❤8- dah start?

84.9K 4.2K 248
                                    

Kek semalam dah habis buat, so mari kita sambung.

"Dia cantik lah"

Puji aku. Serious duh, perempuan tu cantik gila. Perempuan tu tak putih, tapi cantik.

"Girlfriend abang ke?" Aku cuba cucuk jarum.

"Eh taklah"

"Dah tu? Crush?"

"Eh taklah. Crush aku orang lain. Kau"

Hmm.. straightforwardnyaaa. Dia tak tahu aku dah cair pada takat cair paling maksimum. Eh? Ada eh takat cair?

"Afiq, mami dah balik"

Kata Mak Tom. Tiba tiba sahaja dia menjengukkan kepalanya ke muka pintu.

"Jom. Mami aku dah balik"

Afiq menarik lengan baju yang aku pakai.

Aku akur. Afiq membawa aku turun ke tingkat bawah. Disitu, seorang wanita cantik sedang duduk di atas sofa.

Pergh, goddess seh mami dia.

"Hai mami" kata Afiq sebelum menyalam maminya.
Senyuman terukir di wajah wanita itu.

"Hai aunty" kata aku, turut menyalam tangannya.

"Ni eh kawan Afiq yang Afiq cakap tu?"

Dia menarik lengan aku dan aku pun duduk disebelahnya.

Afiq hanya mengangguk sekilas.

"Nama siapa?" Soalnya.

Nama ai adalah jodoh anak yu.

Jk jk.

"Nama saya Aisya" kata aku.

"Kesian Aisya baju basah tadi. Mesti sejuk kan? Nanti makan ubat eh, takut demam"

Katanya sebelum meletakkan tangannya di dahiku.

"Afiq tak ada baju elok sikit ke nak bagi Aisya pakai? Sweather besar macam ni"

"Eh takpelah Aunty, saya selesa"

Aku tersenyum, meyakinkan bahawa aku benar-benar okey.

"Aisya nak balik terus ke? Kalau nak balik terus mami boleh hantarkan. Ke nak duduk lepak dulu, berbual dengan Afiq?"

Dia bahasakan diri dia mami gais.

"Saya tak kesah.." Kata aku.

"Mami hantar jelah dia terus. Afiq pun ada kerja nak buat"

Afiq mencelah. Aku pun mengangguk-angguk setuju.

Mami pun setuju lalu kami bertiga masuk ke dalam kereta BMW mewah itu.

Didalam kereta, aku dan Afiq dua-dua berada di tempat duduk belakang kerana tempat duduk di sebelah pemandu penuh dengan barang. So, mami dia suruh duduk belakang.

Aku baru sahaja nak mulakan perbualan, tapi mami Afiq dah sibuk berbual dekat telefon.

"Taip alamat kat sini" kata Afiq sebelum menghulurkan telefon bimbitnya.

Aku pun taip alamat aku dibahagian search waze. Telefon itu kemudian Afiq serahkan kepada mami dia yang sedang sibuk bercakap di telefon.

Aku rasa macam hambar gila. Afiq duduk membatu, mami dia cakap kat telefon. Kalau Afiq tu membatu, aku rasa aku menunggul gais.

Tiba-tiba aku rasa macam bahu aku dicuit. Aku pun pandang Afiq.

"Jangan marah Furqan tau. Aku yang tanya dia macam-macam"

Jadi, begitu ceritanya. Malaun kau Afiq.

"Suka hati sayalah nak marah ke tak" kata aku sebelum menjeling Afiq.

"Kesian Furqan. Kalau kau marah dia, kau tak sayang kat aku"

Mata aku membulat. Betul kah apa yang aku dengar ni. Ni salah ni! Siapa sayang dia?

Aku tak tahu nak jawab apa, so aku diam je. Bila sampai depan rumah aku, mami Afiq masih bercakap kat telefon, tapi dia pusing belakang and lambai aku.

Waduh kiutnya mami dia. Afiq keluar kereta untuk hantar aku. Uih terharu ai.

Aku bukak kunci dekat pagar.

"Dah faham kan?" Afiq tanya aku. Aku terconfius sekejap.

"Faham apa?" aku tanya semula.

"Takkan nak suruh aku confess kat sini?"

Aku jadi makin confuse.

"Confess apa pulak ni?"

"Hmm.. tak pelah. Bye. Jangan lupa makan eh. Sayang kau"

Lepas dia cakap tu, dia terus masuk dalam kereta. Sayang? Aku tak salah dengar kan?Sumpah doh aku confuse!!!

Aku masuk dalam rumah and kunci pintu. Aku baring atas katil. Telefon aku capai. Banyak gila whatsapp dari Furqan.

Furqan:I'm sorry Aisya. Dia yang tanya

Furqan:Aisya.

Furqan:Will you forgive me

Furqan:Kalau serious jangan kawan

Furqan:Aisyaaaa

Furqan:Aaaaaahhhh

Aku hanya hadiahkan bluetick. Lama aku berkira-kira nak balas apa.

Aisya:Thank you Furqan

Last-last, itulah yang aku balas. Kenapa ye? Kenapa? Afiq dah bagi sign yang dia minat kat aku ke?

Eii Ya Allah.. Childishnya pemikiran aku.

Tak ada apa-apa tiba-tiba suka aku? Merepek.. Baru dua hari aku kenal dia. Ceh. Kenal ke? Aku rasa baru dua hari aku tahu dia.

Ke dia suka aku sebab minyak wangi aku?

AAApa ni? Ya Allah! Otak aku tak boleh tampung masalah ni!

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now