Bab 7 : Qaira Lutfia

50K 613 5
                                    

"Aira.. Macam mana kerja tadi,okay?.."soal Kak Winnie sambil mengambil tempat disisiku dihadapan televisyen.
"Okay,kak.."balasku ringkas.
"Aik.. Akak dengar macam tak okay je tu.."balas kak Winnie. Aku tersenyum nipis kepadanya.
"Okay kak.. Aira suka.. Cuma.. Encik Nash tu memang macam tu ke orangnya?.."soalku pelik.
"Macam tu?.. Maksud Aira macam mana?.."soalanku dibalas dengan soalan.
"Maksud Aira.. Kuat mengamuk, tak suka orang jawab kata-kata dia, tak boleh terima teguran dan macam-macam lagilah.."
"Ya ke dia macam tu?.."soal kak Winnie seakan-akan tidak percaya.
"Akak jangan salah faham ya?.. Aira cuma kongsi saja sebab kak Winnie ni kakak Aira.. Tapi kak Winnie jangan pula cakap pada Nash.."ujarku kerisauan.
"Taklah.. Insyallah kak Winnie simpan rahsia Aira tu.. Cuma akak pelik sikit, setahu akak.. Nash tu baik orangnya.. Masa belajar dulu, dia humble sangat.. Tak sangka pula dah berjaya boleh berubah macam tu sekali.."
"Kak Winnie kenal Nash sejak zaman belajar?.."soalku teruja. Kak Winnie mengangguk sambil tersenyum.
"Budak comot tu siapa tak kenal.."
"Comot?.."soalku pelik membuatkan kak Winnie tertawa.
"Kak Winnie dulu jiran dia sejak sekolah rendah sehinggalah dia masuk belajar.. Kami belajar di tempat yang sama cuma Nash beruntung sikit sebab dia dapat tajaan penuh untuk sambung belajar di Kingston University , London.."balas kak Winnie selamba. Membulat mataku mendengar kata-kata kak Winnie itu.
"OMG!.. Serious ke kak?.. Itu kan antara top university untuk bidang fesyen.."
"Yup.. Sebab itulah akak suruh Nash jangan sia-siakan kelebihan dia.. Lagipun apa guna ambil double degree kalau tak nak manfaatkan.."
"Do..Double degree?.."Kenapa aku tak pernah tahu pun pasal ni. Oh, lupa pula. Aku minat dia selepas dia berjaya. Mana pernah aku siasat pasal latar belakang dia.
"Yup.. Degree in Fashion di Kingston dan Specialist in hair and media make up dari University College Birmingham.. Jujur akak katakan dia memang sangat hebat,Aira.. Hebat.."balas kak Winnie.
"Ohh.. Patutlah.."
"Patutlah apa?.."soal kak Winnie pelik.
"Patutlah umur dekat tiga puluhan tapi masih belum kahwin.."balasku selamba membuatkan kak Winnie tertawa.
"Mana tahu sebab dia tunggu Aira ke?.."usik kak Winnie sambil tersengih bagai kerang busuk. Aku pantas mencapai bantal kecil disisiku dan mencampakkan kearah kak Winnie.
"Merepek je la akak ni.. Orang macam tu pandang ke pada Aira yang belajar setakat diploma saja ni?.. Degree pun tak habis.."balasku perlahan.
"Alaa.. Cakap sikit je nak emosi.. Sekarang kan Aira sedang menuju kejayaan.. Kalau Aira bernasib baik, Nash boleh bantu Aira sambung belajar,kan?.. Lagi satu, kak Winnie tak rasa Nash tu jenis pandang orang pada kelulusan atau pangkat.. Like what I said before, he's a good guy.. Hati dia lembut dan baik sebenarnya.."
"Huh.. Lembut sehingga minat kaum sejenis.."gumamku perlahan.
"Apa Aira cakap?!.."soal kak Winnie terjerit kecil.
"Ya.. Dia tu.. Err.. Tak straight la kak.. Dia ada 'kekasih gelap' tau.."ujarku dengan dahi berkerut.
"Nauzubillah.. Biar betul ni,Aira?.."soal kak Winnie masih tidak dapat menerima kenyataan.
"Ya Allah, betul kak.. Depan mata Aira sendiri Aira nampak diorang berbaby-baby.. Agh.. Geli tekak ni.."
"Astaghfirullahalazim.. Dah tersasar jauh budak tu.. Kesian dia.. Tak cukup kasih sayang agaknya kot.."ujar kak Winnie sambil menggelengkan kepalanya dengan wajah kesal. Aku turut mengangguk.
"Itulah,kan kak.. Allah beri kejayaan tapi diduga dengan dugaan macam tu pula.. Entah macam manalah nak menghadap tuhan nanti.. Wallahualam.."balasku perlahan.
"Dah.. Dah.. Tak payah fikir hal dia dengan tuhan.. Kita tak tahu apa yang terjadi, lebih baik jangan serkap jarang.. Mungkin Aira silap dengar kot.."ujar kak Winnie masih cuba mempertahankan Nash 'kesayangan' dia tu.
"Sayang.. Anak kita menangis.."Ketika itu kedengaran suara abang Noh dari tingkat atas.
"Baik,abang.."balas kak Winnie kepada suaminya.
"Okaylah,Aira.. Si kecil tu dah menangis.. Akak naik atas dulu,ya?.. Jangan lupa kunci pintu dan tutup suis elektrik.."
"Baik,kak.."balasku ringkas sebelum kak Winnie bangun dan menapak ke biliknya ditingkat atas. Sejak kematian ibu, kak Winnie dan abang Noh memang mengajak aku tinggal bersama mereka. Alhamdulillah, masih ada lagi orang yang baik atas dunia ini untuk membantu aku yang kesusahan ini.

Charlotte Beauty Terbitan 2018Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt