٧ |第7章

3.7K 240 9
                                    

" Bye Ummi ! " Hud  menyalam tangan ibunya diikuti oleh Fasha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Bye Ummi ! " Hud  menyalam tangan ibunya diikuti oleh Fasha.

" Selesaikan apa yang patut diselesaikan hari ini, ummi pergi dulu," Mereka melambai ke arah kereta Honda Civic itu sehingga kereta tersebut hilang daripada pandangan mereka. Badan mereka ditolehkan ke hadapan 180 darjah.

Kawasan di hadapan sekolah mereka ketika itu amat lengang. Hanya terdapat beberapa van dan bas sekolah sahaja itu pun kerana menanti kepulangan pelajar tingkatan   5 yang mungkin mempunyai kelas tambahan.

Sekolah mereka terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pagi untuk menengah atas dan pelajar tingkatan 3, sesi petang untuk menengah bawah. Hanya kelas pada hari Rabu sahaja jadualnya bertukar. Menengah atas waktu petang dan sebaliknya.

" Sekarang nak buat apa ?" soal Hud.

" Belajarlah macam biasa, agaknya," jawab Fasha.

Masing - masing hanya berdiri di depan pintu Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Putera itu. Tangan mereka kedua - duanya memegang tali beg di bahu. Seperti dirancang, mereka berjalan serentak menuju ke kelas.

" Kita ada lebih kurang sejam sebelum kelas bermula, patut ke kita cari Sir Aiman dulu?" jawab Hud. Mereka sudah merancang untuk datang sejam awal dan balik sejam lewat hari ini memandangkan Fasha ingin memohon maaf kepada 'bakal' abang iparnya itu. Hari ini ada kelas dengan guru bahasa inggeris itu tetapi sebab Fasha kan professional running with my clique yeah international jadi dia tak naklah ganggu sesi mengajar Sir Aiman.

" Waktu makan tengah hari ini, solat Zuhur pun baru sahaja masuk," Hud mengerling jam tangannya. Sekarang baru pukul 1.25 petang. Sesi pembelajaran mereka bermula jam 2.30 petang.

" Jom, kita tengok kat kantin,"

Pelajar di sekolah mereka sudah sedia maklum bahawa Sir Aiman ada satu - satunya cikgu yang makan di tempat makan pelajar. Dia cakap ada feeling feeling muda gitu. Jadi amat senang untuk Fasha dan Hud meneliti kantin pada masa itu. Dengan keadaan sangat lengang mereka menuju ke arah meja guru lelaki berkenaan dan duduk di hadapannya.

" Assalamualaikum ! " Hud memberi salam selepas punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.

" Dah duduk baru nak beri salam ," balas Sir Aiman sebelum bangkit daripada tempat duduknya. Dia lantas ke besen letak pinggan nak meletakkan pinggannya di dalam besen tersebut. Fasha dan Hud berpandang sesama mereka sebelum mengambil keputusan untuk mengejar Sir Aiman yang sudah pun berjalan menuju ke arah susur gajah.

"Sir, tolonglah sir... maafkan saya. Berbaik semula pada kakak saya! Dengar penjelasan saya!" pujuk Fasha. Hud mengejar mereka dari belakang.

Sir Aiman masih meneruskan perjalanan menghiraukan panggilan Fasha. Dia nak lihat sejauh mana usaha minta maaf Fasha itu.

"Sir!" panggil Fasha.

Tiada sahutan lagi

"Sir," nafas Fasha sudah semakin mengah. Tanpa mereka sangka mereka sudah pun berpusing hampir 1 pusingan tapak perhimpunan.

"Abang Malique!"

Sir Aiman tersentak tak sangka Fasha akan memanggilnya sebegitu. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menoleh.

"Tolonglah saya," Fasha merayu.

Sir Aiman masih lagi diam. Dia tiba - tiba duduk. Di tepi longkang. Bukan longkang yang kalau duit syiling jatuh boleh kutip. Ini longkang yang orang jatuh susah nak kutip.

Dia menepuk tebing longkang di tepinya meminta Hud dan Fasha duduk. Sekali lagi,Hud dan Fasha memandang sesama sendiri.

"Dah tak da tempat yang lebih okay dari ini ke, sir? soal Hud. Sir Aiman acah - acah nak bangun. Fasha menyiku Hud. Mereka akhirnya duduk.

'Haih kalau aku jatuh ni konfem kepala pun tak nampak,' ujar Fasha di dalam hati. Mana taknya tingginya hanya 145 dan longkang itu sedalam 150 cm. Naya - naya.

" Sir,.maksud saya Abang Mal... Fasha nak minta maaf. Saya tahu yang saya buat salah saya ingaikan 'Mal' yang dimaksudkan kakak jahat kerana akak tak pernah pulang bila dia berada kat sana. Call pun tak. Saya rasa macam diganti. Macam dilupakan," luah Fasha.

"Kakak awak tak call awak sebab dia tak nak awak sakit and dia tak cukup duit nak balik. Awak sendiri tahu betapa dia tak suka menyusahkan ayah awak," balas Sir Aiman. Matanya masih memandang longkang. Eh, ada berudu, ikan guppy pun ada.

"Tahu," balas Fasha lemah. Hud yang sibuk mencuit kucing yang lalu berdekatan mereka disikunya. Hampir sahaja kucing itu terjatuh dek   Fasha namun diselamatkan oleh Hud dengan menarik ekornya. Terus kucing itu kari meninggal mereka kerana takut disakiti lagi. Maka Hud terpaksa menyertai juga bicara Kasih ini

"Mujur dia seorang yang kuat. Sekarang dia bebas dari kanser. Dialah yang sanggup layan sikap gila and merepek saya kat sana. Waktu first - first saya ingat dia gedik," kata Sir Aiman lagi dan dia tiba - tiba tergelak kecil.

Dia menyambung katanya "Saya pernah panggil dia langsuir waktu dia pakai baju putih and lepaskan rambut dia dulu. Ada satu hari saya pergi cari kerja. Dia pun. Dan kedai itu ada satu je jawatan kosong and kitaorang pun berebut. Akhirnya tauke itu ambil dua - dua. Kat situlah kami berdua rapat sampai satu hari dia tiba - tiba je mengadu sakit kepala" tekun Fasha dan Hud mendengar cerita Sir Aiman itu.

"Saya orang pertama tahu dia kanser. Tiap- tiap hari saya teman dia pergi buat rawatan. Saya rapat sangat dengan dia. Saya takut sangat kehilangan dia,"Kata - kata Sir Aiman membuatkan Fasha bertambah bersalah.

" Sejujurnya Sir dan kakak kamu hampir berbaik dah. Cumanya kami rasa macam kami perlu bagi lebih masa kepada kamu. Sebab semalam pun dia ada bagitahu, yang dia rasa dia pun bersalah juga dengan adik dia yang seorang ini, jadi saya sebagai Aiman Malique b Shafique menerima permohonan maaf kamu," senyuman itu diberikan kepada Fasha.

Hud bersorak kegembiraan. Akhirnya dia dan ahli keluarganya sudah bebas daripada drama Fasha sekeluarga !

"Kamu bertiga buat apa kat longkang ini?" soal ketua kelas mereka kehairanan.

" Eh, dah pukul berapa ini? Kami tak solat Zohor lagi," soal Fasha.

" Dah pukul dua suku sudah. Kan kelas pertama kelas Sir Aiman. Kita punya kelas kat longkang ni ke nanti kalau tidak saya bagitahu kawan - kawan lain," katanya.

" Jangan! Macam ini saya, Hud dengan Fazura eh Fasha masuk kelas 5 minit lambat. Kami tak solat Zohor lagi ini.

" Baiklah macam itu.

Mereka bertiga berpisah haluan. Hud dan Sir Aiman ke surau lelaki dan Fasha seorang ke surau wanita. Dia mengambil masa yang agak lama untuk ambil wuduk pakai telekung semua. Jadi dia pasti bahawa Sir Aiman dan Hud keduanya sudah pulang ke kelas mereka.

Sampai sahaja di kelas, Fasha tersenyum simpul apabila kelas Bahasa Inggeris itu hura - hara seperti biasa. Kedengaran suara rakan - rakan sekelasnya bersama Aiman Malique

 Kedengaran suara rakan - rakan sekelasnya bersama Aiman Malique

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸Where stories live. Discover now