Bab 3 : Qaira Lutfia

45.1K 682 3
                                    

    Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Apa yang tak eloknya,encik?.."soalku pelik sambil membelek hasil kerjaku. Hampir satu jam aku cuba melakukan yang terbaik dihadapan majikanku itu namun masih tidak berjaya memuaskan hatinya.
"Sekali lagi I ingatkan you, I tak suka pekerja yang tak efisyen dan tak ada taste macam ni.. This is last warning.."
"Tapi encik, saya masih boleh diterima,kan?.. Tolonglah encik, saya betul-betul nak bekerja disini.. Kalau encik cakap saya terdesak, memang saya terdesak pun encik.. Saya terdesak nak jadi anak didik encik.. Tolonglah,ya?.."rayuku bersungguh-sungguh.
"Fine.. You nak kerja disini,kan?.."soalnya dalam nada angkuh. Aku mengangguk laju. Ketika itu kelihatan senyuman misteri terukir dibibirnya.
"Kak Mah.."panggil Nash sejurus saja terlihat kelibat seorang makcik tua sedang memegang penyapu untuk membersihkan kawasan pusat kecantikan ini.
"Ya,encik Nash.."
"Beri penyapu tu pada budak ni.."arah Nash selamba. Ketika itu wanita yang digelar kak Mah itu memandang kearah wajahku dan Nash silih berganti.
"Betul ke ni,encik?.."
"Ya,kak Mah.. Kak Mah jangan risau.. Mulai hari ini kak Mah boleh cuti selama seminggu.. Lepas kak Mah masuk kerja nanti, kak Mah akan dapat teman sekerja.. Ni, budak Lara ni yang akan jadi teman kak Mah.."ujar Nash memberi penerangan kepada kak Mah. Membulat mataku mendengar kata-katanya itu.
"Encik Nash!.. Saya datang sini untuk temu duga sebagai pekerja encik Nash.. Pekerja di Cherlet Beauty ni.. Lagi satu nama saya bukan Lara.. Encik dengar tak?.. Nama saya Aira.. A.I.R.A bukan Lara.."balasku menahan perasaan.
"Ohh.. Jadi you nak melawan?.."soal Nash yang sudah bercekak pinggang. Aku menghela nafas berat tanpa memandang wajahnya.
"Hey.. I'm talking to you.. You nak melawan,ya?.."soal Nash sekali lagi. Kali ini dia menolak daguku kasar agar memandang wajahnya. Aku hanya memandangnya dengan air mata yang sudah bergenang. Bila-bila masa saja empangan air mataku akan pecah.
"Hah.. Tengoklah tu, cakap sikit nak menangis.. Untuk pengetahuan you, I tak suka nak ambil pekerja yang tak tahan tekanan.."ujar Nash sebelum melepaskan daguku.
"Kak Mah, ajar dia macam mana nak jalankan tugas dengan betul.."ujar Nash seakan-akan menyindir sebelum mengambil failku diatas meja dan menghulurkan padaku.
"I tak perlukan resume you untuk ambil you sebagai cleaner disini.."sambung Nash seakan-akan menyindir. Sabar,Aira.. Sabar.
"Agaknya semua orang yang dah berjaya ni memang sombong dan angkuh macam awak,ya?.."soalku memberanikan diri mengangkat pandanganku. Air mata yang mengalir perlahan dipipi segera ku kesat kasar.
"Apa you cakap?!.. I sombong dan angkuh?.. Really?.."soalnya sinis sambil berpeluk tubuh.
"Ya.. Sombong, angkuh.. Perasan bagus!.. Awak langsung tak sama dengan Shakeel Anas, idola saya yang sentiasa merendah diri apabila dipuji.. Tak sangka awak ni hipokrit orangnya.. Depan pihak media, bukan main baik lagi.. Tapi kenyataannya, hanya tuhan yang tahu.."balasku menahan geram. Ketika itu terasa lenganku dipegang oleh kak Mah. Kak Mah menggelengkan kepalanya perlahan apabila aku memandang wajah wanita itu.
"Fine.. I beri you dua pilihan.. Jadi cleaner disini atau berambus dari sini.."balas Nash garang. Aku menundukkan wajahku memandang lantai.
"Baiklah.. Saya akan terima tugas yang awak beri pada saya ni, Shakeel Anas.. Tapi ingat.. Sampai mati pun saya tak akan pernah lupa apa yang awak buat pada saya hari ni.. Terima kasih atas 'jasa baik' awak memberikan saya peluang untuk bekerja disini.."ujarku sebelum mengekori langkah kak Mah keluar dari ruangan itu.
"Sabar ya,Aira.. Encik Nash tu memang macam tu orangnya.. Kami yang bekerja disini memang dah masak sangat dengan perangai dia tu.. Kalau tak sakitkan hati orang memang tak sah.."pujuk kak Mah ketika membawaku ke ruangan locker pekerja. Uniform Cherlet Beauty diberikan kepadaku.
"Aira pakai uniform ni dulu,ya?.. Kak Mah nak pergi jumpa anak kak Mah sekejap.."
"Anak kak Mah kerja sini ke?.."soalku pelik. Wanita separuh abad itu mengangguk bersama senyuman.
"Alhamdulillah dia lulus ujian untuk menjadi pelajar akademi Cherlet Beauty.. Kalau tak ada halangan, tahun depan dia akan sambung belajar di Itali.."balas kak Mah. Aku tersenyum kelat. Untungnya anak kak Mah.
"Okaylah,Aira.. Dia dah call ni, nak ajak kak Mah keluar makan tengah hari sekejap.. Aira pun jangan lupa lunch tau.. Nanti pengsan pula.."pesan kak Mah. Aku mengangguk sambil tersenyum nipis sebelum wanita itu keluar dari ruangan itu. Aku terduduk di bangku yang terletak diruangan itu lalu mengeluarkan sekeping gambar dari beg sandangku.
"Ibu.. Aira dah dapat kerja di tempat yang Aira impikan selama ini,bu.."ujarku bersama air mata yang menitis perlahan dipipi. Aku tersenyum nipis memandang wajah ibu didalam gambar itu. Sudah hampir tiga tahun aku hidup sebatang kara didunia ini. Tanpa kehadiran ayah mahupun ibu. Aku sendirian. Namun aku masih bersyukur kerana aku masih mempunyai puan Winnie sebagai majikan merangkap kakak angkatku selepas kematian ibu. Kak Winnie banyak membantu aku dari segi kewangan dan aku sangat terhutang budi dengan wanita itu.
"Aira kuat,kan ibu?.. Aira tak akan putus asa.. Aira masih ingat lagi pesan ibu.. Biar orang layan kita dengan teruk, jangan kita jadi sama seperti mereka.. Biarlah apa pun orang nak kata, Aira tetap nak mencapai impian Aira.."
"Aira rindu ibu.."sambungku lirih sebelum mengucup gambar ibu yang berada didalam peganganku.



Charlotte Beauty Terbitan 2018Where stories live. Discover now