Tahajjud Cinta - Part 5

417 30 0
                                    


Nina melipat sejadah dan menggantung telekung sejurus selepas menunaikan solat Asar. Longlai langkahnya. Rambutnya semakin gugur sehelai demi sehelai. Badannya semakin lemah. Rawatan Kimo memang memberi kesan kepada Nina.

Terngiang-ngiang pesanan Doktor semasa check up di Hospital dua hari lepas.

"Cik......rahim Cik perlu dibuang bagi mengelakkan barah itu terus merebak ke tempat lain. Rawatan kimo sahaja tidak cukup Cik Nina," jelas penerangan Doktor Alina. Doktor Alina bertanggungjawab dalam mengendali dan merawat penyakit Nina. Mesra dan prihatin orangnya.

"Ya Doktor. Saya tahu. Tapi.........saya belum bersedia untuk membuangnya Doktor," Nina menolak dengan jujur.

"Hmm....okay. Baiklah. Tapi kalau Cik dah bersedia nanti, just let me know. Okay? Sebab kita tak boleh lengah-lengahkan lagi. Akan merbahayakan Cik nanti," tegas Doktor Alina.

Nina mempunyai alasannya tersendiri mengapa dia belum bersedia untuk membuang rahimnya. Dia memendam rahsianya itu walaupun daripada pengetahuan sahabat baiknya, Noni.

Buat masa ini, misi Nina cuma satu, ingin melihat Mama dan Papa kembali ke jalan yang benar. Cuma itu yang diinginkan sangat sebelum matanya terpejam buat selamanya.

Dia teramat kecewa ketika Mama berterus terang kepadanya berikutan kejadian malam tadi. Mama menjelaskannya pada hari ini sementelah Mama tidak mahu diganggu semalam. Hari ini Mama cuti.

"Mama ambil arak ni sebab Mama stress Ina. Company Mama ada masalah sikit. Seorang demi seorang pelabur menarik diri. Mama stress! Mama stress Ina. Benda ni yang boleh buat Mama lupakan sekejap masalah di company Mama tu," jelas Mama sambil berkerut dahinya dan menunjuk ke arah botol arak di hadapannya. Ternyata Mamanya tersalah membuat percaturan dalam menangani ujian Allah.

Nina menarik nafas dan menghelanya dengan panjang. Nina begitu kecewa dan sedih mendengar penjelasan dari Mama. Namun, dia cuba bersabar. Dia berusaha untuk mengawal tutur kata dengan Mamanya agar tiada kejadian berkecil hati antara seorang ibu dengan anak.

Nina membelai wajah Mamanya. Insan yang melahirkannya. Mengendongnya dan melindunginya sedari bayi. Perlahan-lahan dia menepuk-nepuk bahu Mamanya supaya terbit kemesraan ketika dia cuba untuk memperbetulkan kekhilafan Mama.

"Mama......Ina faham Mama mungkin ada masalah dengan company Mama. Tapi bukan dengan cara meminum arak untuk menangani stress ni Mama. Mama pun tahukan dalam agama kita haram minum arak. Ina juga dulu pernah ada masalah juga Mama. Ina fikir, dengan bersuka ria di kelab malam, stress Ina akan hilang. Tapi...Ina silap Mama. Stress Ina bertambah-tambah. Hati ina makin kering dan dahaga. Ina tak pernah rasa tenang. Ina cuma buat-buat tenang. Hati Ina tak puas. Tiada cara lain lagi Mama, hanya dengan kembali pada Dia yang cipta Ina. Cipta Mama, cipta Papa....cipta kita semua. Kita sama-sama kembali ya Mama?" Nina membahasakan dirinya Ina di rumah. Itu adalah panggilan manja buatnya yang bergelar anak tunggal.

Nina tenang dan tersenyum ke arah Mama. Dia berharap Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya pada Mama dan Papanya.

'Ya Allah! Kau gerakkanlah hati kedua orang tuaku untuk berada pada jalan yang Kau redhai ya Allah,' berdoa Nina dalam hati.

