Tahajjud Cinta - Part 4

527 31 0
                                    

Usai pulang dari Usrah selepas solat isyak berjemaah di Surau, dua sahabat karib ini singgah di Kopitiam, membasahkan tekak.

Sengaja Nina memilih tempat yang agak tersorok dari pandangan orang lain. Biarlah hanya dia dan Noni sahaja di situ. Mudah untuk luahkan jeritan yang terbuku di jiwanya.

Nina menghirup kopi panas dua tiga teguk. Enak. Namun itu tidak dapat meredakan kekalutan dihatinya.

"Noni, kau cakap Allah itu dekat kan? Lebih dekat dari urat merih. Betulkan?" Nina mula ajukan pertanyaan.

"Ya! Betul. Tepat sekali. Dia lebih dekat dari sangkaan kita. Tidak pernah sesaat Allah menjauhi kita. Kenapa yang?" Petah Noni menjawab sambil menggangguk-anggukkan kepalanya dan meletakkan cawan berisi kopi panas di atas piring. Noni benar-benar mengambil berat akan Nina.

"Tapi......kenapa aku still rasa.....kosong? Kenapa bertubi-tubi Allah uji aku? Lepas satu-satu, datang pula yang lain. Adakah Allah tidak menerima taubat aku? Aku sedar aku kotor. Aku jijik. Aku tidak layak ke syurga....kan?" Nina rasa sangat kehilangan. Sangat-sangat! Pada saat ini dia amat memerlukan sokongan daripada sahabatnya. Takut-takut kalau dia tersembam ke tanah.

Noni mendengar dengan penuh ikhlas dan setia. Belum sempat dia membuka mulut, Nina laju bertanya dan terus bertanya. Tersirat seribu keinsafan pada setiap pertanyaan yang diajukan.

"Ni, kau pun tahu kan.......aku hidup tak lama. Rahim aku perlu dibuang. Aku akan jadi manusia yang tidak sempurna. Aku akan jadi orang yang cacat Noni. Cacat! Tapi.....bukan itu yang aku fikirkan sangat. Aku.........aku cuma nak tahu, adakah Allah terima taubat aku sebelum aku kembali kepadaNya? Aku belum terlambat kan? Aku takut Noni. Aku takut," merah mata Nina. Pipinya basah.

Noni tenang memandang tepat ke arah mata Nina yang paling dalam. Dia menggenggam erat tangan Nina.

"Nina....sedarlah bahawa kau sangat istimewa di sisi Allah. Tidaklah Allah memberi ujian pada kau melainkan Allah tahu kau mampu. Dan....di setiap saat jika kau sabar dan redha, dikala itulah Allah sedang mengangkat kau ke mercu yang lebih tinggi. Di sisi Dia. Bukan di sisi manusia. Kau tak nak ke?Aku sebenarnya cukup cemburu dengan kau tahu! Allah bagi kau 'wake up call' sebab Dia terlalu cinta dan sayang pada kau. Dia nak selamatkan kau. Tentang taubat...percayalah sahabat, Dia sudah pun mengampunkan kau. Rahmat Allah tu lebih luas dari kemurkaanNya.Tiada yang terlambat untuk bertaubat selagi mana roh masih bersemadi dalam jasad. Sebaik-baik manusia adalah apabila dia melakukan dosa, maka dia bertaubat pada Allah. Itu janji Allah! Allah tidak akan memungkiri janjinya sayang. Pegang kemas kat situ. Okay?" Kali ini mata Noni pula merah. Namun, dia cukup kagum dan teramat gembira melihat 'kepulangan' Nina.

Nina yang dari tadi menangis teresak-esak terus memeluk sahabatnya itu. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Dirinya berasa amat beruntung mempunyai sahabat yang sangat ikhlas hatinya ini. Dia tidak keseorangan.

