Tahajjud Cinta - Part 6 (Final)

564 40 1
                                    

Hari itu redup. Hening sekali. Angin meniup lembut.

Suasana di tanah perkuburan seakan-akan kelam. Seiring dengan cuaca pada hari itu. Mendung. Seolah-olah turut merasai rintihan jiwa Nina yang sedang merana. Namun, dia kuat. Rohaninya sihat. Nina redha.

Disebalik kaca mata hitam yang dipakai oleh Mamanya itu, terselindung matanya yang bengkak-bengkak.

Tiba-tiba Mamanya bersuara;

"Abang, kenapa you tinggalkan I dan Ina? You kata nak sehidup semati dengan I! Tapi you dah tinggalkan I," Mamanya masih tidak dapat menerima takdir Allah.

"Ma.......ma tenang ya. Relakan pemergian Papa. Ajal dia dah sampai. Allah pinjamkan Papa kepada kita sekadar sampai sini sahaja. Ma.....lepaskan Papa. Susah dia kat sana nanti Ma. Mama kena terima. Dan Ina...Ina perlukan Mama," pujuk Nina sambil memeluk erat Mamanya.

Mama akur. Tertunduk sambil mengucup dahi anaknya itu berkali-kali. Kelihatan masing-masing saling berdakap kemas meratap pilu.

Papanya telah pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Menurut laporan daripada pihak polis, Papa memandu di bawah pengaruh alkohol. Lewat ini, Papa sering pulang ke rumah dalam keadaan separuh mabuk.

"I kena entertain my client. You pun tahukan clients I macam mana. That's why I terpaksa minum. Ikutkan I memang tak nak," jawab Papa ketika disoal Mama satu ketika dahulu.

"Aku benci kau! Kaulah penyebab Papa pergi. Kau adalah jantung kepada segala maksiat!" marah Nina dalam hati. Terasa seperti ingin memusnahkan segala botol arak yang ada. Mahu sahaja dibakar kilang-kilang arak yang wujud supaya aman dan rukun kehidupan sejagat.

Saat talkin dibacakan, jantung Nina hampir gugur. Noni sahabat setia di sisi. Sentiasa berada di sampingnya, menemani dikala Nina hampir rebah.

"Ruzman Bin..................," Imam memulakan talkin. Nina berdoa sebanyak-banyaknya ketika ini. Dia benar-benar berharap agar Allah mengampunkan segala dosa Papanya. Nina yakin, doanya tidak sia-sia dari amatan Allah.

"Apabila sampainya ajal anak adam, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia. Semuanya akan ditinggalkan kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak-anak yang soleh...," berlegar-legar pesanan Ustazah Rogayah di ruang fikiran Nina.

'Al-fatihah buat arwah Papa. Moga tenang di sana,' Nina menutup doanya.

Tiga bulan berlalu...

Sejak pemergian arwah Papanya, Mama Nina mula menunjukkan perubahan yang positif. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Mamanya seolah-olah telah dijentik lembut hatinya oleh Allah SWT. Bak kata orang putih, 'Wake Up Call'. Mamanya sudah mula menjinak-jinakkan diri ke Surau dan Masjid. Dia sering mengikut Nina menghadiri kelas-kelas agama dan usrah-usrah yang diadakan. Kalau dahulu, Nina berdua sahaja dengan Noni, tetapi kini bertiga.

Insan yang sangat-sangat gembira melihat perubahan Mamanya tidak lain dan tidak bukan adalah Nina. Dia tahu Allah sedang menjawab doanya satu persatu. Nina gembira yang teramat. Sangat!

Syarikat Mamanya terpaksa ditutup kerana menanggung liabiliti melebihi aset. Mama dan Nina kini mengambil alih syarikat Papanya memandangkan Nina sendiri mempunyai ijazah dalam jurusan bisnes. Berbekalkan ilmu yang ada, Nina membantu Mamanya menaikkan lagi keuntungan syarikat Papa di samping menepati syariah.

Kesihatan Nina semakin merosot. Sel-sel barah semakin merebak ke organ lain. Dia semakin lemah. Mukanya kelihatan pucat lesi. Namun dia gagahi dengan senyuman. Dia tetap mahu merahsiakannya. Nina tidak mahu membebankan Mamanya dengan masalah yang dia hadapi.

Namun, Nina tidak menurut lemah itu, bahkan menguatkan lagi amalnya. Nina lebih kuat bertahajjud. Dia tidak lagi meninggal-ninggalkan amalan itu. Sungguh ajaib bilamana Nina tidak takut ajal semakin merapatinya. Malah, dia amat gembira dan bersedia untuk bertemu Allah.

"Noni, sekarang ni aku rasa kalau aku pergi, insya-Allah aku akan pergi dengan tenang. Mama pun dah makin berubah. Aku seronok sangat. Aku semakin tenang nak menghadap Allah. Tak sabar pulak rasanya," teruja Nina meluahkan perasaannya pada satu petang ketika berbual dengan sahabatnya itu.

Noni tidak mampu berkata apa-apa. Dia cuma mampu tersenyum dan membalas, " Bilamana kau suka untuk berjumpa Allah, maka Allah turut suka bertemu dengan kau. Untungnya!"

Hampir setiap malam, Mamanya turut sama bertahajjud dengan Nina. Tidaklah selalu tetapi kerap juga Mamanya ikut. Asal sahaja terjaga, Nina terdahulu berada di atas tikar sejadah. Lembut hati Mamanya untuk turut serta. Sejuk perutnya melahirkan Nina. Tidak sia-sia!

"Ma, malam nanti kita bertahajjud lagi ya seperti malam semalam?" Nina merengek manja pada Mamanya.

"Insya-Allah ya sayang," balas Mama lembut.

Tidak seperti malam-malam sebelumnya, pada malam itu Nina mahu tidur dengan Mamanya. Dah lama dia tidak tidur di sisi Mamanya. Dipeluknya Mama kuat-kuat. Mama sangat merelakan tubuhnya dirangkul Nina. Mamanya sudah terlena. Jauh mengembara dalam lenaannya.

Tubuh Nina sangat lesu. Dia semakin tidak berdaya. Sayup-sayup dia bersuara seperti berbisik. Tangan Nina dan Mama saling bertaut erat.

"Ma............Ina akan pergi. Ina sakit Ma. Ina dah tak larat. Tapi.... Ina suka sangat tengok perubahan Mama. Allah dah makbulkan doa Ina. Ina harap Allah kekalkan Mama berada dijalannya. Ina akan tunggu mama di syurga....," indah tuturannya. Lemah suaranya tetapi berhikmah.

Dia melafazkan kalimah syahadah sebelum terlena. Itu sudah menjadi kelazimannya. Matanya tertutup rapat. Dia tersenyum puas lalu tertidur..

4.35 pagi.

Penggera di telefon bimbit Nina berbunyi.

'Cik Nina yang jelita lagi comel, sila bangun bertahajjud..'

Mamanya terjaga. Terus dia tersenyum dan tergelak kecil tatkala membaca ayat penggera di telefon bimbit anaknya.

"Mungkin ini push factor nak kejut bangun agaknya. Memang jelita pun anak Mama ni," hati mama berbicara sendirian.

Mama terus kejutkan ina. Perlahan-lahan. Timbul perasaan di hati Mamanya. Nina tetap terlena. Mamanya membiarkan Nina seketika.

"Emm....selalunya dia yang terjaga dulu. Tak apalah, maybe letih sangat kot. Kejap lagi bangunlah tu," pujuk Mama dalam hati.

Tanpa berlengah, Mamanya mengambil wudhu' terdahulu. Sempurna bertelekung.

Mama Nina melemparkan dua helai sejadah, satu milik Nina, satu miliknya. Ketika hendak mengambil telekung milik Nina di dalam almari, Mamanya terpandang pada satu dokumen. Kelihatan seperti laporan kesihatan dari sebuah hospital.

Mamanya membaca dengan penuh teliti satu persatu.

Datin Hanani terduduk. Air matanya meluncur laju. Hatinya seperti ingin meletup bagai gunung berapi yang mahu meletus.

"Kaansee....kanser? Kenapa Ina tak inform apa-apa?" Terus Mamanya berlari mendapatkan Nina.

Dia masih tidur. Mata terpejam rapat. Lembut wajahnya. Sangat tenang. Lena tidurnya.

Mamanya sekali lagi cuba mengejutkan Nina. Perlahan-lahan dia membuka serkup yang dipakai Nina, yang tidak tertanggal-tanggal itu.

Mamanya tergamam. Hampir tiada rambut di kepalanya. Dia hampir pengsan. Tetapi tetap menggagahkan diri untuk sedarkan Nina dari lenanya.

Mamanya tidak puas hati. Nina tetap tidak mahu terjaga.

"Ina, bangun! Jangan tinggalkan mama sayang..Inaa...please wake up! Bangun Ina. Mama tahu Ina dengar."

Nina tidak menyahut. Mamanya cuba mencari-cari nadinya. Tidak berdenyut. Sejuk. Tiada pergerakan.

Sukar untuk diterima. Namun, Mamanya sedar, Nina sudah berada di sisi Tuhan sekarang.

Nina sedang bergembira bertemu dengan cinta hatinya.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, lantas Dia berkata, 'Siapa yang berdoa kepada-Ku maka aku beri, siapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku ampuni." [HR Bukhari, no. 6940]

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now