٤ |第4章

4.4K 254 6
                                    

Fasha dan Hud memerah kepala mereka untuk memastikan bahawa Abang Mal dan Kak Zura tidak bersatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fasha dan Hud memerah kepala mereka untuk memastikan bahawa Abang Mal dan Kak Zura tidak bersatu.

"Fasha, kau ingat tak Abang Firdaus tuh, Kak Zura first love?" soal Hud.

"Ingat, asal?"

"Dia putus ngan Kak Zura dulu sebab apa?"

"Sebab Kak Zura dah jumpa Mal pengarang jantung hati yang papa kata handsome gila nak mati itu," perli Fasha dengan nada yang sangat geram. Masa dengan Abang Firdaus dulu tiadalah dia rasa seperti digantikan seperti ini. Sebab itu dia lebih memilih kakaknya untuk bersama Abang Firdaus.

"Kau fikir apa aku fikir tak?" soal Hud. Melihat Fasha yang tersenyum, Hud terus memetik jari tanda program Abang Mal Boleh Blah ( AMBB) akan bermula.

AHAD, 08:30 MALAM, JOHOR BAHRU.

"Hud, Fasha, kita baru je habis majlis takkan nak keluar?" soal Kak Zura.

"Ala... Kak Zura bila lagi nak free, malam inilah... Baskin Robbin jom!" pujuk Hud.

"Bolehlah kak," pujuk Fasha pula.

"Okayh, boleh tapi kena janji dengan akak esok tolong akak,"

"Okay!"

Baskin Robbin...

"Fazura..." tegur seseorang dari belakang.

"Err... Firdaus, awak buat apa kat sini?" soal Kak Zura. Fasha dan Hud tersengih - sengih. AMBB start now!

"Baiki aeroplane. Tak adalah of courselah makan aiskrim, Boleh duduk sekali?" Abang Firdaus menunjukkan aiskrimnya.

"Eh, duduklah apa salahnya," pelawa Hud.

Fasha dan Hud beralih ke meja belakang. Takkan nak ganggu jejak kasih itu.

"Eh, kenapa pindah? Satu meja jelah..." soal Kak Zura yang tidak senang dengan keadaan itu.

"Meja Baskin Robbin ini kecik je kak... takpe akak duduklah situ lagipun Hud ngan Fasha nak bincang kerja sekolah so tak leh nak bising - bising sikit," kata Fasha.

"Awak buat apa lepas SPM?" soal Abang Firdaus itu.

"2 tahun buat persedian and terbang ke US. Nak ambik jadi cikgu je pun... Pastu balik dapat mengajar kat Sekolah Menengah Vokasional itu and esok ada orang datang meminang dan kahwin!" senang je penerangan Kak Zura.

"So, awak nak kahwin dah ini... dengan orang mana" soal Firdaus.

"Johor juga, cikgu..." jawab Kak Zura yang tiba - tiba terhenti suapannya apabila melihat sebuah kereta Range Rover lalu.

"Kenapa? "

"Tak adalah saya nak sangat kereta itu tapi sekarang saya mampu pakai Audi yang papa bagi jelah, itu pun model lama" kata Kak Zura.

"Well, I have a Range Rover too, boleh je saya nak pinjamkan kalau naktest drive"Abang Firdaus menyerahkan segugus kunci yang mempunyai lambang Range Rover.

"Awak gila? Kalau saya bawa accident mahal pula saya nak bayar balik, takpela,"

"Ambik je... Range Rover ini apalah sangat bagi saya. Saya tahu bakal husband awak pun tak mam...," terhenti kata - kata Abang Firdaus setelah kepalanya berlumuran aiskrim. Aiskrim yang dituankan oleh Abang Mal.

"You shut up!" kata Abang Mal itu. Fasha dan Hud hanya menonton dari belakang. Masih tidak dapat menangkap siapa sebenarnya Mal ini.

"Fazura, saya tahu saya cikgu je. Tapi saya mampu beli apa je awak nak. Just name it! Tapi malam yang sepatutnya awak duduk rumah bersiap untuk sambut kedatangan family saya untuk masuk meminang awak esok awak gunakan untuk keluar dengan jantan lain... what the hell?" soal Abang Mal yang nampaknya amat marah.

"Aku pantang orang yang rosakkan rambut aku," Abang Firdaus sudah mula melayangkan penumbuknya di perut Abang Mal.

Ingin membalas tumbukkan itu, Abang Mal mengangkat buku lima setinggi yang boleh namun dihalang oleh Hud. Hud menolak tangan Abang Mal.

Dan akhirnya tanpa sangkaan Hud dan Fasha,

"Sir Aiman?!" mereka terkejut.

"Kat luar sekolah aku bukan sir koranglah," bentak Sir Aiman. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan berkasar dengan Fasha dan Hud. Tetapi dia berasa sangat marah.

"You know what Fazura? Apa yang sepatutnya jadi esok dibatalkan!" Sir Aiman melangkah keluar dari kedai aiskrim terkenal itu.

"Mal...Malique...Lique!" jerit Kak Zura sambil mengejar Sir Aiman.

Fasha dan Hud terdiam. Masih lagi dalam mood tak percaya bahawa Abang Mal itu adalah Sir Aiman Malique.

 Masih lagi dalam mood tak percaya bahawa Abang Mal itu adalah Sir Aiman Malique

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸Where stories live. Discover now