Dalam pelukan yang penuh dramatik itu, sempat sahabatnya berbisik di telinganya, "Ingat pesan aku beb...jangan tinggal tahajjud. Itu sumber kekuatan. Istiqamah ya?"

Nina menggangguk tanda patuh seraya membalas, "Insya-Allah..doakan aku beb."

Menyedari hari sudah semakin lewat, mereka berlalu pergi dari kedai kopi tersebut. Noni menghantar Nina pulang.

"Noni, terima kasih sangat-sangat sentiasa ada di sisi aku. Walaupun dulu aku pernah herdik kau, hina kau," Nina menyatakan kekesalannya.

"Shhh....dah! dah! Benda dah lepas jangan cerita. Kau sahabat aku dunia akhirat insya-Allah," Noni menghadiahkan senyuman. Seperti biasa, senyuman ikhlas.

"Alhamdulillah. Syukur. Terharu gila! Thank you very much! Emm...okay, baiklah, esok jumpa lagi ya. Ada kelas fardhu ain esok pagi kan?" Nina menyatakan rasa syukur yang amat sangat. Kini dia semakin aktif menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Jiwanya semakin terisi.

"Yes! Aku jemput kau esok macam biasa, insya-Allah," lembut Noni membalas. Noni sentiasa melazimi kalimah 'Insya-Allah' dalam apa jua pertuturannya. Dari situ jualah Nina mempelajarinya.

"Ok beb. Selamat malam. Take care! Thanks again. Assalamualaikum w.b.t," Nina mengakhiri perbualan sambil turun dari kereta Myvi milik Noni.

"Okay dear. You too take care. Jaga tahajjud ya! See u tomollow. Waalaikumussalam w.b.t," Noni menyambut salam Nina sambil sengaja pelat-pelatkan sebutan 'English'nya. Noni memang suka berlawak. Tidak mahu terlalu serius dalam perbualannya.

"Haha! Insya-Allah. Bye!" Nina tergelak sambil menutup rapat pintu kereta Noni.

Nina sampai di hadapan pintu rumah, mahu mengambil kunci di dalam begnya. Kebiasaannya begitulah. Dia akan bawa bersama-sama spare key. Mama dan Papa sering pulang lewat. Agak pelik kalau Mama dan Papa ada di rumah ketika ini. Kecuali kalau hari minggu. Itupun tidaklah selalu.

"Eh, Mama ada kat rumah ke?" Getus hati Nina tatkala dia terdengar suara Mamanya yang agak nyaring itu.

Pap! Oh pintu tidak berkunci. Sah Mamanya ada di rumah. Suka sangat hati Nina menyedari Mamanya pulang awal.

"Mama! Assalamualaikum...," Nina memeluk erat Mamanya dari belakang.

Mamanya yang ralit berbual di telefon menunjukkan isyarat senyap kepada Nina.

Nina merenggangkan dakapan. Dia menjarakkan sedikit diri dengan Mama. Dia akur.

Sudah lama Mama tidak memberi perhatian kepadanya. Sekian lama semakin lusuh kemesraan antara mereka berdua. Kali terakhir Mama membelainya ketika dia berusia 10 tahun. Sejak bisnes Mama berkembang, sejak itu jugalah dia dahagakan kasih sayang Mama. Dan Papa. Begitu juga.

Tiba-tiba dia terpandang pada satu botol kaca di atas meja. Mama menggenggam erat botol itu, sambil sebelah tangan memegang telefon bimbit.

Dia amat mengenali botol itu. Botol itu menjadi hidangan wajib di kelab-kelab malam yang sering dikunjunginya dahulu. Tapi, syukur dia tidak minum air najis itu. Hampir sahaja.

"Mama.......Mama minum arak ke?"
Menjerit batinnya. Dia menunggu sehingga Mama selesai bercakap di talian. Dia mahu bersoal lembut dengan Mama.

"Adab dengan orang tua perlu dijaga." Nina teringat pesanan Ustazah Rogayah semasa Usrah tadi.

Bersambung.......

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now