٦ |第6章

3.5K 222 1
                                    

" Kau dah cuba minta maaf pada kakak kau ke belum Fasha?" soal Hud sebelum menuangkan gula - gula yang meletup di dalam mulut itu ke dalam mulutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau dah cuba minta maaf pada kakak kau ke belum Fasha?" soal Hud sebelum menuangkan gula - gula yang meletup di dalam mulut itu ke dalam mulutnya. Menggeletis badannya apabila letupan kecil di dalam mulut itu terasa sakit.

" Belum, takutlah Hud," adu Fasha. Angin sepoi - sepoi bahasa di Tanah Badariah itu meniup rambutnya. Sesekali beberapa helai rambutnya yang tidak dikat tapi itu termasuk ke dalam mulutnya yang sedang menikmati aiskrim mochi durian itu.

" Kalau takut sampai sudahlah berperang. Kau yang buat hal, aku yang takut sekali,"

" Eh salahkan aku pula, kau kan yang bersetuju untuk ikuti pilihan aku? Bukan aku yang paksa!" marah Fasha.

" Aku ada idea, tetapi idea aku tidak percuma. Kalau idea aku berhasil, macam biasa, kau kena belanja aku sate ikan kuah pink depan sekolah itu," cadang Hud. Plastik gula gula pop itu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.

Fasha termenung. Dia hanyut dalam mindanya sendiri.Dia baru tersedar sesuatu.Sebelum kakaknya berangkat dari tanah air ke United State kakaknya tidak mengenakan tudung dan memakai gaun paras lutut. Kadang - kadang baju yang dipakainya menampakan sebahagian perutnya juga.Rambutnya diwarna dengan warna hijau lumut. Teringat ayahnya yang sering berpesan kepadanya untuk kembali warna asal rambutnya. Katanya tidak larat mendapat teguran daripada kawan - kawan bahawa dia membela ' rumpai laut berjalan'.

Orang kata, kalau balik dari negara barat biasanya lagi teruk cara pemakaian namun kakaknya kini bertudung melebihi paras dada dan sentiasa mengenakan jubah. Rambutnya masih lagi berwarna namun hanya warna inai perang tapi itu tidak mengapa kerana inai sah dibawa solat dan sunat bagi remaja muslim. Dan kakaknya kini mempunyai hasrat untuk mengenakan purdah.
Tak sangka begitu besarnya pengaruh Aiman Malique dalam diri Fazura Azlin.

Sebab seperti bagaimana yang Fasha dan Hud kenal, guru mereka itu nampak macam tak cukup sel - sel otak berhubung. Masuk air yang kalau rendam dalam berasa pun tak akan baik. Tetapi orang yang gila - gila macam itu punya perubahan kakak mereka.

" Fasha ? Aku cakap dengan kau ini dengar tak?" soal Hud geram. Botol mineral kosong Spritzer itu dilontarkan ke arah sepupunya.

" Sorry, mind repeating ?" Fasha tersengih - sengih apabila melihat muka Hud menahan marah.

" Sabar sahajalah aku dengan perempuan ini," gumam Hud.

" Sabar sahajalah aku dengan perempuan ini," gumam Hud

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸Where stories live. Discover now