❤️bab24-inner self

59.7K 3.1K 42
                                    

Bangun pagi je, telefon aku terus berdering.

Aku pun check lah notification. Aku dapat whatsapp daripada Afiq.

'Aisya datang kat kpj sekarang'

Kau rasa apa perasaan aku baca mesej tu.

Pelik gila bahabi kau tahu. Kemudian, satu lagi mesej daripada mama masuk.

'Aisya pergi kpj bawakkan baju papa, baju kemeja warna putih dengan seluar slack. Iron siap-siap'

Kenapa serentak, tempat yang sama. takut aku tiba-tiba. Meremang bulu roma aku. Aku terus risau. Kat hospital tu kenapa? Papa accident ke? Ke Afiq yang accident? Ke ada orang accident sebab Afiq dengan Papa sama-sama langgar? 

Apabende ni weh. Macam macam benda negatif berlaku kepada aku.

Aku istighfar sebelum mengemaskan baju papa dan menukar baju.

Lebih kurang 10 minit lepastu aku call teksi untuk ke Hospital KPJ.

On the other side..

"Peluru masuk jauh mana?"

Soal mama Aisya sambil menggigil.

"Tulang bahu kanan"

Jawab papa.

"Oush sh-*" hampir sahaja mama mencarut.

"Abang ada kena apa apa tak?"

"I don't know. Abang nak pergi bahagian kecemasan. Macam ada something wrong with my neck"

"Khadijah ikut sekali eh?"

Papa dan mama Aisya berjalan beriringan sambil berpegang tangan ke arah bahagian kecemasan.

Pov Aisya.

Lebih kurang 20 minit, aku tiba di hospital.

Ketibaan ku disambut dengan body guard bersut hitam.

Dibahagian kecemasan, kelibat mama dan papa yang sedang menunggu giliran menjamu mata ku.

Aku terkejut gila bajoi weh. Baju papa banyak gilaaaaaaaaa darah.

Macam nak nangis pon hado aku waktu tu.

"Mama.. Ni kenapa ni ma?"

"Nanti mama cerita. Papa baru buat ct scan, tulang rusuk kanan papa patah. Lepasni papa terus masuk bilik operate. Aisya pergi kat Encik Afiq dulu kat tingkat atas"

Aku berkerut.

Eh ni apahaih ni aku nak kena jumpa encik Afiq kau?

"Ikut orang tu" kata papa sambil menunjuk kearah body guard yang besar besar tadi tu.

Aku naik ke tingkat atas guna elevator.

Bila sampai je kat tingkat empat, aku dibawa ke wad vip.

Badan ku ditolak masuk ke dalam wad perseorangan itu.

Dalam wad tu takde orang. Lampu pun tertutup.

Sumber cahaya yang ada cuma daripada lampu kecik kat sebelah katil.

Sekujur tubuh panjang sedang berbaring disitu. Matanya tertutup rapat.

Kepalanya berbalut. Dia tidak berbaju, bahu kanannya berbalut.

Mukanya yang sebelum ini bersih tanpa sedikit pun cela kini sudah 'dihiasi' dengan luka luka kecil.

Aish..sedihlah bila tengok dia macam ni. Dia ni kenapa? Jatuh motor ke apa? Sampai berbalut bagai ni.. dia tak tahu ke dia dah nak spm? Haihh... ni mak nak marah ni..

Aku melabuhkan punggung aku ke kerusi yang elok terletak di sebelah katil Afiq. 

Tangannya bercucuk wayar. Begitu juga dengan lehernya. 

Lama aku merenung wajah yang sering menyusahkan aku itu. niat yang tadinya nak marah dia cukup-cukup kini bertukar menjadi kesian. 

Tiba-tiba, wajah Afiq bergerak dan membentuk senyuman. Aish.. kena tipu aku ni rasanya.

Matanya dibuka. Oh my, Jantung aku lajunyaaaa.

"Best tengok abang? cuci mata nampak" katanya sambil mengenyitkan matanya. Aku menghela nafas ku.

"Abang kenapa ni? Kenapa nakal sangat sampai luka teruk macam ni? Hah? jatuh motor? tu kepala tu kenapa? Tangan ni?"

Kata aku sambil mencucuk balutan di bahunya menggunakan jariku.

"Ahhh!" Dia menjerit.  Lelaki bersut hitam yang menunggu diluar pintu semuanya mulai masuk ke dalam bilik itu.

"I told you to left her alone with me. Why barge in so suddenly?!" Suaranya sedikit menengking.

"Tadi Tuan jerit" jawab lelaki itu pendek. 

"I'm okay" tangannya membuat isyarat supaya lelaki-lelaki itu keluar.

Aku menekup mulut menggunakan tangan menahan ketawa.

"Ahaha. manja gila .. jerit sikit orang datang" Aku mengusik.

Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Yang semalamnya seboleh-bolehnya cuba menghindari Afiq. Sekarang, dia berada sendiri di hadapan mata aku sendiri.

Tapi, entah mengapa, aku macam ada rindu jugaklah dekat dia ni.

Lama aku mengelamun. Memikirkan sama ada aku patut bersikap jual mahal atau bersikap jujur. Aku patut jujur dengan perasaan aku ke?

"Yelah.Menyesal abang panggil Aisya kesini"

"Abang, I miss you"

I don't know why but my inner self show up the most.



Abang Komander ✔Where stories live. Discover now