Tahajjud Cinta - Part I

1K 49 0
                                    

4.35 pagi..

Usai solat, dia termenung panjang di atas tikar sejadah. Matanya dipejam rapat-rapat.

Air matanya mengalir deras. Berkumat-kamit bibirnya menutur tinta taubat.

"Ya Allah! Terlalu banyak dosa telah aku lakukan. Aku tahu itu semua salah. Tapi kerana nafsu, aku turutkan. Aku berdosa ya Allah! Sudikah Kau menerima taubatku?"

Dia merintih dan terus merintih. Kerana dia sedar, hanya Allah yang bisa mendengarinya.

Keesokkan harinya, dia melakukan rutin yang sama. Menghabiskan saki-baki malam menyulam cinta dengan Allah.

Asbab istiqamahnya yang hebat, dia mula berhijrah. Maju setapak demi setapak.

Daripada 'free hair', kini semakin labuh tudungnya. Daripada berpakaian ketat, kini longgar serba serbi.

Ada juga mulut-mulut berbisa yang mengata, "Pergh! Sejak bila kau jadi Ustazah jadian?"

Tapi dia.....ah!

Dia cukup kuat. Dia endahkan dengan senyuman dan doa. Bijaknya dia apabila hanya melemparkan aduan pada yang selayaknya.

Allah SWT!

Dia merasa kagum tatkala menelusuri sirah Rasulullah SAW. Baginda cukup taat bertahajjud. Hatta bengkak-bengkak kakinya.

"No wonder la Rasulullah kuat. Tahajjud ubatnya," katanya sendirian.

Itulah amalan yang menjadi pegangannya kini. Dia tetap teguh berdiri. Satu persatu simpulan masalahnya kian terurai. Jiwanya tidak lagi kosong dan lompong seperti 2 tahun yang lalu.

Fikirannya melayang seketika. Mengimbas kembali zaman-zaman gelapnya.

Dia 'lost' walaupun dikelilingi kawan-kawan 'huha-huha', harta dan lelaki.

Hari ini dia menjadi insan baru yang lebih kuat dan mantap. Dia lepaskan semuanya! Demi Allah, itu nekadnya.

Dia terus istiqamah menjamah 'ubatnya' mengikut deskripsi yang diberi oleh Doktor kepada segala penyakit.

"Engkaulah Tuhanku yang Maha Penyembuh......,"

5.48..

Azan subuh kedengaran.

Bersambung...

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now