Mama diam membisu. Air matanya bertakung. Dia tidak menafikan kata-kata anaknya itu. Dia sedar dia sudah jauh tersasar. Namun, nafsu masih membaluti dirinya.

"Mama.........mama dah lupa cara untuk solat Ina. Mama dah tak reti nak solat. Kadang-kadang pernah terdetik untuk ke Surau. Tapi.......Mama malu. Mama malu kalau orang tahu, Datin Hanani seorang usahawan yang disegani tidak reti solat! Malu Mama kalau orang tahu Ina," tutur Mama dengan jujur. Ternyata Mama juga ingin berubah. Fitrahnya ingin kembali. Tetapi, takut dengan kata-kata manusia.

Nina menyeka air mata Mamanya yang tercinta itu. Nina memandang tepat ke arah Mama.

"Ma.........Ina sayang sangat kat Mama dan Papa. Ina nak kita bersama-sama dengan Papa, pimpin tangan ke syurga. Insya-Allah Ina akan ajar setakat yang Ina tahu. Setakat yang Ina belajar di Masjid dan Surau. Mama jangan bimbang. Ina akan ajar. Itu pun kalau Mama sudi," lembut Ina memberi cadangan pada Mamanya.

"Hmm...okay, nanti Mama fikirkan ya Nak. Terima kasih sayang," Mamanya antara mahu dengan tidak. Tidak menolak dan tidak juga menerima. Hatinya masih tercari-cari arah.

Nina tidak memaksa. Dia tahu Mamanya mungkin memerlukan sedikit masa. Mungkin, sedikit demi sedikit simpulan taubat dihati Mamanya kian terbuka. Dia cuma perlu berdoa dan berusaha untuk menambat hati Mamanya itu. Selagi dia masih bernafas.

"Okay. Baiklah Mama. Take your time. I will be right here for you. Cuma, Ina minta sangat Mama tak ambil lagi arak. Jangan minum lagi ya Mama. Ina harap sangat. Promise me Ma?" Nina menyatakan hasratnya dengan santun dan hormat. Hatinya tidak berhenti-henti berdoa.

"Baiklah. Mama tak akan sentuh lagi arak. Mark my word dear," Mamanya memberikan jaminan.

"Alhamdulillah. Thanks Ma! Ina akan buang botol ni ya! I know u won't let me down," Nina melahirkan rasa kesyukuran sambil mengucup lembut pipi Mamanya.

Tanpa disedari, dalam diam, Mamanya sangat bersyukur melihat perubahan pada anaknya itu. Dia tidak pasti apakah punca kepada penghijrahan Nina. Tetapi, terbit musykil dihatinya.

'Kenapa lately dia selalu berserkup di rumah ya? Sejahil-jahil aku, tapi aku tahu, aurat halal dilihat oleh mahram sendiri. Dalam rumah ni tiada orang lain selain aku, abang dan dia. Tapi kenapa dia tutup kepala ya?' Pernah diajukan soalan ini kepada Nina.

"Oh...Ina nak biasakan diri tutup aurat even kat rumah. Sebab kadang-kadang kalau orang datang, tak sempat nak capai tudung," tersengih Nina menjawab.

Kring.....kring....kring....

Telefon rumah berdering. Memecah suasana hening dan penuh emosi itu. Nina berlari anak mendapatkan panggilan.

"Assalamualaikum. Ini rumah Dato' Ruzman ke?" kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Ya betul. Saya anaknya. Kenapa ya?" Nina mula berasa tidak sedap hati.

"Saya Inspektor Rizal bercakap. Saya harap banyak-banyakkan bersabar ya. Dato' Ruzman
...kemalangan di highway Duke, dan maut di tempat kejadian. Diminta ahli keluarga hadir ke bilik mayat di HUKL untuk proses selanjut.......,"

Belum sempat pegawai polis itu menyempurnakan penjelasan, Nina terlepas ganggang dan rebah.

"Eh! Ina! Ina sayang....kenapa ni? Ina, Ina dengar tak suara Mama ni?" Mama mendapatkan Nina. Ditepuk berkali-kali pipi Nina.

Nina pengsan.

Bersambung...

Insya-Allah esok part terakhir...

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now