Tahajjud Cinta - Part 2

650 33 2
                                    

Petang.

Ombak lembut menghempas pantai. Dia berasa tenang berada di situ. Bilamana masalah menyelaputi diri, pantai menjadi sahabatnya selain bertahajjud. Takjub dengan keindahan ciptaan Sang Khaliq.

Fikirannya melayang jauh. Berkaca-kaca matanya. Sendu bersalut keinsafan.

"Nina, aku kenal kau sejak kecil lagi. Aku tahu ini bukan kemahuan kau. Ini bukan kehendak kau. Tetapi ini cuma hasutan Iblis yang nak sangat Bani Adam jatuh menjunam ke dalam api Neraka. Pulanglah sayang. Pulanglah. Allah sedang menunggumu. Dan aku...aku sentiasa ada untuk kau bila-bila masa sahaja kau perlukan. Insya-Allah," lembut bicara Noni sambil mengukir senyuman. Manis sekali.

Noni adalah sahabatnya sedari kecil yang baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti al-Azhar di Mesir.

"Kau tak payah kacau life aku. Ini hidup aku. Aku tak kacau orang, so aku tak suka orang lain kacau hidup aku. Kau siapa nak arah-arah aku? Mama dan Papa aku pun tak kecoh-kecoh macam ni. Kau pula lebih-lebih. I'm just being myself!," merah padam muka Nina menahan marah.

"Hmmm.....tak mengapalah. Kau ada nombor aku kan? Apa-apa hal nanti kau roger aku, okay? Jaga diri baik-baik. Moga Allah merahmatimu sahabatku. Assalamualaikum w.b.t... " Noni melemparkan senyuman yang paling ikhlas sebelum berlalu pergi.

Nina sedar akan keikhlasan Noni. Dia seorang sahabat yang cukup baik. Sentiasa inginkan yang terbaik untuk sahabatnya ini walaupun acapkali diherdik dan dimarahi oleh Nina.

Kelab malam. Bertukar lelaki. Seks bebas menjadi tabiatnya selama ini. Hidupnya bergelumang dengan kepadatan dosa. Pakaiannya tidak pernah cukup kain. Dia suka dirinya dalam keadaan sebegitu. Namun, jauh di sudut hatinya..........kosong!

Dia dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana mewah dan kaya-raya. Mama dan Papanya merupakan usahawan yang berjaya dan dikenali oleh kebanyakkan golongan masyarakat. Papa dan Mama terlalu sibuk mengejar harta demi harta sehinggakan agama ditolak ke tepi. Dia tidak pernah melihat kedua ibubapanya menunaikan solat. Pelik juga. Tapi, dia seronok.

"Kalau Mama dan Papa pun tak solat, so...aku pun tak payahlah solat. Simple!"

Bersambung....

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now