Bab 33- Remuk

10K 304 23
                                    

"Irfan...." aku menekup mulut. Tak sangka, irfan melamar aku. Boss sendiri, melamar aku.

Aku memegang anak ku yang aku kandung. Ikhlas kah irfan? Atau sengaja main main sebab simpati kan aku? Aku menundukkan wajah memandang lantai.

Irfan memegang dagu aku. Menaikkan kembali wajah aku memandang nya.

Muka Irfan di samar cahaya itu membuat kan hati aku tidak boleh duduk diam. Menjerit. Bising. Berlari lari. Begitulah hati aku. Tidak pasti sama ada teruja atau sedih.

Irfan menjatuhkan tangannya dari memegang dagu aku. Pandangan tajam kearah mata aku dilemparkan oleh Irfan.

"I ju-just don't know Hanis. You completed my life. All this time, aku rasa...lain." ujar Irfan.

Aku terkedu seketika.

"Bila dengan kau, aku rasa penuh" sambung Irfan lagi.

Aku terdiam. Tiada apa apa langsung di minda aku. Secara tiba tiba, aku melontarkan senyuman.

"Irfan...." panggil aku.

Irfan menenung tajam mata aku. Kami saling berpandangan.

"Kau tahu kan, aku mengandung. Tak kan kau nak kahwin dengan orang macam aku? Tak suci Irfan, aku dah....." belum sempat aku berdrama sikit, Irfan meletakkan satu jarinya di bibir ku. Menyuruh aku berhenti bercakap.

"Ini bukan soal suci atau tidak Hanis. Ini semua kerja Allah. Mungkin Allah hantarkan aku untuk kau. Supaya kau dapat berjuang, teruskan hidup. Dan alhamdulillah Hanis, dengan izin Allah......" ujar Irfan.

"....aku dah jatuh cinta dengan kau" sambung Irfan.
__________________
[Hafiz's point of view]

kcakkkkkkkk! *bunyi gelas jatuh. Maaf takpandai letak bunyi gelas ._.*

Gelas yang aku genggam, berisi air yang diberi mama, jatuh. Berderai.

"Ya Allah..." aku berkata.

Kemudian memicit micit kepala aku yang berdenyut. Aku masih bersandar di kerusi roda aku.

Sejurus selepas itu, aku merasakan aneh di dalam hati. Debaran yang lain, pelik, debaran yang penuh dengan kerisauan.

Sampai ke hari ini, aku tidak putus memikirkan Hanis. Dimana dia sekarang? Kerja apa dia? Dia sihat? Anak kami sihat?

Ya Allah, sungguh jika ini dugaanmu, kau kuat kan lah aku. Kau temukan lah aku dengan Hanis dan anakku. Aku mohon ya Allah. Jika kami ditakdirkan bersama, kau berikanlah aku peluang....

Tanpa sedar, air mata kecil membasahi pipi.
_________________
-4Bulan kemudian-
[Hanis p.o.v]

"Hanis, cepatlah nanti lambat!"panggil Irfan dari luar rumah aku.

Aku yang sedang menyalam umi dan ayah itu lantas keluar untuk ke klinik dengan Irfan kerana hari ini adalah hari check up aku.

Oh lupa nak cakap, selepas kejadian Irfan melamar aku dulu, aku bersetuju kerana aku rasa memang Irfan dihantar untuk aku.

Tetapi aku membuat syarat, selepas anak aku lahir, baru kami akan bernikah. Irfan bersetuju.

Oh lupa nak cakap lagi, ingat tak yang umi dan ayah aku bergaduh? Nak tahu macam mana mereka boleh baik?

Irfan.

Sayang Kau✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora