Bab 10 : Shakeel Anas

43.1K 633 2
                                    

    Sejurus saja kelibat Aira tidak kelihatan diruanganku, aku tertawa sendirian. Dia tu ada-ada sajalah nak buat lawak tengah hari macam ni. Hilang tekanan aku selepas mendengar lawak yang tak berapa nak kena tu hampir setiap hari. Kadang-kadang aku sengaja panggil dia untuk mengemas ruanganku ini walaupun sebenarnya aku tahu bahawa ruangan aku ini tidak ada apa yang perlu dikemaskan lagi. Tetapi aku sengaja nak kenakan dia. Suka pula aku tengok muka tidak puas hati dia tu kalau aku suruh dia kemas walaupun ruangan ini bersih.
".. Encik nampak extra handsome hari ni.. Kalau saya jadi Lily la, saya rasa nak cubit-cubit pipi boyfriend saya ni.. Comel sangat.." Kata-kata Aira sebentar tadi bagai terngiang ditelingaku membuatkan aku tersenyum lebar sebelum mengeluarkan cermin dari laci meja kerjaku.
"Aku comel?.."soalku sambil menilik wajahku dari sisi kiri dan kanan.
"Hmm.. Memang pun.. You memang ada citarasa yang tinggi,Aira.."ujarku sendirian sebelum sekali lagi tawaku terhambur.
"Haih.. Kau pun dah gila sama macam dia,Nash.."ujarku sebelum menarik semula laciku dan meletakkan semula cermin ke tempatnya. Namun ketika itu tanganku tersentuh satu sampul surat yang tertulis nama Aira.
"Aik.. Yalah!.. Aku lupa nak beri gaji dia.."ujarku sendirian sebelum aku bangun dari dudukku tetapi apabila mengingatkan kata-katanya yang berhajat untuk menyimpan gajinya bulan ini untuk membeli kasut rekaanku, aku segera mengeluarkan dompetku dan mengeluarkan beberapa not ungu lalu memasukkan ke dalam sampul surat itu bersama senyuman. Moga-moga pemberianku yang tidak seberapa ini dapat membuatkan dia terus bersemangat untuk berjaya.

"Lia.. Aira kat mana?.."soalku kepada salah seorang pekerjaku apabila kelibat Aira tidak kelihatan.
"Ohh.. Rasanya tadi saya nampak dia ke belakang,bos.. Bos nak saya panggilkan dia?.."soal Lia. Aku pantas menggeleng.
"It's okay.. I boleh jumpa dia sendiri.."balasku sebelum melangkah kearah yang diperkatakan oleh Lia. Namun langkahku terhenti apabila pintu bilik persalinan kelihatan sedikit renggang. Entah kenapa kejadian sebulan lepas bagai terjadi sekali lagi pada hari ini. Bezanya, kali ini kedengaran suara nyanyian kecil dari ruangan itu. Aku menahan senyumku apabila mendengar nyanyian kecil Aira. Kadang-kadang aku jadi cemburu dengan keceriaannya.
Aku segera menolak pintu bilik persalinan itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu namun alangkah terkejutnya aku apabila melihat Aira yang hanya bertuala paras lutut sambil mengeringkan rambutnya.
"Arrgghh!!.."Aira menjerit lalu menutup bahunya yang terdedah dengan tuala kecil ditangannya. Aku pula sudah gelabah pantas memusingkan tubuhku menghadap dinding.
"Kenapa you tak tutup pintu?!.."soalku tidak puas hati. Dah dua kali aku ternampak apa yang tak sepatutnya. Habislah aku malam ni. Memang sah tak dapat tidur. Sakit pula hati aku dengan si budak Aira ni.
"Encik tu kenapa tak ketuk pintu dulu?.. Dah tahu tempat ni khas untuk pekerja wanita saja.."rengusnya kegeraman dari belakang almari locker.
"Sebelum ni tak pernah-pernah pekerja perempuan dekat sini buat free show macam you tu.. Dengan pintu tak berkunci dan renggang macam tu.. Nasib baik I yang masuk, kalau lelaki lain.. Entah-entah dah ngap you sebelum you sempat buat apa-apa.."ujarku tegang. Masalahnya aku pun lelaki juga!. Ingat aku tak ada perasaan ke kalau tengok dia buat tayangan percuma macam tu?!. Nak saja aku jerit macam tu pada dia. Aku memegang dadaku. Tengok, semua ni salah dia. Jantung aku pun dah tak betul. Agaknya aku ni dah mendapat simptom permulaan serangan jantung agaknya.
"Hah?.. Pintu tak kunci?.."Entah macam mana, Aira sudah berdiri disisiku dengan pakaian lengkap. Hanya rambutnya saja yang kebasahan dibiarkan mengerbang. Aku menelan liurku perlahan apabila bau haruman rambutnya menusuk rongga hidungku. Dia pula berdiri dekat-dekat dengan aku sambil membelek pintu. Aku menahan debaran yang kian terasa sebelum aku pantas mencapai tuala bersih dan melekapkan di kepalanya lalu menjauhinya.
"Encik ni dah kenapa?!.."ujar Aira tidak puas hati sebelum menarik tuala yang menutupi bahagian kepalanya itu.
"Rambut you tu.."ujarku dengan nafas yang sedaya upaya ku kawal. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku ni mata keranjang pula padahal salah dia juga kerana menguji iman aku yang tak berapa nak tebal ni.
"Kenapa dengan rambut saya?.."soalnya pelik sambil mengalihkan rambutnya ke bahu kiri sekaligus menayangkan leher jinjangnya yang putih. Aku mengebas-ngebas wajahku yang terasa membahang.
"You balut kepala you dengan tuala dulu dan keluar untuk jumpa I.. Di luar!.."arahku sebelum tergesa-gesa keluar dari situ. Apabila berselisihan dengan Aira, aku menahan nafasku agar harumannya tidak dihidu olehku. Gawat ni. Aku dah macam vampire yang kehausan darah pula sekarang ni. Kau memang dah gila,Nash!. Gila!.

