Bab 45- Bahagia

9.6K 261 5
                                    

[Hanis pov]
-selepas pulang dari Perth-

"sah?"
"sah"
"Alhamdulillah, bismillah..."

Aku mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok kadi.

Air mata aku bercucuran, akhirnya saat yang ditunggu tunggu telah dicapai oleh Ariana.

Eh? Ariana?

Korang ingat lagi Ariana? Kawan baik aku waktu kat kolej dulu? Tapi kami terpisah sebab aku kena berhenti kolej. Lama kelamaan, Ariana pula mendapat jurusan praktikal nursing di Jepun untuk 2 Tahun.

Jadi kami terpisah selama 2 tahun itu. Adalah sekali dia call aku itu pun guna public dekat Jepun sana sebab Ariana cakap kos bayaran call dari Jepun ke Kl guna banyak duit.

Dia kiranya nak save duit, dia pun bukan dari keluarga kaya kaya. Duit praktikal pun sedikit duit dia, sedikit duit bapa dia.

Tapi disebabkan dia pandai, bijak, dia ditawarkan untuk sambung praktikal di Jepun. Untunglah kan jadi Ariana.

Tiba tiba je balik Kl, sergah rumah aku, cakap dia nak kahwin. Dengan orang Jepun. Tapi orang tu dah masuk Islam, bukan sebab Ariana, tapi dia memang meminati Islam.

Untung kan? Dapat kahwin dengan orang Jepun.

"Oi" bisik seseorang

Aku terlepas dari lamunan.

"Termenung dah sampai mana? Kenapa? Tak sabar nak jadi isteri Irfan ke?" ujar Irfan didepan aku yang sedang duduk mencangkung.

Aku tersipu malu. Malu kerana ditegur oleh Irfan.

Aku memandang sekeliling. "Eh, mana yang lain?"

Terkejut juga aku melihat hanya aku dan Irfan di dalam masjid ni. Ariana mana?

"Mereka semua dah bersiap nak tengok pengantin baru naik pelamin. Yang awak tu dari tadi tadah tangan dah kenapa?" Irfan memuncung mulut menunjuk ke arah tangan aku.

Aku terkejut dan dengan cepat bingkas bangun dan membetulkan baju kurung yang dipakaiku.

"Er..." aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"..sibuk je!" aku terus berlari anak menuju ke arah dewan di mana majlis persandingan diadakan.

Irfan di belakang yang segak berbaju melayu biru menggelakkan aku.

Tiba tiba tangan ku ditarik untuk berdekatan dengan Irfan. Tetapi tidak lah kena kulit.

"a-apa.." ujar aku. Hati ku berdegup kencang kerana mendengar nafas Irfan di belakang aku. Lengan kanan ku masih dipegang.

"Bila kita nak kahwin..." Irfan membisik lembut ke arah telingaku. Dengan pantas aku terus melepaskan pegangan Irfan dan berlalu pergi.

Aku tahu Irfan sedang gelakkan aku di belakang tu....
______________
[Hanis pov]

Aku menatap penuh sayu diary Hafiz itu sambil menggoyangkan kaki untuk menghayunkan buaian di depan rumah.

Walaupun aku dengan Irfan sekarang, tetapi Hafiz masih tidak aku lupa.

"Hafiz, hafiz sihat ke di syurga? Hafiz baik baik je kan?" ujar hati kecil ku di saat aku memandang diary tersebut. Air mataku mengalir sedikit.

"Hafiz, selamat hari lahir..." aku bertutur sambil memandang ke arah langit yang serba biru. Tidak kusangka, air mata ku deras secara tiba tiba.

Mengusap lembut kulit buku diary Hafiz.

pin pinn

Irfan keluar dari keretanya setelah diparkingkan di depan rumah.

"Fuh, penat penat" ujar Irfan kemudian menuju ke arah aku.

Aku hanya tersenyum. "Awal abang balik, bukan selalunya lambat sikit ke?" aku menyalam tangan Irfan.

"Saje nak tengok isteri abang dekat rumah, mana tahu kot kot balik awal dapat news sayang mengandung ke" gurau Irfan sambil mengusap kepalaku.

Aku tersenyum. "I think its a no..."

Irfan hanya mengukir senyuman.

"Its okay, malam ni kita lama sikit eh kat bilik? Kita cuba cara baru..." Irfan mengukir senyuman nakal sambil mendekatkan badannya kepada aku dan mengenyitkan matanya ke arah aku.

"Mengada!" aku menolak dada Irfan kemudian berlari memasuki rumah.

"Sayang...jangan lah lari, kalau boleh sekarang lah kita cuba cara baru tu, sampai malam pun takpe, abang kuat, dah minum tongkat ali..." Irfan menjerit memanggil aku sambil mengejar aku dari belakang.

Aku ketawa berdekah dekah sambil berlari menuju ke dapur.

"Jahat lah abang suka buat Hanis takut!" aku menjerit sebaik sahaja melihat kelibat Irfan memasuki dapur.

Irfan terus berjalan menuju ke arah aku.

"Apa barang lah lari pergi dapur, kenapa tak lari pergi bilik" Irfan ketawa lalu segera menangkap aku dan mengangkat aku ala ala bridal style.

"Lepaskan lepaskan!" aku menepuk bahu Irfan sambil ketawa.

Irfan melontarkan senyuman dan membawa aku menuju ke tingkat atas dimana bilik kami berada.

Posisi kami sekarang ialah, aku dibaringkan ke atas katil manakala Irfan berada di atas aku.

Belum sahaja Irfan mahu menghidu aku, aku segera menolaknya.

"Malam nanti lah! Hanis nak masak lah! Pergi mandi! Busuk!" aku segera melepaskan diri lalu menoleh ke belakang dan menjelir lidah ke arah nya.

"Abang tuntut malam nanti no limit!" Irfan tersenyum nakal.

Aku segera menoleh menuju ke pintu dan berlari anak menuju ke dapur. Menahan malu di mukaku.

•••

Finally!! Irfan and Hanis are married! <3 But belum ending lagi okayyyy😍

Sayang Kau✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora