Bab 2- Anak aunty wahda

14.8K 469 4
                                    

Aku terpegun, ternganga dan bercampur debaran. Ini ke rumah bakal suami aku? eh tak tak. maksudnya rumah parents dia. Tapi tak mungkin seindah ni! eh lawanya. Aduh.

"assalamualaikum wahda, aku ni Aminah" pintu depan yang besar itu terbuka. Jelas muka wanita berumur 40-an tetapi masih nampak muda.

"Ya Allah aminah! Eh masuk masuk. " mereka berjabat tangan. berpelukan. Lalu mata aunty wahda memandang ku.

"Ini lah calon menantu saya ya? Lagi lawa dari dalam gambar. Putih berseri" puji aunty wahda kepadaku. Aku tersenyum sinis menyalam dia.

"Apa khabar aunty" kataku
"Aunty sihat je. Eh jemput masuk meh meh, ha duduk dekat sofa tu. Kejap saya buat air" pelawa aunty wahda

Eh rumah sebesar ni takde bibik ke? Hm pelik pelik. Lalu aku melabuhkan punggung ke sofa milik rumah ini.

Sejurus selepas itu, dulang yang dibawa aunty wahda diletakkan di atas meja kopi kaca besar di depan ku.

"Eh lama betul hafiz ni, Hafiz!!!!! cepat turun!!!!!! mereka dah sampai!!!" teriak aunty wahda.

Eh sekejap. Hafiz?

"yelah mama, hafiz turunlah ni. Tak reti sabar betul" suara anak aunty wahda kedengaran.

"Ha ni, kenalkan ni aunty aminah. Yang itu uncle halim. ha ini pulak bakal isteri hafiz" sengih aunty wahda.

Aku hanya mampu menundukkan muka melihat lantai mozek rumah ini. Dengan perlahan aku mendongakkan muka ku. Tepat mataku mengena mata hafiz.

"KAU??!?!?!?!!" serentak aku dan hafiz berkata. Alangkah terkejutnya.
"Eh hanis kenal hafiz ke?" kata umi.

Aku diam. Sumpah otakku kosong. Tak sangka rupanya Hafiz ni lah bakal suami aku. Kawan baik aku sendiri. Kawan baik dari sekolah menengah.
Bukan ke dia sepatutnya dengan Aina Faqihah? Dulu masa form1 sampai form 4 bercinta bagai nak rak. Kenapa ni dia terima orang lain jadi isteri dia pulak?

"hafiz? kenal hanis? kata aunty wahda
"kenal" sepatah saja hafiz menjawab.
"dari mana kenal?"
"sekolah"
"ha?" sah! hafiz juga terkejut! sebabtu balas sepatah.
"hanis, sini ikut aku sekejap"
"eh? ha?" aku bingung.
"cepatlah!" marah hafiz.

Aku mengikuti hafiz ke luar rumah. aduh mesti nak marah aku ni.
"Kau!" hafiz memula kan percakapan nya.
"kau kenapa tak kasitahu aku yang kau bakal isteri aku! Terkejut aku bila tengok kau tadi! serabut kepala" bebel hafiz.

"Eh kau. Ingat aku tahu yang kau bakal suami aku? Kalau aku tahu, memang tak lah aku terima. Ramai lagi nak aku" aku bersilang tangan.
Hafiz terdiam.
Aku menambah "Tapi kan, kau bukan dengan Aina ke?"

Hafiz menjawab sambil menjeling. "Aina dah mampus"
aku tergelak. sumpah kelakar.
"Break? HAHAHAHA dulu kemain. Bila aina merajuk, mengadu. gelisah. Bila gaduh dengan aina, mengadu, taknak hilang aina. Apa dah jadi?"

Hafiz tak layan pertanyaanku.
eh eh mamat ni. aku sekeh jugak kang aduh. bisik hati kecil ku.

-----------------------
hi semua. sorry kalau cerita ni tak best. Tapi saya akan cuba sedaya upaya. Keep on voting okay! Huhu xoxo

Sayang Kau✔️Where stories live. Discover now