"Apa yang penting sangat tu,encik?.."soal Aira sambil melipat kolar uniformnya. Ah, menyesal pula aku suruh dia balut rambutnya dengan tuala kerana ia sekaligus menampakkan keseluruhan leher jinjang Aira yang kelihatan putih mulus itu. Aku memejamkan mataku sejenak. Nash, behave. Please behave. Jaga mata.. Dia pekerja kau. Ingat sikit!.
"Nah, gaji kau.."ujarku seraya menghulurkan sampul surat kepada Aira tanpa memandang wajah gadis itu yang kelihatan teruja.
"Wah.. Betul ke ni,encik?.."soalnya ceria.
"Tak adalah.. Tak betul.."balasku dalam nada sarkastik. Aira mencebik sebelum mengambil sampul surat tersebut. Entah macam mana, jari jemarinya bagai menyapu lembut tapak tanganku membuatkan jantungku yang tadinya sudah stabil, kembali berdegup pantas. Bahkan bulu romaku turut meremang hasil sentuhannya itu.
"Yang you sentuh-sentuh tangan I ni,kenapa?.."bentakku tiba-tiba membuatkan bahu Aira sedikit terangkat. Dahinya berkerut.
"Hah?.. Sentuh encik?.. Bila masa?.."soalnya pelik. Aku merengus kegeraman sebelum menjelingnya tajam dan beredar dari situ tanpa sebarang kata.
"Terima kasih,ya encik Nash yang kacak!!.."laung Aira sambil melambai tangannya kepadaku. Sukalah tu sebab dapat gaji.
"Lepas ni basuh toilet tu bersih-bersih sikit.."balasku tanpa memandang kearahnya. Sejujurnya aku sedaya upaya menahan gelora yang ku rasakan ketika ini. Aira adalah satu makhluk yang luar biasa. Entah apa ilmu yang digunanya, hampir setiap gerakan dan perlakuannya pasti akan membuat aku tidak keruan seperti ini. Atau mungkin faktor usia aku yang sudah hampir berginjak tiga puluhan ini yang menyebabkan jantung aku tak kuat lagi. Mengikut sumber yang pernah ku baca sebelum ini, jika umur sudah meningkat. Segala penyakit pasti akan menjengah.
"Aku dah nak mati ke?.. Jangan-jangan aku menghidap sakit jantung.."ujarku sendirian sambil memegang dadaku yang masih berdebar.
"Ah.. Tak boleh jadi ni.. Esok aku kena pergi buat medical check-up.."sambungku mengingatkan diri sendiri. Mudah-mudahan aku tidak menghidap sebarang penyakit yang berbahaya. Sudahlah aku ni masih bujang. Tak merasa aku nanti hendak mempunyai keluarga sendiri.

Charlotte Beauty Terbitan 2018Where stories live. Discover now