Bab 9 : Qaira Lutfia

59K 642 6
                                    

Sebulan kemudian...

Aku mengenggam tanganku. Aduh, sakit perut pulak rasanya nak masuk bilik bos aku yang macam harimau tak ada ekor tu.
"Yang you macam kucing tercekik tulang ni,kenapa?.."tegur satu suara menyebabkan aku sedikit terlompat.
"Mak kau jatuh!!.."Latahku sebelum menekup mulutku sambil memandang wajah Nash yang berpeluk tubuh dibelakangku.
"Macam mana you tahu mak I jatuh?.. Hah?.. Sesedap mulut je cakap mak orang macam tu.. Kalau I cakap pasal mak you,macam mana?.."soal Nash dingin. Serta merta aku menundukkan wajahku.
"Mak saya dah tak ada,encik.."gumamku perlahan antara kedengaran atau tidak. Bila encik Nash menyebut perihal ibu, hatiku mula diruntun rasa sayu.
"Dah.. Jom masuk ruangan aku, ada benda aku nak bagi kau.."ujar Nash sebelum menapak kearah ruangannya meninggalkan aku sendirian. Wajahku serta merta berubah ceria.
"Encik nak bagi bonus ke?.."soalku teruja sebelum berlari anak mengejar langkah Nash.
"You nampak muka I ni.. Muka cop duit ke?.."soal Nash sejurus saja aku mengekori langkahnya masuk ke dalam ruangan itu. Aku pantas menggelengkan kepalaku.
"Ni.. I nak you ganti tempat Lily semasa fashion show di New York, next week.."balasnya sambil membelek fail dihadapannya. Membulat mataku mendengar kata-katanya itu.
"Be..Betul ke ni,encik?.. Encik tak bergurau,kan?.. Sekejap.. Sekejap.. Pinjam kalender encik,ya?.."ujarku lalu mengambil kalender yang terdapat di meja Nash. Lelaki itu merenungku tajam namun aku langsung tidak mengendahkan renungannya itu.
"Oh.. Gosh.. It's June.. Bukan april.. Jadi encik bukan prank saya la kan?.."soalku teruja sambil tergelak sendirian lalu meletakkan semula kalender tersebut.
"You nampak I ni macam badut ke?.."soalnya. Aku tersengih sambil mengangguk.
"What?!.."soal Nash dengan wajah garang. Aku lantas menggelengkan kepalaku.
"Tak.. Encik tak nampak macam badut pun.. Encik nampak extra handsome hari ni.. Kalau saya jadi Lily la, saya rasa nak cubit-cubit pipi boyfriend saya ni.. Comel sangat.."balasku ingin mengusik Nash. Alah, dia tu bukan lelaki tulen pun. Apa ada hal kalau aku cakap macam tu. Dia bukan tergoda pun. Rilek sudah. Dia sama saja dengan aku. Cuma bezanya fizikal dia lelaki tapi mental sama lembut macam aku. Dia kan minat kaum sejenis. Hehe..
"Encik.. Are you still here?.."soalku sambil melambai-lambai dihadapan Nash yang mengelamun sambil merenung wajahku.
"Ehem.."dia berdehem sebelum membetulkan kedudukannya. Entah kenapa aku perasan pipi dia sedikit kemerahan. Oh Gosh!. Seriously?. Bos aku ni segan bila dipuji macam tu. Ni yang aku lagi suka nak mengusik dia ni. Maklumlah, orang 'perempuan' kan cepat kembang bila dipuji. Bos aku ni pula, jiwa perempuan walaupun wajah maskulin. Sesuai la tu.
"Kenapa perlu girlfriend I saja yang cubit pipi I?.."Berkerut dahiku mendengar kata-katanya itu.
"Maksud encik?.."soalku pelik. Namun dia hanya berlagak selamba dan membiarkan soalanku berlalu begitu saja.
"Ohh.. Saya faham.. Saya faham.. Encik ni comel la.. Buat-buat sweet pula.. Encik nak saya cubitkan pun boleh, tapi saya takutlah gaji saya kena potong bulan ni.. Gaji pertama tu,encik.. Teringin juga nak merasa beli barang yang saya impikan selama ni.."ujarku sambil tersengih-sengih.
"Apa benda tu?.."soal Nash sebelum memandang wajahku.
"Err.. Saya teringin nak pakai kasut yang encik reka tahun lepas.. Tapi harga dia.. Err.. Tinggi sikitlah encik.. Kena simpan gaji dua bulan baru boleh beli.."balasku selamba.
"Ohh.. You suka kasut tu?.."soalnya dengan wajah serius. Aku mengangguk laju.
"Suka sangat.. Kalau encik nak tahu, saya sentiasa nantikan rekaan encik.. Walaupun mahal tapi berbaloi tau.. Sebab encik bukan selalu pun keluarkan koleksi baru.."balasku ramah.
"You saiz apa?.."soal Nash selamba.
"Kenapa encik?.."soalku pelik.

"I tanya saja.. Mana tahu kot-kot ramai perempuan yang kurang kemampuan diluar sana yang sama saiz dengan you.. Nak belu on the spot, tak mampu.. Nak tunggu ada duit, stok pula habis.."balasnya selamba.
"Ohh.. Saya saiz uk 6,encik.."Jawabku bersama sengihan. Ketika itu dia mengangkat pandangannya memandangku sebelum beralih ke kakiku.
"Kaki gajah ke apa?.."soalnya selamba. Membuatkan senyumanku mati serta merta.
"Gajah tak pakai kasut,encik.."balasku kegeraman. Hisy, rosak mood aku melayan dia ni!. Ketika itu Nash tertawa kuat. Terpaku sebentar aku melihat keindahan dihadapanku saat ini. Handsomenya dia!. Haih, sedar sikit Aira!. Dia tu bukan lelaki!.
"You ni memang layak kalau masuk maharaja lawak.."
"Ha'ah.. Tapi kalau encik jadi jurinya, memang hancur rancangan tu.. Semua orang kalah, encik saja yang betul.."jawabku selamba sekaligus mematikn tawa Nash. Dia menayang wajah serius semula.
"Bisinglah you ni.. Membebel saja.. Tak ada kerja nak buat,eh?.."soalnya tegas. Berkerut dahiku mendengar kata-katanya itu. Bukan ke tadi dia yang suruh aku masuk ruangan dia ni?.
"Tapi.."Belum sempat aku menghabiskan ayatku, dia sudah memotong.
"Dah.. Dah.. Jangan nak jadi langau kat sini.. Pergi keluar siapkan kerja you.. Kalau I dapat aduan.. Siaplah you!.."ujarnya berbaur ugutan. Dengan dahi yang berkerut tanda kebinggungan, aku melangkah keluar dari ruangan itu. Pelik. Memang pelik. Agaknya semua lelaki yang berjiwa macam Nash tu, berperangai pelik agaknya. Ketika keluar dari ruangan Nash baru aku perasan bahawa uniformku terdapat sedikit kotoran. Ah, ni pasti sebab bersihkan stor tadi. Baik aku bersihkan diri dulu sementara tak ramai pelanggan ni. Langkahku pantas diatur ke arah bilik persalinan wanita.


Charlotte Beauty Terbitan 2018Where stories live. Discover now