastu dia boleh senyum pulak! Weh! Aku tak kuat!

Pipi dia.. Ya Allah.. comelnyaaa!

"Jangan lah tengok lama sangat. Dah, aku nak amik baju dengan seluar" Afiq tersenyum malu. Dia malu ke aku tenung dia fiwkfbaofnaos

Kata Afiq sebelum menuju ke almarinya dan mencapai baju dan juga seluar.

Lepastu, dia masuk dalam bilik air.

So, aku sambung teroka bilik dia.

Aku tengok frame yang tergantung kat dinding.

Kebanyakannya gambar dia dengan family dia.

Tapi ada satu gambar ni, gambar dia sorang. Dia tengah berdiri dekat sebelah perempuan. Lama aku pandang gambar tu.

Still, hensemnya dia dalam gambar tu. Perempuan tu pulak, aku tak tahu siapa, Maybe girlfriend, so aku biarkan jelah.

Bak kata Cikgu Izni,

'Whatever'

(A/n: maaf, still tak boleh moveon dengan cikgu sivik baru tadi)

"That's my cousin. She's pretty right?"

Suara Afiq benar-benar berbisik.

Bila aku pandang kiri, dagunya hampir menyentuh bahu aku.

Cepat-cepat aku undur ke belakang.

Terkejut aku seh.

Malaun betul si Afiq ni. Kalau kau hensem, tak bermakna kau boleh terkejutkan aku macam tu sekali malaun!

Berbalik kepada tadi, eh eh, nak balik kemana.

Tiba-tiba..























Esok sambunglah. Ibu ajak buat kek.

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now