٥ |第5章

3.6K 224 4
                                    

"Mama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama... Zura rindu mama... kalau mama ada sekarang ini mesti mama tahu apa yang Zura boleh buat. Mama... Zura tak salahkan Fasha, tetapi Zura dah buntu macam mana nak puaskan hati dia, gembirakan dia, Sekali ini je sebenarnya Zura cuba pentingkan diri sendiri tetapi..."

Fasha mencuri dengar apa yang dikatakan Kak Zura. Tangisan itu tidak berhenti dari malam semalam. Dia sendiri diselubungi rasa bersalah. Encik Benyamin tidak mahu bercakap dengannya.

Sekarang dia faham mengapa kadang - kadang Encik Benyamin mahupun Fazura akan berkata " Fasha tak akan faham, Fasha masih lagi budak kecil," lihatlah apa yang dia telah buat sekarang mengecewakan hati kakaknya sendiri.

Apa - apa pun dia masih lagi bingung dengan perasaan dia sendiri. Bayangkan guru kegemarannya adalah calon abang iparnya. Yang dia benci kerana terasa perhatiannya dirampas, yang dia percaya adalah orang yang selama ini menjauhkan satu - satunya kakak kesayangannya. Tuhan sahaja tahu betapa dia benci ' Abang Mal'. Tetapi Tuhan juga sahaja yang tahu betapa dia menyayangi Sir Aiman.

"Kenapa mesti dia kena pergi? Fasha tak pernah faham hubungan Zura ngan Mal itu. Dia tak sedar Mal dah banyak ubah Zura. Dulu Zura tak macam ni... mama sendiri tahu macam mana tatatertib and perangai Zura dulu,"

Sungguh Fasha malu dengan dirinya. Perlahan air matanya mengalir. Dia tahu silapnya itu dimana. Dia pergi ke dapur untuk menghilangkan rasa perit di tekak. Rasa yang biasanya kita terasa bila menahan marah atau sedih. Kepalanya terasa berat jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil sebiji paracetamol untuk menghilangkannya. Kemungkinan berasa terkejut dengan perkara yang baru diketahuinya.

Dengan ketinggiannya yang tidak seberapa dia cuba menjengket untuk mencapai ubat yang tersimpan di kabinet atas. Tangannya tercapai satu botol ubatan namun botol tersebut terbalik dek kerana ketidakstabilannya. Fasha mengeluh.

Fasha kemudian mengambil keputusan untuk membawa kerusi daripada ruang makan ke dapur. Kebiasaannya bapanya atau Fazura yang akan mengambil ubat untuknya. Namun kedua - duanya masih lagi dalam emosi yang marah.

"Eh jap,jap ubat apa ini," Fasha membelek belek ubat yang dia jumpai di dalam kabinet dapur itu. Ubat yang baru sahaja dia jatuhkan.

"Fazura Benyamin,"

Ini bukan ubat biasa... bukan panadol atau ubat batuk biasa,"

Dua hari sudah berlalu, Fasha dan Fazura masih lagi tidak bertegur siapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua hari sudah berlalu, Fasha dan Fazura masih lagi tidak bertegur siapa. Rumah yang dulunya huru - hara kini pun sudah senyap seperti tanah perkuburan. Kalau ada suara pun, suara Encik Benyamin panggil anak - anak gadisnya makan.

Di sekolah pun, dapat lihat Sir Aiman seperti kurang bersemangat. Kalau dia pusing - pusing di dalam kelas tengok anak muridnya menyiapkan tugasan dia akan mengelak daripada datang berhampiran meja Hud dan Fasha.

Ramai budak - budak kelas mereka mengeluh Sir Aiman tidak seceria selalu. Kalau ada pelajar yang cuba menukar topik selain daripada topik pembelajaran terus tidak lagi dilayannya.

"Siapa yang ada kat depan rumah kau itu, Asha? " soal Hud ketika mereka berdua baru pulang daripada bermain basikal di waktu petang. Fasha turun daripada basikalnya. Matanya dikecilkan.

Walaupun sedikit gentar kerana orang asing, Fasha tetap cuba memberanikan diri menegur lelaki itu. Dapat kelihatan sebuah van berdekatannya berwarna putih.

Ada dengar cerita orang kawasan mereka kata jangan dekat dengan van putih nanti kena tangkap buat jual di Thailand. Tidak mahulah Hud dengan Fasha. Kalau jual di UK ke Russia ke lagi bagus. Mahal sikit. Mereka kata badan mereka bernilai tinggi. Tak main 5 ribu 6 ribu ringgit. 5 - 6 juta ringgitlah.

"Encik, encik cari siapa?" soal Fasha.

"Fazura Benyamin... rumah dia kan? " soal lelaki separuh abad itu.

"Ya saya adik dia, kenapa?" Basikal Fasha ditongkatkan dan memberi tumpuan kepada lelaki itu. Hud sudah bersedia dengan telefon. Mana tahu betul mereka ini geng putih yang menculik budak - budak untuk dikerat 14 untuk jual di Siam.

"Saya nak temubualnya memandangkan dia seorang cancer survivor. Saya mahu menulis artikel tentang  pengalamannya,"

Fasha mengerutkan dahinya.

"Masa bila akak saya kancer? Encik jangan memandai. Akak saya sohat walafiat siap boleh buat kuak lentang lagi tau, kalau tarikh lahir berzodiak cancer itu dah betul dah" marah Fasha.

"Ya, betul Fazura Adlin Benyamin. Last checkup n pengesahan dia bebas dari kanser adalah pada 20 April 2014 di United State. Kisahnya sangat memberi inspirasi kerana dia hanya pulang ke Malaysia setelah mendapat pengesahan di sana bahawa dia bebas kanser, dibuktikan juga oleh Embassy Malaysia - Amerika," lelaki itu kehairanan.

" Hahaha, dah tahu dah taktik ini, ini mesti nak culik kitaorang pastu jual kat Siam kan, baliklah pak cik, bawa - bawakan bertaubat. Esok lusa, tengok tengok ada dalam tanah dah," gelak Fasha dan Hud.

" Aku pakai smart - smart macam ini kau panggil aku penculik? Sia - sia sahaja aku belajar tinggi - tinggi,"

" Aku pakai smart - smart macam ini kau panggil aku penculik? Sia - sia sahaja aku belajar tinggi - tinggi,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸Where stories live. Discover now