٣ |第3章

5.1K 288 6
                                    

"Fasha Adlin bt Benyamin, kakak kau nak jumpa," jerit Effie, selaku ketua kelas. Seluruh kelas menoleh ke arah Fasha. Biasanya ketua kelas mereka akan memanggil nama penuh kalau ada hal rasmi je kalau tak biasanya pakai nama panggilan masing - masing.

"Hah?" Fasha terus menuju ke pintu kelas. Lebih memeranjatkan apabila dia ternampak figura kakaknya di pintu kelas.

"Kenapa, kak?" keningnya diangkat.

"Pala, suruh ambil adik awal, sebab dia nak buat report kat balai polis,"

"Asal, kak? Kenapa police report?" soal Fasha.

"Papa kena samun. Tadi waktu pergi supermarket, kereta lesap," jawab Kak Zura.

"Ya Allah, dia okay tak?" Fasha beristighfar beberapa kali seperti yang diajarkan oleh ayahnya tatkala mendengar berita buruk.

"Jom - jom," ajak Kak Zura.

Fasha mengambil begnya lalu memberi tahu Effie dan Hana selaku ketua kelas dan penolong kelas supaya memberitahu Sir Aiman yang kebetulan selepas itu adalah kelasnya  yang dia terpaksa pulang ke rumah bagi menemani ayahnya.

"Akak parking kereta kat mana?" soal Fasha.

"Kak belakang. Takpe Asha tunggu sini, akak gi amik kereta. Kejap je. Kejap je," kata Kak Zura lalu mempercepatkan langkah le belakang sekolah.

Fasha membelek jamnya. Pukul berapa dah? Dia sedar ada lagi 3 jam sebelum sesi persekolahan tamat. Dia rasa seronok kerana ini kali pertama dia pulang ketika sesi persekolahan masih berlangsung namun dalam masa yang sama dia risau akan bapanya.

"Fasha, awak buat apa kat sini," tegur sesorang dari belakang.

"Opocot mak kau meletup!" Fasha melatah dia mengurut dadanya sambil memaling ke arah tubuh yang bertuah itu.

"Sir! Lain kali bagi salam," marah Fasha.

"Sorry, Assalamualaikum. Awak nak ke mana ini Fasha? Dengan beg bagai. Bukan kelas saya ke sekarang?" soal homo sapien yang telah disahkan bahawa dialah Sir Aiman.

"Waalaikumussalam... saya EL sir! Sorry ya sir. papa saya kena samun," ujar Fasha.

"Nauzubillah... bila? "

"Tadi... saya pun tak tahu. Kakak saya datang terus suruh saya gerak," jawab Fasha.

"Kakak awak ada kat sini?"

"Adaa. Itu dia. panjang umur. Alright sir. Saya gerak dulu. Pesan kat Hud suruh dia tumpang Hafiz balik nanti, lagi satu suruh dia salin nota manalah tahu sir bagi untuk saya. Bye, assalamualaikum," Fasha menuju ke arah kereta Audi hitam keluaran 2007 itu.

"Kirim salam kat kakak awak dan papa awak," pesan Sir Aiman.

Mereka menuju ke balai polis dengan segera. Setelah selesai segala perkara mereka memutuskan untuk pulang ke rumah.

Fasha mengeluh apabila melihat luka di kepala papanya namun setiap kali dia menawarkan diri untuk menjaga papanya, papanya akan menjawab,

"Takpe papa okay,"

Lagu Chandelier nyanyian Sia kedengaran dari ruang atas.

"Waalaikumussalam... papa baik sahaja imi,"

"..."

"Entahlah, ada apa - apa "

"..."

"Nak cakap ngan papa?"

"Papa... Mal nak cakap," Kak Zura memberikan telefonnya pada papa.

"Bakal menantu papa? Ha meh sini," ujar Encik Benyamin bahagia.

Fasha menjulingkan matanya. Telinganya hanya memasang apa yang terluah dari mulut papanya. Kadang - kadang pelik macam manalah papa boleh terima Abang Mal tuh. Haih.

"..."

"Waalaikumussalam, apa khabar, Mal,"

"..."
"Cakaplah"
"Boleh, boleh apa salahnya. Lagi cepat lagi bagus,"

"..."

"Ahad ini? Paa ok je. Ni tak datang birthday Fasha ke?"

Fasha mengerutkan dahinya. 'Aku tak nak dia datang pun! Kau dah curi attention Kak Zura dari aku. Papa pun satu kenapalah jemput dia itu,'

"..."

"Takpelah...Janji ahad ini datang, ya"

"..."

"Baik bro... haa? nak cakap ngan Fasha?"

"Dahsyatlah papa aku pakai baik bro," ujar Fasha. Kak Zura tergelak mendengar kata - kata Fasha.

"Fasha, nah," Encik Benyamin menyerahkan telefon itu pada Fasha.

"Apa?" soal Fasha yang tidak mendengar apa yang dikatakan ayahnya tadi.

"Abang Mal nak cakap,"

Fasha terkejut. Dia mencapai telefon itu.

"Haa nak ape?"

"Haa... Fasha.. uhuk uhuk,"

"Haaa.. apa khabar?" suara buat - buat? eh jap! Macam kenal je suara yg sebelum uhuk - uhuk tadi.

"Kenapa buat suara camtu,"

"Takde pape. Ni Abang Mal nak pesan. Jaga akak elok - elok tau. Ahad ini keluarga abang nak datang meminang akak Fasha,"

"What ? Papa baru kena samun then akak nak teruskan juga ahad ni ?" marah Fasha. Fasha rasa bakal abang iparnya itu tidak menghormati bapanya. Dia baru sahaja ditimpa ujian yang baginya agak dahsyat sebentar tadi. Kalau ya pun, tunggulah ayahnya sembuh dahulu.

"Fasha please dengar. Fasha tak tahu apa yang dah jadi"

"Kisah pula aku... Eh, aku tak pernah inginlah kau jadi abang ipar aku,"

"Fasha! Watch out your mouth!" marah Encik Benyamin.

"Backuplah dia. Papa ngan Kak Zura sama je. Layan sangat dia. Fasha ini?," Fasha berlari menaiki tangga. Geram.

"Sorry ya, fasal adik saya,"

"Takpe ... saya akan pastikan dia terima saya and pesan kat dia tolong siapkan assigment,"

𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸Where stories live. Discover now